Showing posts with label Nukilan Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Hikmah. Show all posts

Saturday, July 22, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 18 Juta Pageviews

Saturday, July 22, 2017 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah-Kini Blog Cik Matahariku sudah mencapai pageviews sehingga 18 juta pageviews.Kesibukan menguruskan persiapan raya dan menjalani rutin Ramadhan yang baru berlalu, saya tak sedar pun, tahu-tahu pageviews blog 18 juta sudah bertukar ke 19 juta pageviews.



Kenaikan pageviews yang melonjak tinggi menjelang ramadhan baru-baru ini
Alhamdulillah,rezeki berblog:)

Dalam tempoh sepanjang sebulan Ramadhan lalu, sekejap masa sahaja pageviews blog ini mencapai 1.1 juta pageviews.Kalau ikutkan pageviews ini lebih rendah berbanding pageviews ramadhan blog ini pada tahun lalu yang mencapai sehingga 1.4 juta pageviews dalam tempoh sebulan.

Kepuasan Berblog
Haih.Gigih ko update statistic pageviews blog ya.hahha.Apa maknanya semua ni.Kalau ikutkan, bagi korang yang tahu baca sahaja blog akhkak ni, memanglah takde rasa apa kot.huhu.Bagi seorang blogger, yang gigih cari masa untuk menaip dan cuba konsisten bangunkan dan majukan blog personal sendiri dengan info dan input yang terbaik kepada readers blognya, pasti pageviews ini dapat melahirkan kepuasan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi.Sungguh beb!



Adalah juga orang baca post saya ni kan.mueheh.Paling best bila pageviews kita meningkat ni tak lain tak bukan ialah part earnings iklan Google Adsense kita juga semakin bertambah dan berganda nilainya.Tambah-tambah lagi dalam usd kann.Nampak sangat mata duitannya ko ni.

Sebenarnya bab earnings tu satu hal, satu lagi yang ingin saya kongsikan di sini, dengan berblog juga kita dapat buat amal jariah kepada orang lain.Insha Allah, saya mohon semoga Allah terima usaha yang sangat kecil dari saya yang serba lemah dan tidak sempurna ini.Saya mohon, semoga post-post yang saya publish dalam blog ini dapat memberi kebaikan dan sedikit pengetahuan kepada readers blog ini.aamiin.

Rezeki berblog yang saya sendiri sebenarnya tidak jangka.Yup! rezeki kita ni memang dah ada, tinggal kita mahu usahakan atau tak kan? Begitulah pandangan saya tentang betapa untungnya kerana Allah buka pintu hati dan gerakkan saya untuk mendalami ilmu blogging.

Semoga dengan perkongsian ini dapat beri ilham dan idea kepada anda yang menjadi readers blog ini supaya buat satu langkah ke hadapan dalam apa jua yang anda sukai dan usahakanlah.Insha Allah.




Tuesday, May 23, 2017

Muhasabahku Pada Ramadhan Ini

Tuesday, May 23, 2017 1
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Syukur.Alhamdulillah.Rasa sayu tatkala Ramadhan bakal menghampiri kita.Insha Allah, lebih kurang lima hari saja lagi Ramadan bakal menjelang saat catatan ini ditulis.Marilah kita berdoa semoga Allah rezekikan kita dan semua ahli keluarga kita juga sahabat handai agar dapat sama-sama meraikan Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.


Sungguh! saya sangat nantikan kehadiran Ramadhan pada kali ini.Mungkin tatkala usia pun semakin meningkat, Ramadhan bagi kita yang usia dewasa ini bukan lagi tentang makan atau minum yang harus dilupakan pada siang hari.Ramadhan pada usia saya ini sepatutnya sudah patut saya fikirkan tentang adakah dengan Ramadhan ini akan membuat keimanan dan ketaqwaan saya lebih bermakna?


Muhasabah Ramadhan
Saya pernah merasakan, pada satu tahun tatkala datangnya Ramadhan, hati saya rasa kosong sahaja.Saya tidak mengerjakan terawikh sepenuh hati.Bangun di sepertiga malam, apatah lagi.Saya sedar dan rasai perasaan kekosongan itu.Allahurabbi.Cumanya saya tidak tahu mengapa saya begitu rasa kosong dan hambar pada Ramadhan itu?

Bila saya kenang kembali, saya mohon semoga Allah berikan saya rezeki dan limpahan rahmatNya semoga saya, suami dan anak-anak saya mendapat kebaikan, ketenangan dalam beribadah dan kesungguhan dalam meraikan Ramadhan kali ini, bulan yang sangat mulia yang di dalamnya amal dan kebaikan dibalas berganda-ganda.aamiin.

Secara peribadi, dengan perasaan yang pernah saya alami itu, saya tahu, jika tidak dengan limpahan rezeki dan rahmatNya, boleh sahaja bulan keberkatan Ramadhan itu sama sahaja bagi kita!


Mungkin kita hanya fikir, bulan itu adalah bulan dimana kita diwajibkan berpuasa.Maka, berpuasalah kita.Jadilah puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja.Kita tolak tepi hal-hal sunat yang lain.
Ruginya jika masih mengisi Ramadhan pada kali ini, sama seperti sepuluh atau dua puluh tahun lalu.

Mari muhasabah bersama, waktu Ramadhan yang bilakah, kita telah sedaya upaya mengerjakannya sehingga ke malam terakhir ramadhan itu? Bilakah waktunya kita telah bertadarus bersama keluarga, memperbanyak istighfar dan solat malam, Adakah Ramadhan yang telah kita lalui, kita raikannya dan penuhi dengan penuh cemerlang?

Saya tinggalkan persoalan ini, untuk kita yang masih lalai meskipun kerap kali pintu hati kita diketuk dengan pesanan dan perkongsian sahabat berkaitan Keberkatan bulan Ramadhan sama ada melalui wassap, facebook dan aplikasi media sosial yang lain.

Ya Allah, Yang maha Pengasih dan Maha penyayang, rezekikan kami ya Allah, semoga dapat mengisi Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.amiin.

Terima kasih sudi luangkan masa baca catatan muhasabah saya sempena Ramadhan yang bakal menjelang nanti-Marhaban Ya Ramadhan!


Saturday, January 07, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Saturday, January 07, 2017 2
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Terlambat 7 hari untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017-huhu.Nak buat macam mana.Kalau boleh tu nak jugak macam orang lain, wish tahun baru time 12 tengah malam 1 Januari 2017 tu.Tapi tu lah, bila umur pun dah semakin berkurang ni, dah tak excited sangat nak beriya menyambut tahun baru.kihkih.

Bab yang saya suka bila datang tahun baru ni, sebab dia boleh bagi kita semangat dan inspirasi baru.Masa nilah rasanya waktu paling mustajab untuk mulakan benda baik dalam hidup kita.Ada rasa macam tu tak?

Image result for azam tahun baru 2017

Tahun 2016 Yang Menginspirasikan
Ohh..sebelum terlupa, terima kasih 2016 yang sangat menginspirasikan hidup saya sekeluarga.Alhamdulillah, syukur padaMU ya Allah.Tuhanku yang Maha Pemurah, Maha Hebat dan Maha Bijaksana dalam mengatur hidup hamba-hambaNYA-secara peribadi, banyak kejayaan yang kami capai dan semua perancangan kami terlaksana dengan jayanya.

Saya pernah kongsi dalam entri tahun baru saya sebelum ini, cubalah catat atau tulis apa sahaja hajat atau impian anda dalam hidup ini.Ada banyak keistimewaan yang benar-benar berlaku dalam hidup saya apabila saya mula mencatat impian dan hajat hidup saya sejak 20 tahun lalu.Subhanallah.Maha suci Allah yang mengurniakan saya kemudahan dalam mencapai impian-impian saya suatu masa dahulu hinggalah sekarang.

Image result for azam tahun baru 2017

Bagaimana saya melakukannya?
Ah, tidaklah sesukar mana.Percaya cakap saya.Cara saya, saya suka sediakan sebuah buku nota kecil, yang boleh saya bawak ke hulu hilir.haha.Sebabnya, saya akan catat apa sahaja keinginan saya atau apa yang ingin saya capai dalam tempoh tertentu pada bila-bila masa.Biasanya waktu saya sedang sendiri atau menunggu waktu ( tunggu Encik Suami ambil balik dari sekolah, tunggu nak mula mesyuarat, dan lain-lain).

Satu lagi, saya akan tulis detail apa yang saya mahukan itu.Macam kita berdoa, tapi bezanya kali ini kita tulis doa kita.Mudah bukan? Dua puluh tahun lalu, saya pernah tulis begini dalam jadual periksa STPM saya.

-Bulan Mei, 1997-saya dapat tawaran memasuki UKM.

Begitulah, pada bulan dan tahun yang saya nyatakan itu, saya mendaftar di universiti yang saya inginkan.Pun, saya pasti itu semua berlaku dengan izinNya juga.Selepas itu lebih banyak saya menulis impian saya, semakin banyak pula impian-impian saya dikabulkan.

Paling terbaharu, apabila result UPSR puteri sulung saya diumumkan pada pertengahan November tahun 2016.Saya sendiri, tidak ingat yang saya ada menulis doa seperti itu.

Kisahnya begini, pada hari result UPSR diumumkan, saya ke sekolah seperti biasa.Encik Suami juga bekerja.Kami sekadar rancang untuk ambil result anak kami pada sebelah petang. Kemudian, pada sebelah petang, kami berdua ke sekolah anak kami.Di sana, rupanya Guru Besar sekolah Kakak sedang buat pengumuman keputusan UPSR.Alhamdulillah, kami diberi kesempatan mendengar sendiri result UPSR kakak.

Kami pada Majlis Graduasi Kak Iman

Kami perlu ke pejabat sekolah di bangunan sekolah lama untuk mengambil slip peperiksaan UPSR.Selepas mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang begitu banyak berkorban dan berdedikasi dalam mengajar anak kami, saya, Encik Suami dan kakak beredar ke pejabat sekolah lama sekitar 300 meter dari sekolah baru.

Ketika menatap slip peperiksaan kakaklah, rupanya saya ada menulis doa saya begini :

Saya dan Suami serta Kak Iman dapat sama-sama mengambil keputusan peperiksaan UPSR di sekolah.Dalam slip peperiksaan kak Iman tercatat begini.
Bahasa Malaysia Pemahaman-A
Bahasa Malaysia Penulisan - A
Bahasa Inggeris Pemahaman-A
Bahasa Inggeris Penulisan -A
Matematik-A
Sains- A

Result UPSR Kak Iman

Allahu Akhbar! Maha besar Allah yang menjadikan impian saya bukan impian semata.Tatkala inilah, saya selalu ingat pertanyaan Allah SWT kepada kita dalam Surah Ar Rahman yang berbunyi begini : Nikmat Tuhan yang manakah yang Mahu Engkau Dustakan?.Memang terasa sangat kerdil dan rasa banyaknya nikmat yang Allah bagi, tapi saya masih macam tu juga.Allah...

Keyakinan saya bahawa Allah akan kabulkan impian-impian saya, bukanlah kerana saya rajin menulis doa-doa itu, tetapi lebih kuat kepada janji DIA kepada kita semua hambaNya bahawa DIA akan kabulkan apa sahaja permintaan kita, asalkan sahaja kita minta kepadaNya.

Pernah saya baca satu artikel, katanya tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, tugas kita ialah berusaha dan mintalah apa sahaja kepadaNya.

Semoga sedikit perkongsian tahun baru ini dapat beri banyak kebaikan kepada anda- readers blog yang saya hormati-Terima kasih baca post tahun baru saya ini:)

Thursday, December 08, 2016

Cik Matahariku Got Married!

Thursday, December 08, 2016 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cik Matahariku Got Married!-kihkih.bajet baru kahwin ko.Kalau ikutkan, saya dan Tuan Husband nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat Encik Facebook.Haih.Kalau tak kerana ada satu aplikasi dalam Facebook yang boleh kita tengok balik apa yang berlaku one year ago, memang sohih dalam minggu depan atau lagi sebulan baru kami perasan anniversary perkahwinan kami.haha. 

hero kecil dan besar saya:)

Yup! semalam genap 12 tahun 1 bulan usia perkahwinan kami. Pada 7 Disember 2003, kami selamat dinikahkan tatkala usia kami berdua 26 tahun.Tahun berikutnya, pada musim November, kami sah menjadi mak dan bapak.hoho.

Entahlah. Kami memang failed nak ingat anniversary kami.Dulu pun pernah saya share dalam blog ini, mungkin tarikh itu sendiri yang menyebabkan kami tak familiar dengan tarikh kami dinikahkan.Padahal, kalau sesetengah orang tu, siap candle light dinner bagai.Kami memang jarang sangat celebrate hari-hari penting atau istimewa antara kami.Kalau birthday anak-anak, kami biasa sediakan sebiji kek dan kemudian makan sama-sama.

Alhamdulillah, 12 tahun usia perkahwinan kami
semoga dalam rahmatNya sentiasa.

Apapun, definisi bahagia bagi sesetengah orang juga berbeza bukan? Bagi saya, its just ok kalau Encik Suami tak ingat sangat anniversary kami, tapi dia tak kisah kalau tolong masak kat rumah atau tolong mandikan anak kecil kami.

Ada masa kami makan kat luar sekeluarga, jalan-jalan dan pergi bercuti.Walaupun saya tak harapkan hadiah mahal-mahal, tapi kalau dia dapat bonus tahunan, dia tak lupa bawak saya beli cincin dan gelang baru.hahha.Materialistik jugak tu weii!

Anak-anak pengikat dan penghubung kasih sayang
kami sekeluarga, semoga Allah berkati keluarga kami.aamin.

Orait.Cukuplah Suami saya ini teman yang akan bawa saya ke SyurgaNya penuh nikmat itu.aamin.Kami saling mengenali sejak usia belasan tahun.Persahabatan dari alam remaja, dewasa dan akhirnya pada tahun akhir pengajian barulah kami menjalin hubungan yang lebih serius. Memang niat masa tu, dah tak fikir lain untuk mengakhiri hubungan kami melainkan sebagai husband and wife.

Alhamdulillah, Allah permudahkan jodoh kami.Banyak juga kenangan manis dan pahit yang kami lalui, dan itu semua mematangkan lagi diri kami. Bagi pasangan yang baru berkahwin, walaupun anda berkahwin dengan pasangan yang anda cintai, percayalah bila berumahtanggaa, kita akan ambil masa lagi untuk lebih mengenali pasangan.

Ayah kebanggan  dan kesayangan anak-anak

Banyak benda yang saya belajar apabila usia perkahwinan alam rendah ini sudah kami lepasi.Usia 12 tahun pertama perkahwinan, samalah seperti kita berada dalam tempoh pembelajaran di alam kanak-kanak dan awal remaja.

Ia adalah tempoh mengenali, memahami, membina hormat dan percaya, membina kasih sayang dan tolak ansur dalam perhubungan.Kalau benar niat dan tujuan perkahwinan kita, insha Allah, Allah akan luaskan lorong dan jalan kita menuju sebuah rumahtangga yang diredhai dan bahagia selamanya.

Terima kasih baca post ini.Doakan rumahtangga kami sentiasa dalam rahmat Ilahi dan semoga anda dan keluarga juga mendapat rahmatNya sentiasa!aamin.


Saturday, December 03, 2016

Graduation Day Kakak Iman di Seri Al Huda, Gombak

Saturday, December 03, 2016 0
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, dalam sekejap masa, puteri sulung kami yang senang dipanggil Kakak Iman telah pun selamat meraikan Graduation Day di Seri Al Huda, Gombak.Rasanya seperti baru semalam saya mengajarnya membaca sehingga dia menangis-nangis.haha.Dan masa yang sangat mencemburui kami ini, telah mengingatkan saya bahawa saya semakin berusia tatkala puteri sulung kami menginjak genap usia 12 tahunnya pada 21 November lalu.


Graduation Day kakak-

Bagi kami, saya dan ayahnya, Kakak telah menamatkan alam persekolahan rendahnya dengan sangat cemerlang dan sungguh mengembirakan kami sekeluarga.Alhamdulillah.Kami antara insan yang rapat dan selalu bersamanya, tahu bahawa anak kesayangan kami ini telah mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha kerasnya.Gud job kakak!

Graduation Day Kakak Iman
Selepas mendapat makluman tarikh Majlis Graduasi sekolah kakak, kami telah sepakat untuk hantar budak kemetot ke pengasuh.kihkih.Takut nanti dengan dia-dia sekali grad karang.haha.Majlis ini diadakan di Experimental Hall, UIA.Oklah, taklah jauh sangat dengan rumah kami, dan tak perlu gerak subuh sapiee ke sana.Malah sempat lagi kami layan teh tarik dan roti canai kat mamak dulu.hihi.


 Encik Ayah saja buat muka ala-ala manja time saya ambik pic ni..pheww..

Okay, ni selfie kami sebelum ke UIA.Pipi memasing dah macam pau kukus.grr.

Majlis Graduasi Yang Teratur dan Terbaik
Meskipun inilah pertama kali kami hadir as parents dalam majlis ini, tapi secara peribadi saya sangat suka dengan susun atur acara majis ini.Dimulai dengan lafaz Asmaul Husna dan Nyanyian lagu Negaraku, langsung tidak mencacatkan majlis formal ini.Seterusnya kami diperdengarkan dengan bacaan Surah Al Baqarah yang sangat merdu dan dialunkan oleh  pelajar sekolah itu juga.

Penghargaan Untuk Kakak Iman
Alhamdulillah.Kami tak sangka sebenarnya, selain mendapat sijil graduasi, hadiah kedudukan dalam kelas, hadiah mata pelajaran terbaik, kakak juga mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Murid Perempuan di sekolahnya.Tatkala pengacara majlis membacakan serba sedikit latar belakang penerima anugerah tersebut, instinct saya dapat rasakan ia mungkin anak sendiri.Walau macam manapun, kami tenangkan diri dan dengarkan sahaja pengumuman daripada pengacara majlis.


Kakak Iman diminta menyampaikan ucapannya selepas diumumkan
sebagai Tokoh Murid Perempuan 

Antara foto bersama kakak yang sempat kami ambil
selepas majlis Graduasi.Encik Ayah memang suka main-main kalau 
bergambar.haha.

Begitulah kakak Iman yang kami kenali.Dia memang seorang yang fokus dan sentiasa tahu apa yang mahu dicapai dalam hidupnya.Saat pengacara majlis mengungkapkan moto hidupnya, saya hampir pasti, kakaklah orang yang dimaksudkan!

Motto Hidup Kakak
"Andai Kemahuanmu Tinggi, Bintang di Langit Pun Bisa Kau Milikki-"Ya, inilah antara ungkapan yang tertulis pada salah satu sudut berhampiran meja study kakak di rumah.Kami satu rumah memang tahu, itulah keazaman kakak yang utuh dan teguh.Itulah rahsia kecemerlangannya! Kemahuan yang tinggi.


 Antara hadiah yang diterima kakak Iman

 Barisan Ustaz dan Ustazah di Seri Al Huda yang sangat komited dalam tugas 
mendidik dan mentarbiyyah anak-anak kami. Sangat terharu dengan segala pengorbanan dan kebaikan mereka,semoga Allah memberi kurnia dan ganjaran yang lebih baik dan besar kepada
para ustaz dan ustazah yang juga sahabat-sahabat saya:)

 Bersama Ustazah Zaliha yang dikasihi


Bersama Ustazah Sapura yang kami kenali sejak saya 
mengandungkan kakak Iman, Alhamdulillah:)

 Bersama Ustazah Puziah dan rakan sekelas kakak yang juga anak bujang Ustazah Puziah.Dulu budak dua orang ni, kemetot je.Selepas 12 tahun, inilah hasilnya.kihkih. 

Alhamdulillah, potret keluarga:)

Ganjaran Untuk Penat Lelah dan Dedikasi
Pada sebelah malam, saya dan si Ayah sempat berbual-bual dengan kakak di bilik kami.Kami bercerita tentang perasaan kami dan bersyukur.Kami mahu Kakak tahu, apa yang dia dapat itulah ganjaran atas usahanya dan penat lelahnya dengan bantuan guru-guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mendoakan kejayaan untuknya.


Bersama jiran yang juga rakan yang baik kepada kami sekeluarga

sahabat seperjuangan dan sepermainan

Teman gembira dan berduka


Kata si Ayah, kejayaan yang kakak dapat itu akak sendiri yang mahukannya.Sebab itulah, mama dan ayah nasihat dan pesan belajar sungguh-sungguh, mama dan ayah tak dapat apa-apa pun.Akak berusaha, akak dapat.Mama dan Ayah tumpang gembira sahaja.

Kata ayah kepada adik-adik Kakak Iman pula, siap sedialah sebab kakak Iman dah bagi satu standard untuk adik-adik yang lain ikut dan jadikan contoh.Oh ya, dalam UPSR baru-baru ini, kak Iman berjaya dapat 6A dan juga Mumtaz (cemerlang) untuk peperiksaan PSRAnya.Alhamdulillah.Rezeki untuk kakak :) syukur ya Allah.

Harapan dan hasrat kami, semoga kakak juga dipermudahkan urusan untuk mendapat ke sekolah menengah yang terbaik, yang dapat beri peluang kepada kakak meluaskan lagi bakat dan kebolehannya, sekolah yang dapat beri peluang supaya anak kami ini ditarbiyyah dan dididik untuk lebih mengenal TuhanNya..aamin.

Doakan puteri sulung kami cemerlang dalam urusan temuduga ke asrama pada minggu hadapan ini.

Terima kasih baca entry ini, semoga anda juga mendapat kebaikan yang banyak dengan perkongsian ini.Sampai jumpa lagi:)

Monday, March 14, 2016

Rahmat Di sebalik Dugaan Gagal

Monday, March 14, 2016 0
Dengan Bismillah,
As salam dan Salam Sejahtera,
Hebat tak hebatlah ni.Nama pun Blogger Part time.huhu.Masuk hari ke-14 dalam bulan Mac 2016, baru Cikgu Blogger sorang ni berkesempatan update blog dia yang kononnya responsiflah sangat kan.hoho.

Jika anda pembaca baru di blog saya, terima kasih sudi singgah dan jemputlah nikmati mana-mana perkongsian saya dalam blog ini yang boleh dimanfaatkan.Haih.Banyak benda saya lalui sepanjang dua bulan pertama dalam tahun 2016 ini, semuanya saya kumpulkan menjadi satu kisah pada kali ini : Cerita Tentang Iman Saya:)

Cerita Tentang Iman Saya
Baru-baru ini, saya berkesempatan ke Johor Bahru kerana ingin menyaksikan Ihtifal Akademik Kebangsaan Sekolah-sekolah ABIM se-Malaysia.Salah seorang pesertanya ialah puteri sulung saya, Kakak Iman.

Dia mewakili sekolahnya Seri Al Huda, Gombak, dalam acara Syarahan Bahasa Melayu.Harapan untuknya meraih kemenangan pastinya ada sama ada di pihak guru-gurunya dan saya sendiri sebagai ibunya.Namun,aturan dan perancangan Tuhan itu pastinya lebih baik.

Kakak tidak mendapat sebarang tempat pun dalam pertandingan tersebut meskipun dia antara calon harapan yang bakal membawa pingat untuk sekolahnya.Latihan intensif juga sudah dia sertai sejak dipilih mewakili sekolahnya.Kalau ikut logik manusia biasa macam kita, peratusan untuk Kakak menang seperti tiada masalah.

Malah, kami sekeluarga sudah mengusiknya untuk melihat dia diumumkan sebagai Johan Syarahan Bahasa Melayu bagi kategori yang disertainya.

Tatkala melihat keyakinan Iman di hadapan ramai, teringat pula bila kali pertama saya melatihnya di rumah sehingga dia menangis.Ya, gurunya: Ustazah Asmaziah Ahmad banyak membimbingnya daripada dia zero tentang gaya dan penyampaian syarahan, sehingga dia berdiri di pentas dengan keyakinan yang bukan sedikit:)

Terlupa Teks Syarahan Semasa Pertandingan
Ini kisah tatkala pertandingan belum bermula.Selepas Iman selesai acara syarahannya, saya datang menghampirinya dan mengajaknya keluar sebentar dari kelas di mana pertandingan dijalankan.

Tatkala dia lupa lirik teks syarahannya, dia masih bertahan dan tenang di hadapan ramai.
Ya, kematangan dan ketenangan begini yang saya mahukan ada dalam dirinya.
Saya lihat air matanya tumpah di hadapan saya dan saya terus memeluknya erat.Saya tanyakan sama ada dia sudah buat yang terbaik? jawabnya tidak, sambil air mata terus mengalir laju.Ya, saya lihat sendiri dia terlupa teks yang dihafaznya untuk tempoh 20 saat.Hanya selepas itu, barulah dia dapat menyampaikan syarahannya sehingga ke akhir dengan sempurna.

Namun, ketika itu, pasti juri juga sudah menulis markah yang sesuai dengan kelemahannya itu.Kerana pada masa sama, peserta yang bertanding dari sekolah lain juga menunjukkan kematangan dan penyampaian yang lebih hebat dari Iman.

Akhirnya dia berjaya teruskan syarahannya dengan lancar meskipun sudah hampir tergugat dalam tempoh 20 saat sebentar tadi.
Nasihat Jika Tidak Menang
Saya selalu memilih untuk melihat hal positif dalam apa jua keadaan.Bila Iman begitu, saya ulang pesan saya kepadanya pada malam ketika saya membantunya berkemas sebelum bertolak ke MRSM Johor Bahru.

"Kakak ingat ya, kalau menang itu bonus.Tapi kalau akak kalah, takpe dan mama tak kisah sebab kakak dah cuba untuk buat yang terbaik.Kalau kalah banyak lagi peluang untuk cuba-Insya Allah"

Itu jugalah yang saya ucapkan kepadanya.Bukan mudah untuk suntik kata-kata semangat kepada sesiapa yang sedang "down" apatah lagi dia hanyalah anak kecil yang berusia 12 tahun.Mungkin dia kelihatan matang, tapi sesiapapun, orang dewasa sekalipun jika dalam moment bersedih, pasti hilang juga kematangan itu:).

Kali ini, saya tambah lagi nasihat saya supaya dia dapat merasionalkan kembali fikirannya bahawa :

"Kalau akak tak menang kali ini, anggap sahaja Allah bagi peluang kali ini untuk cuba dulu masuk pertandingan syarahan, rasa dulu perasaan kalah, lepas ni, bila dah tengok orang lain buat dengan bagus dan hebat, Akak pulak buat yang sama.OK?

Allah Mendidik Saya Melalui Iman
Dalam banyak keadaan, Iman sebenarnya juga mendidik saya sebagai Ibunya bahawa bukan semua usaha kita akan berhasil seperti yang kita inginkan.Ada kala, usaha gigih sudah kita tumpahkan, semua perintahNya sudah kita sedaya tunaikan, namun kejayaan itu tidak semestinya menjadi milik kita.

Ada satu bahagian, yang kita kadangkala lupa.Allah minta kita supaya berusaha.Tetapi dia tidak mensyaratkan kita supaya mesti berjaya dalam usaha kita itu.Dia hanya ingin melihat usaha kita.Berjaya atau tidak itu adalah ketentuanNYA.

Bahagian yang inilah yang kita sebagai hambaNYA yang lemah dan lalai selalu lupa.Saat Allah ingin uji hambaNya, bahawa DIA lebih berhak ke atas kita, maka diberinya kegagalan kepada kita.Dengan begitu, dia mahu kita lebih kuat, lebih tabah dan lebih bersemangat mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.

Tidak ada satu dugaan atau ujian dariNya pun yang akan buat kita semakin berkurangan ( jika kita sabar dan belajar memahami hikmahNya).Malah disebalik kegagalan itulah, kita akan mengutip seribu rasa manis dan rasa syukur kerana tahu DIA sentiasa mengasihi kita dan mahu kita menjadi lebih hebat dari sebelumya!

Kakak Iman bersama ustaz, ustazah dan rakan-rakan selepas selesai Ihtifal Akademik peringkat Kebangsaan.Semoga cerita Kejayaan akan menyusul pula selepas ini:)
Terima kasih baca catatan ini, semoga bermanfaat juga kepada anda yang membacanya:)-

Monday, February 29, 2016

29 Februari - Kisah Empat Tahun Sekali

Monday, February 29, 2016 0
29 Februari - Kisah Empat Tahun Sekali
Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kalau ikut banyak lagi kerja lebih utama dan penting saya kena siapkan.Tapi nak jugak update blog hari ini sebab nak kejarkan tarikh yang hanya akan jumpa empat tahun sekali nih.haha.Dasar nak glamerlah ni.

Pejam celik tahu-tahu sudah habis dua bulan kita di tahun 2016.Esok dah masuk bulan Mac.Alhamdulillah.Semoga kehidupan kita akan terisi dengan perkara-perkara yang lebih bermakna.Aamin.
Hasil carian imej untuk gambar persahabatan

Kisah Kawan dan Minta Tolong
Tak tahulah, anda sedar atau tidak.Bila ada seseorang atau rakan kita yang menghampiri kita untuk minta pertolongan, dia tidak datang dengan sengaja atau terpaksa melainkan dia memang pilih kita untuk membantunya.

Saya pun selalu rasa macam tu.Saya pernah ada seorang sahabat baik, yang saya hairan bila saya dalam kesusahan, secara automatik saya akan terus teringatkan dia dan percaya dia akan dan boleh tolong saya!Padahal kalau ikutkan, saya ada senarai panjang lagi nama rakan lain yang boleh  bantu saya.

Bila teringat kesetiaan dan komitmen sahabat saya ni, menjadi semangat dan inspirasi kepada saya untuk bantu sesiapa sahaja yang datang minta tolong kepada saya.Takpelah kot, nak tolong bagi duit atau belanja makan tiap hari, memang saya tak mampu, setakat minta tolong, saya takde hal untuk tunaikan setakat ni.heheh.

Hasil carian imej untuk gambar persahabatan

Beri Nilai Dalam Hidup Orang Lain
Ini pun satu lagi yang kadang-kadang kita lupa.Ada satu hari tu, saya baca satu entri seorang Blogger.Dia kongsi tentang niat kita dalam apa pun yang kita buat.

Kisahnya dia seorang peniaga online yang sangat berjaya.Saat ditanya apaka rahsia perniagaannya, dia beritahu dia tak pernah niat untuk menjual barang atau produk kepada pelangannya.Dia hanya fikir dan harap dapat bantu dan permudahkan orang lain dengan perniagaannya itu.

Dia buat sahaja dan seterusnya Allah akan uruskan untuk bahagiannya.Katanya urusan rezeki kita, memang Allah dah tetapkan.Tak payah risau sangat.

Teruskan beri khidmat dan beri nilai kepada hidup orang lain.Allah akan ganti dan balas dengan sesautu yang kita sendiri pun tak pernah fikirkannya!

Hasil carian imej untuk gambar persahabatan

Rahsia Meminta Kepada Allah dan Doa dikabulkan
Saya memang bukan ustazah.Jadi ilmu agama saya sangat terhad Setakat yang saya belajar time kat sekolah agama di Johor sampai darjah khas sahaja.Kemudian, melalui bacaan, usrah, ceramah dan lain-lain sumber ilmu.

Hal doa dikabulkan pastinya menjadi keinginan ramai orang.Yang saya pernah tahu, antara rahsia doa kita mudah dikabulkan ialah doa untuk orang lain tanpa pengetahuannya.Doakan sahaja sesiapa yang kita kenal dan kita sayang apa sahaja yang kita tahu dia sangat menginginkannya.semoga ia menjadi sumber doa kita mudah dikabulkan.

Haruslah doa dengan tulus dan sungguh-sungguh.Paling mustajab, doakan untuk ibu bapa kita.Sejak aplikasi whatapps menjadi rutin dan perkara harus kepada ramai orang, saya pun suka je kalau ada kalangan teman yang berkongsi doa pagi atau malam hari.aminkan sahajalah.hehe.

Tulis Impian dan Doa Kita
Selain itu, jangan lupa tulis apa yang kita minta dalam doa kita.Ini pun saya amalkan.Siap buat buku doa lagi.Seperti kata Encik Suami, selagi apa yang kita inginkan ada dalam "radar" impian kita, insyaAllah, kita akan dapat juga impian kita suatu hari nanti.

Orait, kira cukuplah setakat ini kisah empat tahun sekali-sempena 29 Februari..:)Terima kasih membaca sehingga habis kisah 29 Februari.