Showing posts with label Laman Info. Show all posts
Showing posts with label Laman Info. Show all posts

Friday, June 02, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 17 Juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 17 Juta Pageviews-Alhamdulillah.Sebenarnya saya perasan angka pageviews blog ni sudah capai 17 juta pv sejak minggu akhir sebelum Ramadhan lagi.Cuma hari ini baru berkesempatan update dalam blog sebagai salah satu motivasi untuk majukan lagi blog ini.Insha Allah:)

Alhamdulillah, sudah 17 juta pageviews Blog Cik Matahariku

overview pageviews Blog Cik Matahariku. Pada Ramadhan awal 2017, pageviews blog ini mencapai sekitar 50k sehari.


Kenangan Publish Post Pertama 
Alhamdulillah.Pada Hari Jumaat, Ramadhan ke-7 ini, Allah limpahkan rezeki saya dalam berblog.Kalau nak dibandingkan dengan pv blog lain, memanglah blog ini tidak setanding.Tetapi saya bersyukur sebab blog ini masih lagi sempat saya update meskipun ia bukanlah full time.Masih juga saya ingat lagi, azam dan semangat saya beberapa tahun  dahulu, waktu awal saya berblog, saya mahu jadikan blog ini bermanfaat kepada readers blog saya.

Ini merupakan tahun ke-6 saya berblog, dan lebih tepatnya lagi pada bulan Julai nanti, cukuplah usia blog saya menjangkau 6 tahun.Alhamdulillah.Masih ingat lagi, post saya yang pertama dahulu, juga jatuh pada bulan Ramadhan tatkala saya sedang sarat mengandung anak ke-4.Masa tu, tak tahu pun yang sebelah petangnya saya selamat melahirkan baby lelaki pertama dalam family kami:) Macam kelakar pun ada, Kira hari jadi blog saya ni lebih tepat lagi 22 Julai 2011 bersamaan birthday boy saya tu.

Tingkatkan Pageviews Blog Dengan Post Masakan Step By Step Cooking
Kali akhir blog saya capai jutaan pv pada pertengahan bulan 4 yang lalu. Kini bertambah lagi menjadi 17 juta pv.Angka yang bukan sedikit dengan usaha yang dicurahkan.Mulai tahun ini, saya mula fokus berblog dengan berkongsi aktiviti masakan saya di rumah.Seronok rasanya apabila resepi yang kita kongsi dan telah cuba sendiri dapat juga dimanfaatkan oleh readers blog.

kek oren lembut, gebus  dan sedap

kek coklat dengan rasa yang tidak menghampakan

Cubaan buat kuih keria gula melaka yang viral

pau sambal yang tetap lembut walaupun sudah sejuk

Boleh baca juga entri ini tatkala blog saya capai 16 juta pageviews, klik di bawah:
Teknik Tarik Pengunjung Ke Blog Dan Dapat Pageviews Tinggi
Kebanyakan resepi yang saya kongsikan pula adalah hidangan kegemaran keluarga atau saya sendiri yang mahu mencubanya.Saya bukanlah seorang yang pakar dalam masakan, saya cuma ingin kongsikan cara saya memasak resepi yang saya kongsi dan saya dedikasikan kepada sesiapa sahaja yang baru belajar memasak macam saya.haha.

Kongsi resepi memanglah mudah.Yang menjadi sukar, kita kongsikan dengan readers adakah resepi itu menjadi atau tidak.Kita biasa dengar bila rakan-rakan atau saudara mara sering merungut, resepi kat internet tu belum tentu betul semuanya! atau mereka merungut kerana resepi yang mereka ikuti tidak menjanjikan hasil yang memuaskan.

Jadi, sebagai seorang Blogger, saya ambil inisiatif ini untuk kongsikan cara dan step by step memasak sesebuah resepi itu dalam blog saya.Sekurang-kurangnya saya mahu readers turut belajar seperti saya dan lihat hasil sesebuah resepi itu.Alhamdulillah.

Antara resepi dan step by step masakan saya dalam blog yang sudah capai bilangan pageviews sehinga ratusan ribu adalah seperti berikut :
  1. Cara Masak Ayam Ungkep style Jawa Johor ( 200k)
  2. Cara buat bun sosej yang lembut dan gebu ( 110k)
  3. Cara sebenar buat donut yang lembut dan gebu (250k)
  4. Cara Buat Karipap Rangup dengan inti kentang (390k)
  5. Cara Buat cup cake coklat kukus moist ( 320k)
  6. Petua mudah buat bihun goreng sedap ( 268k)
Sebarkan Resepi dan Kongsikan Manfaat
Sebagai tuan tanah blog, saya sangat mengalu-alukan readers blog ini supaya sebarkan resepi yang saya kongsikan dalam blog ini kepada sahabat handai juga saudara mara. Suatu amalan atau kebaikan hanya akan dapat manfaatnya jika kita kongsikan kepada orang lain dan kita buat seperti yang dipelajari.Hal kecil seperti ini tetapi memberi impak yang sangat besar dalam diri orang lain.

Kita tidak tahu, mungkin resepi yang kita kongsikan dapat bantu rakan-rakan kita untuk buat perniagaan, untuk bersedekah atau atau untuk tampung kewangan keluarga.Mungkin juga dapat bantu sesiapa sahaja yang mahu belajar memasak tetapi tidak cukup modal untuk pergi kelas masakan.Cara mudahnya, belajar sendiri sahaja secara online!

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca  post di blog ini, menghantar komen dan ulasan dan ada juga yang direct wassap saya untuk bertanya resepi dan cara menyediakan sesuatu hidangan.Andalah motivasi terbaik saya dalam berblog:)

Sampai jumpa lagi.Insha Allah akan bersua lagi dalam post pageviews ke-18 juta pula nanti:)

Saturday, April 15, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 16 Juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 16 Juta Pageviews-Yay! Akak rasa happy sangat.Walaupun akak bukan blogger sepenuh masa, tapi dalam banyak masa blog akak sudah mempunyai readers yang tersendiri dan semoga apa yang pembaca dapat dari blog Akak ni memberikan kalian nilai hidup yang lebih baik lagi, Insha Allah.

Ini header lama blog akak. Bila tukar template, tak match pulak dengan header ni.
Syukur sudah capai 16 juta pageviews beb!

Tak ingat bila pageviews ni capai 16 juta pv, tapi akak baru perasan dalam beberapa hari ini dan sekarang baru sempat buat post sebagai kenang-kenangan.Ceh gitu!Orait, sempena dengan pencapaian blog Akak 16 juta pageviews ni, akak nak kongsikan tips kepada sesiapa yang baru sahaja buat blog dan tak sabar-sabar nak dapat pageviews yang best macam akak ni kan.hehhe.

Alhamdulillah.Terima kasih readers semua:)

Tips Mudah Dapat Pageviews Tinggi
1.Fokus dan Pilih Topik Post Yang Betul
Sebab apa kata mudah? Sebab benda ni kita selalu buat cuma kita tak fokus.Perkara pertama yang kita kena fikir sebelum buat post ialah kita nak bagi apa kat pembaca blog kita? Nak bagi panduan, tips atau cara-cara selesaikan sesuatu masalah? Bila kita ada objektif buat sesuatu post, maka kita akan berusaha beri nilai terhadap entri yang kita tulis.

Kalau akak, akak suka post tentang cara masak-masak atau info, jadi akk cuba buat post akak tu memang menunjukkan cara memasak resepi yang dikongsi dengan betul.Pembaca dapat maklumat dan bertambah ilmu dalam cara memasak resepi yang kita kongsikan.

2.Pilih Tajuk Post Yang Mudah dan Tepat
Tak payah pilih tajuk yang engkau sendiri pun malas nak taip time "menggoogle" kat internet kan.hehe.Bila nak letak tajuk kat post yang ko dah karang sebaik yang mungkin tu, letak tajuk yang simple-simple sudah.Contohnya macam akak biasa buat : Cara masak ikan tilapia lemak cili padi.


pastikan juga rajin buat caption kat gambar yang kita letak ya.Jangan ko biar pembaca tertanya-tanya gambar ni pasai apa? Ini ikan tilapia masak lomak cili padi okey!

Akk letakkan diri akak ni sebagai pembaca yang nak cari maklumat kat Google.Sah-sah akak akan taip macam tajuk yang akak bagi tadi.Tak kuasa pastinya kita nak taip panjang lebar kan.Paling mudah pun ko taip ikan tilapia masak lemak.

Jadi bila post kita pun tajuknya sama dengan apa yang readers cari, robot yang kerja dengan Google tu pun akan bawak pembaca tu pegi ke blog kita.Tambah-tambah kalau post yang ko tulis tu mantap dengan skill seonya.wahh!

3.Gambar yang Cantik dan Sesuai
Letak gambar yang sesuai dalam post yang kita buat.Pembaca tak suka kalau baca entri yang panjang berjela, lepas tu gambarnya seketul je kat bawah sekali.phew.Akak rasa nak tido dulu baru sambung baca kalau jumpa entri macam tu.haha.

kalau boleh time pembaca tengok gambar yang kita kongsi, dia juga sudah terbayang akan enaknya rasa bangkit cheese ni walaupun dia cuma tengok gambar tu.

4. Share post Anda
Kalau blog anda belum ada readers yang setia, share post terbaharu atau lama anda dalam mana-mana laman sosial yang berkaitan dengan post.Bawak kawan-kawan dalam facebook, instagram atau mana-mana followers anda supaya datang dan baca entri yang anda dah tulis tu.

5.Kuasai ilmu penulisan dengan SEO
Akak dulu mula-mula berblog, memang tak tahu apa lah SEO ni.Masa tu baca blog-blog otai, ramai yang bagi tips dan panduan tulis blog dengan ciri-ciri seo.Sekarang barulah faham dan cuba buat dalam blog sendiri.Paling senang nak belajar dan ikut, baca di blog Tuan Hasrul Hassan.Dia ni memang pakar seo Malaysia yang terkenal dan banyak kali menang pertandingan SEO.

Ringkasnya, dengan penulisan blog yang ada ciri-ciri SEO, artikel yang kita tulis mudah mengungguli halaman pertama Google Search, paling lumayan pula bila artikel kita berada dalam rangking yang pertama.Cubalah ya!

Alhamdulillah.Teruskan usaha kalian supaya dapat mantapkan lagi blog.Niatkan buat blog ni juga sebagai amal jariah kita berkongsi ilmu walau sepatah dan sedikit kepada rakan-rakan lain.Insha Allah pahalanya berterusan walaupun kita sudah tiada lagi dalam dunia ni.

Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang sudi singgah baca post akak yang tak semengah mana tu, cuba resepi yang akak kongsi dan juga bagi respon kat ruangan komen walaupun akak balas lambat.huhu.

Thanks for reading this entry!


Tuesday, December 06, 2016

Pengalaman Temuduga UKKM di MRSM Ulul Albab Sungai Besar, Selangor

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Pengalaman Hadiri UKKM MRSM Ulul Albab Sungai Besar-Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai menguruskan menghantar puteri sulung kami menghadiri Ujian Kemasukkan Kecenderungan MRSM (UKKM) di MRSM Ulul Albab di Sungai Besar.Ujian yang dijalankan pada 5 Disember 2016 itu bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 5 petang.

Pada sebelah pagi, sempat jugak Encik Ayah pi cuci kereta dahulu di Pusat Wash Car di Selayang Mall.Jadinya, sekitar jam 11 pagi barulah kami bertolak ke MRSM Sungai Besar.Encik Ayah beritahu, kami akan sampai ke sekolah tersebut sekitar jam 1 petang.Oklah tu, taklah nanti askar-askar yang kami bawa dalam rombongan interview ni kepenatan dan kebosanan menunggu.haha.

Supporters dari adik-adik untuk Kak Iman yang akan menghadapi
UKKM petang ini di MRSM Sungai Besar

Sesi Pendaftaran UKKM
Peringkat awal, kami sampai di MRSM Sungai Besar ni, kenderaan ibu bapa calon UKKM memang dah bersusun kat tempat parking kereta.Rupanya, ada tiga sesi ujian yang sudah berlangsung sejak jam 8.00 pagi tadi.Kami terus tunaikan solat Zuhur dahulu, kemudian barulah proses daftar calon ujian dimulakan.

 Kak Iman sedag beratur untuk semakan nama dan juga serahan dokumen dan sijil yang diperlukan

Guru Bertugas sedang membuat semakan nama calon UKKM

Selesai buat semakan nama dan serahan dokumen dan juga sijil, semua calon diminta beratur di sebelah dewan besar, sebelum dibawa oleh wakil pelajar MRSM tersebut ke Makmal Komputer bagi menjalani ujian berkomputer bagi subjek Matematik, Sains dan Jawi.

Seingat saya, dalam makluman, kami hanya tahu ada Ujian berkomputer bagi subjek Sains dan Matematik sahaja.Menurut Kak Iman yang mengikuti ujian tersebut, soalan Jawi itu hanya memerlukan murid menjawikan perkataan yang diberi dengan ejaan rumi.


Kak Iman sedang beratur untuk ke Ujian Berkomputer

Selepas Kak Iman di bawa masuk ke makmal komputer, kami pula keluar dari MRSM mencari kedai makan yang berhampiran.Pasrah jelah, masa tu dah jam 2.30 petang, entah ada lagi lauk dan nasi kat kedai makan entah tidak..huhu.

Alhamdulillah, kami singgah di sebuah kedai makan yang agak tidak jauh dari MRSM tadi.Agak lama juga ujian dan temuduga ni selesai.Dalam pada itu, kami juga telah diberi taklimat oleh Pengetua MRSM serba sedikit tentang program Ulul Albab di MRSM, jadual kelas hafazan, jadual pembelajaran dan aktiviti pelajar di asrama.

Sementara tunggu Kak Iman selesai sesi temuduga, sempat juga kami anak beranak tangkap beberapa keping gambar.Sebenarnya Cik Mama yang ajak berposing, kalau ikutkan depa ni semua tak kuasa nak layan mama.Semua dah penat pun ya!haha.

 Blok bangunan di mana ujian dan temuduga dijalankan

 MRSM Sungai Besar ni baru sangat beroperasi, pokok-pokok pun
baru nak hidup, masih banyak yang belum lengkap kat sini,maksud saya keceriaan 
sekolah ni masih boleh dipertingkatkan lagi.

 Serius jugak mak pak dua orang ni ..hahha..

 Encik Ayah pasrah jelah..kihkih..

Ha, ni baru character Encik Ayah kalau ajak bergambar
menggeramkan betol..grrr..

Perkongsian Maklumat UKKM 2016
Orait, ini antara maklumat yang Kak Iman kongsikan dengan kami semasa mengikuti UKKM dan temuduga hari ini. Ujian berkomputer matematik dan sains itu mengandungi 15 soalan.Soalan menjawikan perkataan pula diberikan 20 soalan.

Secara keseluruhannya, soalan matematik dan sains yang diberikan tidaklah sesukar seperti yang pernah calon-calon sebelum ini jawab.Saya katakan begitu kerana menurut Kak Iman dia boleh jawab soalan matematik sedangkan kami tahu matematik adalah killer subject bagi Kak Iman.Insha Allah.

Bagi sesi temuduga pula, antara topik yang ditanyakan :
  • adab-adab semasa membaca Al Quran
  • Persekitaran di asrama
  • impian dan cita-cita pada masa hadapan
  • Perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris
Selain itu juga, bagi temuduga hafazan, surah hafazan Al Mulk yang diminta supaya para calon hafaz siap-siap di rumah, Kak Iman diminta menyambung ayat yang dibaca oleh Ustaz yang menemuduganya.Kemudian, para calon juga diberi sehelai kertas yang mengandungi 8 ayat Al Quran dan diminta menghafaznya dalam tempoh masa 25 hingga 30 minit.

Inilah sebahagian yang Kak Iman hadapi semasa ujian temuduganya.Ada beberapa rakan yang berkongsi maklumat dengan saya, yang anak mereka hadapi ujian ini juga memberitahu ada soalan yang meminta calon menyatakan kelebihan diri, minta calon berpantun dan menceritakan tentang keluarga.

Good job and Good Luck Kak Iman!..
Semoga Allah permudahkan urusan kita dan makbulkan segala hajat..aamin:)

Alhamdulillah, kami mengharapkan doa para readers blog ini supaya urusan permohonan kami ini dipermudahkan dan mendapat jawapan yang mengembirakan kelak.aamin.

Boleh klik pautan ini untuk dapat maklumat tentang :Cara Mohon MRSM Ulul Albab-

Terima kasih baca post ini, boleh kongsikan di ruangan komen jika anak tuan puan juga ada mengikuti UKKM ini supaya dapat dikongsikan kepada Ibu bapa lain yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan UKKM ini.

Cara Mohon MRSM Ulul Albab di Semenanjung Malaysia

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Panduan Mohon MRSM Ulul Albab di Semenanjung Malaysia-Saya kongsikan panduan ini sebagai sedikit informasi kepada kalangan ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan memilih program Ulul Albab yang ditawarkan.


Setakat yang kami maklum sehingga tahun 2016 ini, terdapat hanya empat buah MRSM yang menawarkan Program Ulul Albab iaitu :
1. MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
2. MRSM Sungai Besar, Selangor
3.MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
4. MRSM Kota Putra, Terengganu

Permohonan online ke MRSM Ulul Albab

Kebetualan anak sulung saya baru sahaja menduduki UPSR Tahun 2016 dan kami berhasrat untuk menghantar anak kami ke MRSM yang ada menawarkan program Ulul Albab ini.Jadi, sambil saya melayari internet mengumpul maklumat tentang MRSM Ulul Albab ni, lebih seronok kalau saya kongsikan terus dalam blog.


Sebelum tu, al maklumlah saya dan Encik Suami ni, nama je hantar anak ke sekolah aliran agama di Gombak, tapi kami memang buta huruf bab Bahasa Arab ni.hahaha.Jadi, saya usahakan mencari apakah maksud Ulul Albab yang dok MRSM ni tawarkan.

Apakah Maksud Ulul Albab?

Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:

QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilakukan bermula dari jam 7.40 -9.00 pagi dan 2.00-2.40 petang secara formalnya dan antara waktu maghrib hingga isyak untuk kelas tambahan.
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).

ENSIKLOPEDIK
  • Berpengetahuan dan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
  • Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
  • Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
  • Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
  • Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
  • Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
Panduan Mohon MRSM Ulul Albab di Semenanjung Malaysia
Pada tahun 2016, permohonan kemasukan ke MRSM bagi pengambilan pelajar ke tingkatan 1 tahun 2017 adalah melalui online. Permohonan online ini telah dibuka mulai 13 September 2016 sehingga 21 September 2016. 

"-Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2017 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2016."

Ini adalah contoh iklan yang disiarkan oleh bahagian Pendidikan Menengah MARA.Semasa saya menaip post ini, sudah dua hari permohonan online ini dibuka kepada umum, khasnya kepada murid-murid tahun 6 yang telah menduduki UPSR tahun 2016.


Log masuk untuk menjawab OSA

Cara Daftar dan Isi Maklumat Peribadi
Bagi saya, permohonan online pada tahun ini kelihatannya sangat mudah jika dibandingkan dengan permohonan tahun-tahun sebelum ini yang memerlukan ibu bapa mendapatkan pin number di Bank Simpanan Nasional dan tentunya perubahan ini mengembirakan banyak pihak.Insha Allah.

Selain mengisi maklumat pemohon dalam talian,  maklumat ibu bapa juga diperlukan dalam permohonan tersebut.Pemohon juga diminta menjawab soalan Online Self Assessment (OSA) dalam masa yang ditetapkan.Soalan OSA ini merangkumi 50 soalan berkaitan keperibadian dan 30 soalan Bahasa Inggeris.

Cabaran jawab soalan online ini pastinya masalah talian atau coverage yang kadangkala kurang memuaskan.Tambah-tambah pada masa sama, pada awal permohonan semua pemohon satu Malaysia akan jawab soalan OSA ni.Tapi selepas result UPSR diumumkan, ada kalangan rakan ibu bapa yang beritahu, MRSM masih membuka peluang menjawab OSA dengan kaedah yang lebih teratur iaitu menetapkan masa menjawab bagi setiap pemohon.Kita yang akan pilih nak jawab pada tarikh  dan masa bila ( berdasarkan pilihan masa yang diberi).



Tawaran Ujian Kemasukkan Kecenderungan KE MRSM (UKKM)
Pada tahun ini, kami ibu bapa mendapat makluman tawaran UKKM ini melalui email yang ibu bapa berikan semasa membuat permohonan online. Dalam makluman tawaran ini, pemohon dibenarkan membuat pilihan lokasi MRSM untuk menjalani UKKM.


Contoh email yang diterima oleh ibu bapa pemohon MRSM Ulul Albab

Oleh kerana permohonan ini adalah melibatkan MRSM Ulul Albab, maka para pemohon telah diminta untuk menghafaz surah dari Al Quran. Ini merupakan antara syarat wajib apabila anak anda memohon MRSM Ulul Albab.Pada tahun ini, pihak MRSM Ulul Albab telah menetapkan hafazan surah Al Mulk ayat 1 hingga 12.

Ini merupakan kesempatan baik bagi para pemohon kerana surah untuk hafazan sudah diberitahu terlebih awal.Cuma pastikan anak-anak anda juga menghafaz dengan bacaan tajwid yang betul dan lancar.

Ujian ini diadakan pada minggu pertama bulan Disember.Jadi kepada ibu bapa yang terlibat, harus merancang cuti kerja anda kerana Ujian UKKM ini diadakan pada hari bekerja. Memandangkan permohonan yang ramai, ketika kami menghadiri ujian ini, rupanya pihak pengurusan di MRSM Sungai Besar telah membuat beberapa sesi pendaftaran dari pukul 8.00 pagi, 9.30, 12.30 tengahari dan 2.00 petang.

Pada masa pemilihan lokasi MRSM untuk menjalani UKKM, automatik tarikh dan masa ujian ini akan diberikan.Pada masa permohonan ini anak saya mendapat sesi pendaftaran ujian pada jam 2.00 petang dan hanya selesai semuanya pada jam hampir 5.00 petang. 

Penyediaan Sijil dan Dokumen Sebelum UKKM
Berkenaan sijil dan dokumen lain yang diperlukan semasa menghadiri UKKM ini ialah seperti berikut :
  • Surat tawaran menghadiri UKKM ( print dari website )
  • Borang permohonan online ( print dari website )
  • Penyata gaji bapa yang terkini
  • penyata gaji ibu yang terkini ( jika bekerja )
  • sijil ko kurikulum murid ( termasuk slip UPSR )
  • Kad pengenalan pemohon

Dokumen ini hendaklah disahkan oleh pengetua, Guru Besar atau pegawai yang layak yang ada disebutkan dalam surat tawaran.Nasihat saya, ketika menghadiri UKKM ni, bawa juga dokumen atau sijil yang asal.Manalah tahu, ada dokumen atau Sijil yang kita tertinggal semasa membuat salinan.

Simpan semua sijil dan dokumen yang perlu diserahkan semasa membuat pendaftaran nanti dalam sampul surat saiz a4 atau kalau banyak sijil, sampul yang lebih besar.Boleh juga
guna fail atau plastik saiz A4 berwarna jernih supaya apabila kita menyerahkan dokumen tersebut, semuanya sudah tersedia dengan lengkap dan sempurna.Susun juga sijil dan dokumen mengikut urutan seperti yang diminta.

Boleh baca post ini untuk dapatkan info dan tips temuduga MRSM Ulul Albab :Pengalaman Temuduga MRSM Ulul Albab di Sungai Besar-

Orait, saya harap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat beri gambaran awal kepada para pemohon dan ibu bapa yang ingin memilih MRSM Ulul Albab sebagi salah satu institusi pendidikan alam menengah.Jika ada kekurangan dan kelemahan penyampaian dan perkongsian maklumat ini, saya mohon maaf kerana itu semua adalah atas kekurangan saya sendiri.

Terima kasih sudi baca post ini dan semoga urusan anda semua dipermudahkan hendaknya!

Sunday, November 13, 2016

Pageviews Blog Cik Matahariku Capai 13 Juta

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tatkala saya sedang menaip entri ini, sempat juga saya belek tarikh bilakah saya kongsi berita blog saya capai 12 juta Pageviews (PV).Sebulan yang lalu, blog ini masih lagi dalam lingkungan pv 12 juta.Hari ini, syukur saya kerana dengan izinNya, blog saya telah capai 13 juta pv.Pheww!Happy beb!..kihkih.Macamlah ko nak dapat RM13 Juta..:)

Walaupun tugas hakiki seorang Blogger ialah berkongsi info dan panduan kepada pembaca blognya, tapi bila kita dapat jumlah paparan halaman blog sampai juta-juta macam ni, satu bonus jugak sebenarnya kan?hehe.


Pageviews Blog Cik Matahariku capai 13 Juta pv

Kelebihan Template Responsif
Semenjak saya memberanikan diri menukar template blog kepada yang responsif hasil nasihat kakak kesayangan yang juga Blogger, saya dapati perubahan yang paling mendadak ialah bilangan traffik ke blog saya semakin meningkat dengan banyak.

Pun begitu, saya tidaklah bercakap kosong akan hal ini kerana bila anda rajin membaca dalam mana-mana artikel dalam blog yang ada kongsi tentang ini,kebanyakan pakar dalam dunia blog mencadangkan supaya para blogger menggunakan template yang responsif untuk blog masing-masing.

Ya, kenapa mesti pilih template blog yang responsif?
Apakah sebenarnya maksud template yang responsif? Ringkasnya dengan menggunakan atau memasang template responsif ia akan membolehkan blog kita dibuka dengan mengikut format mobile.Ini kerana dewasa ini, kebanyakan pengguna atau pelayar internet di negara kita menggunakan smart phone sendiri untuk mendapatkan pelbagai maklumat.



overview stats Blog Cik Matahariku

Dengan template responsif, paparan blog kita akan lebih cantik dan kemas apabila diakses menggunakan mobile.Tentu anda sendiri akan lebih selesa jika dapat membaca atau mendapat maklumat dari blog yang mobile friendly bukan?

Apapun terserah atas pilihan anda semua.Ada juga kalangan Blogger yang tak kisah jika blognya tidak dilawati sekian lama.Mungkin menulis blog bagi sesetengah Blogger part time hanyalah ruang untuk mengisi minat atau atau sekadar suka-suka.

Tapi jangan tak tahu, sudah ramai juga Blogger yang menulis blog dan pada masa sama dapat menjana ratusan dan ribuan ringgit daripada blog mereka.Ya, bagaimana mereka melakukannya?Suatu ketika dulu, saya juga memikirkan, bagaimana mereka boleh jana pendapatan pasif hanya dengan menulis blog?

Perniagaan Online Semakin Berkembang
Faktor ini juga salah satu sebab mengapa Kerjaya Blogger jadi semakin menarik dan memberikan pulangan yang lumayan.Kadangkala, anda hanya perlu tulis apa sahaja yang anda sukai dalam blog, kongsikan kepada pembaca pengalaman anda, kongsikan gambar atau beritahu tentang sesuatu yang anda tahu,ia sudah memadai bagi mengajak pembaca datang ke blog anda.

Pada masa sama, anda juga memasang iklan atau banner dalam blog.Secara tidak langsung, pembaca terdorong untuk klik atau ambil tahu tentang iklan di blog anda.Jika anda mempunyai akaun Adsense, bilangan klik iklan dalam blog anda juga sudah cukup memberikan hasil yang memberangsangkan kerana ia dibayar dalam USD.

Selain itu, anda juga boleh mendaftar sebagai Affiliate marketer, atau menjadikan blog anda sebagai dropship kepada produk online.Boleh juga memberikan khidmat review kepada mana-mana peniaga atau usahawan yang berminat atau menulis iklan bagi produk tertentu.Mudah bukan buat duit dengan blog?

Pageviews Blog Cik Matahariku Capai 13 Juta
Alhamdulillah, terima kasih saya kepada anda atau sesiapa sahaja yang sudi singgah ke blog kecil saya ini.Saya akui, masih banyak kekurangan dalam penulisan saya ini, maafkan saya jika banyak kelemahannya.

Semoga anda semua mendapat kebaikan yang banyak dengan adanya blog kecil saya ini, sampai jumpa lagi, dan terima kasih sekali lagi:)




Wednesday, October 26, 2016

Promosi Digital Body Weight Scale di Lazada

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Akhirnya, sampai juga delivery Digital Body Weight Scale yang saya order dari Lazada.Kalau anda semua kaki shopping online, Lazada bukanlah satu nama asing dalam industri perniagaan online dalam negara kita.Paling best, bila shopping di Lazada ni, penghantaran barang yang kita order akan sampai tepat pada waktu yang mereka janjikan dalam tempoh shipping mereka.Memang terbaik!hehe.

Orait, kali ini suka hati saya nak kongsikan tentang Digital Body Weight Scale yang baru sahaja saya beri dari Lazada. Asalnya saya memang tengah cari penimbang berat badan digital ni.Survey sana sini, akhirnya jumpa kat Lazada.Sekali tengok tengah ada promotion pulak tu.Memang langkah kananlah kan.muehe.hehe.

Inilah rupa Digital Body Weight Scale yang saya beli di Lazada

Tengok tu.Berapa banyak kita boleh jimat kalau nak beli penimbang berat digital ni kat Lazada.Penimbang berat digital ni dalam bentuk tempered safety glass.Boleh tampung berat sehingga 180 kilo.Kalau ko nak timbang berat setakat 90 kilo, takde masalah punyalah.kihkih.


budak kemetot sibuk nak ambik berat dia..pandai pulak
berdiri elok atas penimbang digital tu.kihkih..

Nilah orangnya! Nama dia Aryan Iman, kalau mama tengah geram,
akan keluarlah gelaran budak kemetot kat dia ni..haha..

Saya beli ni pun sebab nak pantau berat badan sendiri yang semakin hari semakin berkembang pesat nampaknya.huhu.Ibarat nak bagi motivasi time buat diet yang kadang-kadang ke lautan dalam jugak.cis.

Saya takdelah sebab kukuh kenapa nak jugak penimbang berat digital ni melainkan malas nak kira dan tengok jarum kecik-kecik kat penimbang yang biasa tu.haha.

Cara Nak Guna Digital Body Wight Scale 
Kalau guna penimbang ni, pertama sekali kita kena on kat tempat belakang scale ni, tempat letak bateri dia.Then, letak tapak kaki kita kat atas skrin digital tu.Buat macam kita nak scan barang.Nanti dia automatik akan keluar digit 0.0.Masa tu, bolehlah berdiri atas penimbang berat digital ni.

Setakat ni, memang memuaskan hati saya time menggunakannya.Bagi sesiapa yang suka Digital body weight scale ni bolehlah tengok-tengok kat Lazada ya.Setakat yang saya survey, tawaran kat Lazada ni yang paling murah.

Setakat ni dulu, perkongsian saya, harap dapat beri manfaat kepada sesiapa yang mencari maklumat Digital Body Weight Scale di Lazada.

Sampai jumpa lagi..

Thursday, October 06, 2016

Blog Cik Matahariku Capai 12 Juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 12 Juta Pageviews-Dalam tahun ke-5 berblog, Blog kecil saya ini mencapai bilangan pageviews yang agak memuaskan hati secara peribadinya.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah Taala yang telah memberi kelapangan masa untuk saya serta diberi ilham menyukai bidang penulisan yang dengannya saya tak perlu cakap banyak untuk berkongsi apa yang saya rasai atau saya sukai.



Best ke jadi Blogger ni? haha.Soalan yang sengaja saya bangkitkan supaya saya dapat berkongsi jawapannya dalam Blog kecil ini.

Macam anda tahu, saya hanyalah Blogger separuh masa, yang kadangkala tak separuh masa pun.Ada masa memang saya tinggalkan terus blog ini jika tuntutan kerjaya hakiki tidak dapat saya elakkan.Ringkasnya begini, saya hanya menulis blog jika ada masa terluang.Walaupun hakikatnya, selalu sahaja perasaan ingin menulis datang jika idea dan ilham datang mencurah.huwaaa..

Blog Cik Matahariku Capai 12 Juta Pageviews
Orait, 12 juta pageviews bukan omongan kosong ya!kihkih.Bajet kerek macam retis gamaknya.Saya berterima kasih sebenarnya kepada kalangan readers saya yang tidak pernah jemu datang singgah dan membaca post-post yang saya publish dalam blog ini.

Ada juga post yang saya terbitkan sejak tahun pertama saya berblog, sehingga kini masih mencatat bilangan pembaca yang ramai.Bukan mudah juga menghasilkan post yang disukai atau yang sering mendapat perhatian pembaca melainkan ada juga usaha keras yang harus dicurahkan.

Berjaya Pasang Iklan Adsense Dalam Blog
Ya, ini juga salah satu pencapaian peribadi saya dalam berblog.Jika anda bukan seorang Blogger, maka suka saya kongsikan di sini bahawa apabila sebuah blog mendapat kelulusan memasang iklan Adsense, maka blog tersebut telah berjaya melepasi kelayakan atau kriteria yang pihak Google Adsense tetapkan.

Apakah kriteria yang harus sesebuah blog itu miliki bagi memperoleh kelulusan untuk memasang iklan Adsense?

Mari kita tengok syarat-syarat yang membolehkan iklan Adsense dipasang dalam sesebuah blog:

1) Dapatkan Domain TLD dan Web Hosting
Tujuan akaun Adsense Full adalah supaya boleh monetize melalui website dengan domain sendiri (bukan hanya terikat dengan blogspot atau youtube). Jadi anda perlu mengadakan domain TLD (contoh: .com, .net, .my dll) serta web hosting yang bersesuaian.

Bagi blog saya pula, syarat ini bukanlah asas kelayakan yang membolehkan permohonan saya diterima.Ini kerana saya masih lagi menggunakan domain Blogspot bagi blog saya.

2) Gunakan Template/Theme yang Sesuai 
Salah satu syarat permohonan Adsense adalah website/blog anda senang untuk dilayari pelawat. Oleh itu, susunatur (layout) terutamanya menu navigasi (navigation menu) perlu lah teratur dan tidak mengelirukan. Kebiasaanya template/theme didatangkan bersama navigasi yang baik.

Saya menggunakan template responsif yang membolehkan blog saya dilawati sama ada secara mobile atau menggunakan desktop tanpa sebarang masalah.Jadi, jika anda mahu mendapat kelulusan yang mudah bagi memasang iklan Adsense, maka ubahsuai template anda.

3) Masukkan Kandungan Teks Dalam Bahasa Inggeris 
Adsense menggunakan crawler untuk menentukan isi kandungan website/blog anda untuk membolehkan algorythmnya menyiarkan iklan-iklan yang sesuai. Untuk itu, Google memerlukan kandungan teks (text content) yang cukup untuk membolehkannya mengetahui tema/niche website/blog anda itu.

Sekiranya anda bercadang untuk memasukkan kandungan dalam Bahasa Melayu, anda patut menimbangkannya semula kerana Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang disokong oleh Adsense buat masa ini.

Saya cadangkan anda untuk mendapatkan artikel-artikel dalam bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya 20 artikel.

Sejak akhir-akhir ini, saya mendapati pihak Google Adsense juga sudah memberi peluang kepada blog berbahasa Melayu untuk memasang iklan Adsense.Jadi, jangan putus asa untuk terus majukan blog anda supaya pihak Google Adsense boleh menilai blog anda.

4) Buat Page Yang Perlu Ada 
Google menetapkan setiap website memiliki sekurang-kurangnya halaman Privacy Policy.Jangan bimbang, kerana anda boleh mendapatkannya di sini: Privacy Policy Generator

Adalah lebih baik sekiranya anda turut menyediakan halaman Mengenai (About) dan Berhubung (Contact Us) untuk meningkatkan kebarangkalian permohonan anda diterima.

5) Dapatkan Trafik Organik
Trafik organik bermaksud pelawat yang datang ke website/blog anda melalui carian di Google.Untuk itu, anda perlu menguatkan SEO (Search Engine Optimization) pada website/blog anda supaya disenaraikan oleh Google.


Sekiranya anda telah mengikuti segala langkah di atas, anda bolehlah mula untuk memohon kelulusan Adsense (Full). Proses permohonan ini terdiri dari 2 peringkat di mana website/blog anda akan dinilai sama ada memenuhi kriteria yang telah ditetapkan Google.

Selamat mencuba & Selamat berjaya!