Cara Buat Bun Sosej Yang Lembut dan Gebu

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Memandangkan penggal kedua persekolahan ini saya ke sekolah pada sebelah pagi, maka sudah tentu banyak "masa lapang" saya pada waktu petang.Ada beberapa kali kerana mengantuk yang teramat sangat, saya pasang niat untuk tido sekejap.Siap pasang alarm bagai.Tapi rezeki untuk tido petang ni selalunya terlajak laris errr..terlajak sampai ke 6 petang.huhu.Jadi saya berusaha untuk ubah aktiviti saya pada waktu petang.

Maka saya isi masa mengantuk saya dengan mencuba resepi baru yang saya dah simpan siap-siap dalam buku masakan saya.Akhir-akhir ini saya dapati, membuat kek, roti atau donut merupakan minat baru saya.Kalau boeh tiap hari nak buat macam-macam versi kek atau roti.hoho.Tinggal ko sanggup menguli dengan tak je!Maklumlah saya meroti dengan "hand bread maker" je..

Cara Buat Bun Sosej Kali Pertama
Bila buat sesuatu sebagai beginner atau first timer, dalam kepala otak saya hanya fokus kepada resepi yang saya ikut je.Al maklumlah, belum ada simpan memori macam mana hasil yang kita dapat sendiri kan.

Untuk buat bun bersosej ni, saya ikut resepi buat bun dari SINI.memang mudah bahan yang digunakan, tambah lagi sukat dengan cawan.Itulah hobi saya kalau follow resepi orang.Tambahan pula, saya buat ikut kemampuan yang ada kat rumah ni.Den takdop alat sukat segala bagai tu.hoho.Yang penting hasil yang kita dapat kan?

Resepi Mudah Buat Bun Roti Lembut dan Gebu
Bahan-Bahan:
  • 500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien ( 4 cawan)
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin ( saya guna butter)
  • 1 sudu besar shortening ( saya tak letak, sebab takde di rumah)
  • 1 peket mauripan (11g)
  • Sedikit bijan / cheddar cheese / gula ( Tak letak juga)
Cara Buat Doh Roti Yang lembut dan Gebu
  • campurkan susu pekat manis,telur,yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan
  • Ambil sebiji kuning telur campurkan 1 sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat
  • Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
  • Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
  • Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
  • Bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
Petua Buat Roti Sosej Dan Pizza
  • Jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
  • Saya celur sekejap sosej sebelum digulung dengan doh bun tadi.
  • Setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
  • setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering
  • Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
  • Jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula
Ini doh roti yang saya dah bentukkan saiz ikut suka.haha.
Doh yang bulat tadi saya gulung panjang,
dan belitkan dekat sosej
Bun sosej yang sudah disapu telur kuning dan sedia nak masuk dalam oven
Ini rupa doh yang baru masuk dalam oven

cubaan kali pertama bun sosej saya terlebih masak sebab saya tambah tempoh membakar.huhu. 

Sebenarnya dalam pada ikut resepi, ada jugak yang saya tak follow seratus peratus.Inilah akibatnya kalau tak mahu ikut resepi betul-betul.huhu.

Time membakar bun sosej ni, saya dapati warnanya seperti masih putih dan sedikit kekuningan.Saya ingat oven saya yang lambat panas, so saya tambah masa lagi 10 minit.Hasilnya jadilah bun sosej saya macam dalam gambar.
Rasanya memang dah sedap, gebunya pun dah ok..cuma ia jadi sedikit rangup sebab saya tambah masa membakar.
Kalau ikut pengalaman kali pertama ni, apa yang saya belajar, kalau nak bun sosej yang comel supaya senang anak-anak nak ngap, sosej tu bolehlah bahagikan kepada dua bahagian.Kita pun tak payahlah dok gulung doh panjang-panjang semata-mata nak bagi doh dapat belit kat sosej secukupnya.

Satu lagi sebelum masukkan bun sosej dalam oven, pastikan oven dah dipanaskan dengan suhu 150c dalam tempoh 15 minit.Selepas itu, barulah letak bun sosej ini dalam oven.InsyaAllah, bun akan masak dengan warna yang cantik, lembut dan gebu.

Terima kasih sudi baca entri Bun sosej yang lembut dan gebu:) selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika ikut resepi ini ya!


Post a Comment

12 Comments

  1. Cikgu... yis tu tak perlu biar dia kembang dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tunggu dia kembang atau dah berbuih.terima kasih singgah blog ini:)

      Delete
  2. Malam ni rasa 1st time nk buat bun roti.. Sy ikut resepi puan.. Smga berhasil..hihi

    ReplyDelete
  3. Thank u sis...terbaik resepinya...minta halal ye...semoga sis dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, semoga dipermudahkan mencuba resepi ini..:)

      Delete
  4. 150C tu dengan Berapa minit??

    ReplyDelete
  5. Harap2 menjadi bun 1st trial Ni. Tq resepinya

    ReplyDelete
  6. Tq sis. Nak tanya kalau roti sosej kita letak cheese cheddar, tahan berapa hari ya untuk jual? 🙏

    ReplyDelete
  7. I dah buat bun 3 kali mengikut resepi ini. Outcome is marvelous 😘😘😘

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!