Friday, June 02, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 17 Juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 17 Juta Pageviews-Alhamdulillah.Sebenarnya saya perasan angka pageviews blog ni sudah capai 17 juta pv sejak minggu akhir sebelum Ramadhan lagi.Cuma hari ini baru berkesempatan update dalam blog sebagai salah satu motivasi untuk majukan lagi blog ini.Insha Allah:)

Alhamdulillah, sudah 17 juta pageviews Blog Cik Matahariku

overview pageviews Blog Cik Matahariku. Pada Ramadhan awal 2017, pageviews blog ini mencapai sekitar 50k sehari.


Kenangan Publish Post Pertama 
Alhamdulillah.Pada Hari Jumaat, Ramadhan ke-7 ini, Allah limpahkan rezeki saya dalam berblog.Kalau nak dibandingkan dengan pv blog lain, memanglah blog ini tidak setanding.Tetapi saya bersyukur sebab blog ini masih lagi sempat saya update meskipun ia bukanlah full time.Masih juga saya ingat lagi, azam dan semangat saya beberapa tahun  dahulu, waktu awal saya berblog, saya mahu jadikan blog ini bermanfaat kepada readers blog saya.

Ini merupakan tahun ke-6 saya berblog, dan lebih tepatnya lagi pada bulan Julai nanti, cukuplah usia blog saya menjangkau 6 tahun.Alhamdulillah.Masih ingat lagi, post saya yang pertama dahulu, juga jatuh pada bulan Ramadhan tatkala saya sedang sarat mengandung anak ke-4.Masa tu, tak tahu pun yang sebelah petangnya saya selamat melahirkan baby lelaki pertama dalam family kami:) Macam kelakar pun ada, Kira hari jadi blog saya ni lebih tepat lagi 22 Julai 2011 bersamaan birthday boy saya tu.

Tingkatkan Pageviews Blog Dengan Post Masakan Step By Step Cooking
Kali akhir blog saya capai jutaan pv pada pertengahan bulan 4 yang lalu. Kini bertambah lagi menjadi 17 juta pv.Angka yang bukan sedikit dengan usaha yang dicurahkan.Mulai tahun ini, saya mula fokus berblog dengan berkongsi aktiviti masakan saya di rumah.Seronok rasanya apabila resepi yang kita kongsi dan telah cuba sendiri dapat juga dimanfaatkan oleh readers blog.

kek oren lembut, gebus  dan sedap

kek coklat dengan rasa yang tidak menghampakan

Cubaan buat kuih keria gula melaka yang viral

pau sambal yang tetap lembut walaupun sudah sejuk

Boleh baca juga entri ini tatkala blog saya capai 16 juta pageviews, klik di bawah:
Teknik Tarik Pengunjung Ke Blog Dan Dapat Pageviews Tinggi
Kebanyakan resepi yang saya kongsikan pula adalah hidangan kegemaran keluarga atau saya sendiri yang mahu mencubanya.Saya bukanlah seorang yang pakar dalam masakan, saya cuma ingin kongsikan cara saya memasak resepi yang saya kongsi dan saya dedikasikan kepada sesiapa sahaja yang baru belajar memasak macam saya.haha.

Kongsi resepi memanglah mudah.Yang menjadi sukar, kita kongsikan dengan readers adakah resepi itu menjadi atau tidak.Kita biasa dengar bila rakan-rakan atau saudara mara sering merungut, resepi kat internet tu belum tentu betul semuanya! atau mereka merungut kerana resepi yang mereka ikuti tidak menjanjikan hasil yang memuaskan.

Jadi, sebagai seorang Blogger, saya ambil inisiatif ini untuk kongsikan cara dan step by step memasak sesebuah resepi itu dalam blog saya.Sekurang-kurangnya saya mahu readers turut belajar seperti saya dan lihat hasil sesebuah resepi itu.Alhamdulillah.

Antara resepi dan step by step masakan saya dalam blog yang sudah capai bilangan pageviews sehinga ratusan ribu adalah seperti berikut :
  1. Cara Masak Ayam Ungkep style Jawa Johor ( 200k)
  2. Cara buat bun sosej yang lembut dan gebu ( 110k)
  3. Cara sebenar buat donut yang lembut dan gebu (250k)
  4. Cara Buat Karipap Rangup dengan inti kentang (390k)
  5. Cara Buat cup cake coklat kukus moist ( 320k)
  6. Petua mudah buat bihun goreng sedap ( 268k)
Sebarkan Resepi dan Kongsikan Manfaat
Sebagai tuan tanah blog, saya sangat mengalu-alukan readers blog ini supaya sebarkan resepi yang saya kongsikan dalam blog ini kepada sahabat handai juga saudara mara. Suatu amalan atau kebaikan hanya akan dapat manfaatnya jika kita kongsikan kepada orang lain dan kita buat seperti yang dipelajari.Hal kecil seperti ini tetapi memberi impak yang sangat besar dalam diri orang lain.

Kita tidak tahu, mungkin resepi yang kita kongsikan dapat bantu rakan-rakan kita untuk buat perniagaan, untuk bersedekah atau atau untuk tampung kewangan keluarga.Mungkin juga dapat bantu sesiapa sahaja yang mahu belajar memasak tetapi tidak cukup modal untuk pergi kelas masakan.Cara mudahnya, belajar sendiri sahaja secara online!

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca  post di blog ini, menghantar komen dan ulasan dan ada juga yang direct wassap saya untuk bertanya resepi dan cara menyediakan sesuatu hidangan.Andalah motivasi terbaik saya dalam berblog:)

Sampai jumpa lagi.Insha Allah akan bersua lagi dalam post pageviews ke-18 juta pula nanti:)

RANDOM POST :

1 comment:

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)