Monday, December 19, 2016

Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor-Kalau tanya mana-mana orang Jawa pun, confirm depa pakat bagitahu tak kisahlah ko masak ayam ungkep tu macam mana, gerenti sedap punya!haha.Dah sah-sah ayam masak ungkep ni ibarat signature dish kebanyakan geng-geng jawa seantero Malaya.

Orait, resepi ayam ungkep yang saya nak kongsikan hari ini bukanlah saya mahu menafikan resepi ayam ungkep korang yang pastinya the best, cuma kali ini akhkak nak kongsi cara masak ayam ungkep style akhkak gitu.

cara masak ayam ungkep jawa johor.
Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor- resepi Cik Matahariku-

Manalah tahu ada anak-anak dara kat luar sana, yang bakal jadi menantu wong jowo, nak tak nak korang kena belajar dan hadap segala mak nenek lauk pauk berasaskan ungkep ni okey!haha.Nasiblah dik oii.

Sebelum tu, Akak nak kongsikan dulu, kenapa kita panggil masakan ini style ungkep, sebab cara masak hidangan tersebut yang perlukan kita supaya ungkep ( istilah jawa yang membawa maksud direnih atau direbus dengan bahan perapan tertentu sehingga ayam menjadi empuk dan lembut). Kejap lagi akak tunjuk macam mana akak ungkep ayam tu ya..:)

Resepi Ayam Ungkep Style Jawa Johor.
Oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan :
1. Ayam sederhana besar seekor ( ikut suka nak potong berapa)
2. Serai 3 batang
3. Bawang merah 5 ulas
4. Bawang putih  3 ulas 
5.Halia dalam 1 inci dan kunyit hidup 1 inci /serbuk kunyit satu sudu makan
6.Cili kering blend 3 sudu makan ( kalau tak suka pedas, kurangkan)
7.Ketumbar tumbuk kasar @ Blend 3 sudu
8.Serbuk kari 3 sudu makan
9.Minyak masak untuk menumis bahan.
10.garam dan gula secukupnya.
11.Air dalam dua cawan penuh

Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Antara bahan yang akak gunakan untuk masak ayam ungkep.
Dalam pic ni tertinggal kunyit hidup atau boleh guna serbuk kunyit.

setakat akak masak ayam ungkep ni, memang tumbuk je segala bawang tu.
Tak pernah blend segala bagai.ni juga petua mak mertua I ajar kalau u nak ayam ungkep yang sodap..kalau taknak, tak lulus lagilah jadi menantu wong Jowo..kihkih.Tang serai tu, tak payahlah ko tumbuk sampai lumat, ko titikkan je, nak bagi bau ayam ungkep tu lagi ummphh.Ceh gitu..

 kalau minyak dah panas, ko masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, sekali dengan Cik Serai yang ko dah titik tadi.Bagi sampai naik baunya.Kalau boleh sampai Tuan Suami pi jengah ke dapur tengok ko masak apa gamaknya..muehee..

 masukkan pulak cili kering blend dan kacau bagi rata

 Masukkan serbuk kari sekali.Time masak ni kunyit hidup takde, akak guna serbuk kunyit je,tapi serius, kalau ko masak dengan kunyit hidup mesti lagi sodap dan mak mertua dengan anaknya sekali lebih sayang kat ko.hoho.jangan lupa masukkan dalam satu cawan air, nak bagi sebati semua bahan tu.

 pastikan bahan dan rempah ni sampai naik minyak dulu, lepas tu barulah masukkan ayam
kalau akak terus letak garam dan gula masa ni.letak gula sekadarnya je nak bagi balance rasa ayam ungkep kita tu sebab kita dah masukkan macam-macam jenis herba kan.

 sekarang masukkan pula ayam yang kita dah cuci bersih dalam kuali tu.

 tambah satu cawan air nak bagi ayam mudah empuk.Tak payah banyak sangat air nanti ayam tu sendiri akan keluarkan air.Insha Allah.Lagi satu ciri ayam masak ungkep ni ia bukan hidangan berkuah ya adik-adik.Biar dia masak sampai kuah pekat dan kering.

bab ni yang ko kena faham.bab kita tutup ayam yang kita masak tu sampai jadi empuk, ha tu lah sebab utamanya kita panggil hidangan ni masak ungkep, sebab kita ungkep dia sampai lembut. Biarkan sampai kuahnya pekat dan gunakan api yang sederhana je.

 sambil tu, ko boleh kacau-kacau ayam ungkep tu nak bagi sebati lagi dengan bahan-bahan
yang ada.ni time ayam ungkep akak tengah mendidih.

 nampak tak, kuahnya dah mula memekat.baunya masa ni satu rumah pun dah naik lapar.
ko pun yang tukang masak, sabo kan je dulu.kihkih.

 orait, siap sudah ayam masak ungkep kita.Alhamdulillah, Allah beri akak peluang kongsi cara masak ayam ungkep ni kepada readers blog akak semua..:)

style akak masak ayam ungkep ni memang kuahnya tak sampai kering.Anak-anak akak suka makan dengan gaul kuahnya kat nasi, jadi akak masaklah macam yang ahli syurga dalam rumah ni mintak kann.ko masaklah ikut selera ahli syurga korang.hehe.

Rahsia Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor
Lain orang jawa, lain cara masaknya.Kalau ikut resepi mak akak sendiri masak, ayam ungkep ni memang tak letak serbuk kari dan cili kering.Mak akak hanya gunakan ketumbar dan mungkin jintan dan juga bahan lain yang akak guna kat atas tadi.huh. tak ingat pulak.

Ayam ungkep yang akak masak ni, akak ikut style mak mertua akak masak.Asalnya Encik Suami yang ajar masak ungkep ni, bila dah pandai sikit-sikit, akak kongsilah kat sini.hehe.Rasanya, insha Allah memang sedap dan menjilat jari.kihkih.

Kalau korang tak pernah cuba lagi masak ayam ungkep dengan style yang akak ajar, cubalah.Manalah tahu yang ini lagi sedap dari yang korang pernah makan..ya tak?Sebenarnya, selain ayam, kita juga boleh masak daging ungkep, kerang ungkep dan lain-lain yang sesuai.

Selain makan dengan nasi, ayam ungkep ni juga sedap dimakan dengan nasi himpit, lemang, ketupat palas dan pulut.Ikut koranglah nak makan macam mana.Satu lagi istimewanya ayam ungkep akak ni tak letak santan, jadi memang tahan lama sikitlah kan.


Orait, thanks baca entry ni.Semoga dapat beri manfaat kepada geng-geng mak dara dan anak dara yang suka belajar masak-masak.yeahh.

Sampai jumpa lagi!Doakan akak sekeluarga diberikan segala kemudahan dan kesungguhan dalam melaksanakan kewajipan sebagai Muslim sebenar!aamiin.:)


Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

4 comments

Pebret pakcik ni.
lebih2 lagi kalau ungkep ayam kampung.

ya betul, ayam kampung kalau masak ungkep lagi sodap..:)

Saya tak pernah rasa ayam masak ungkep ni..

ungkep mmg sedap..nk buat raya ni mkn ngn lemang

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon