Disember Di Rumah Baru

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Wah! seronoknya bercuti.Yay!Alhamdulillah, kali ini saya menaip blog secara rasminya dari kediaman baru kami di Bandar Springhill, Negeri Sembilan.Jika anda mengikuti perkembangan blog ini, saya dan keluarga baru sahaja berpindah rumah ke Negeri Sembilan.Syukur, Allah permudahkan urusan kami dalam proses perpindahan ini.

Pemandangan pagi dari luar beranda rumah

Bab penat mengemas barang tu tak payahlah nak cerita beb! Memang seploh hari seploh malam tak akan siap ko mengemas sebab ada dua ketul budak kemetot yang suka sangat buat sepah dalam rumah ni.huhu.Bayangkan saja saya dan Encik Suami mengemas bahagian bawah, tahu-tahu bila kami naik ke tingkat atas, ruang bilik atas pulak bersepah dengan baju dan mainan.Bertabah jelah.heheh.

Orait, Memang heaven rasanya bila bangun pagi, masih dapat dengar bunyi kicauan burung, dan tak dengar lagi bunyi ambulan 24 jam sebab rumah lama sangatlah dekat dengan hospital.haha.Tapi itu bukanlah asbab utama penghijrahan kami ke Negeri Sembilan ini.Apapun syukur sangat-sangat sebab terlalu banyak Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dalam urusan dan perancangan kami berpindah dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

kawasan perumahan ini sebenarnya masih lagi agak sunyi kerana belum ramai yang menginap dan berpindah ke rumah yang dibeli

Pindah pula dalam keadaan kami sudah bersedia mental dan fizikal, cuma anak-anak masih sayangkan sangat dengan sekolah dan kawan-kawan sehingga memujuk kami supaya jangan berpindah.isk..isk.Mungkin juga mereka sudah terbiasa dan selesa dengan situasi sedia ada walaupun sebenarnya jauh dari sudut hati kami agak kasihan apabila mengenangkan anak-anak yang terpaksa bangun seawal 5.30 pagi untuk ke sekolah walaupun waktu persekolahan mereka hanya bermula pada jam 8.00 pagi.

Faham-faham sahaja apabila menetap di bandar seperti KL ni, kita lewat 5 minit dari jadual biasa perjalanan kita, alamat tempuh jam yang bukan sekejaplah jawabnya!Banyak perkara yang kami fikirkan sebelum mengambil keputusan berpindah rumah, namun kami yakin Allah jualah sebaik-baik pengatur dalam hidup kami.

Rumah yang sudah kami tinggalkan dan kenangan sahaja yang kami bawa ke tempat dan destinasi yang baru:)

Ruang dapur di mana saya bertatih belajar memasak untuk anak-anak dan suami.
saya akan rindu dapur kesayangan saya ni..huwaaa...


Pastinya sayang nak tinggalkan rumah sedia ada yang merupakan rumah pertama kami membesarkan anak-anak, tapi begitulah aturan dan juga perancangan kami.Kami berharap dengan berpindah rumah ke lokasi yang lebih sesuai sebagai tempat kediaman, harapnya kehidupan kami sekeluarga lebih 
baik, teratur dan berganda lebih banyak manfaat dan berkatnya.aamiin.

Ohh ya! Rumah kami di Selayang juga sudah kami sewakan kepada salah seorang rakan suami.Lepas ni, tak tahu bila lagi boleh ziarah rumah kami di Selayang ini.huhu.Paling tidak pun, dapat tengok dari tepi highway pun oklah tu.

Doakan kami sekeluarga gembira dan dikurniakan kebaikan yang melimpah ruah dengan suasana yang serba baru dari segi kerjaya, persekolahan anak-anak dan juga tempat tinggal kami.Semoga Allah jua melimpahkan rahmat, petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua.aamiin.


Post a Comment

4 Comments

  1. seronoknya berpindah ke rumah baru - serba baru
    selamat mengemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang teruja dan seronok berpindah ke rumah baru, sebab ia antara impian kita yang tercapai kan:)Tapi pada masa sama, sedih juga tinggalkan ramai sahabat dan jiran baik di tempat lama.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!