Tips dan Cara Berkebun Dengan Tanah Yang Terhad

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Salam hujung minggu semua!yeahh.Bestnya cuti sekolah.haha.Beginilah keadaan mak-mak yang bila hari sekolah kena dok berjauhan dengan anak-anak dan family.Dapat cuti sekolah satu minggu, wahh..heaven betul rasanya beb!

Selain seronok dapat cuti sekolah lama, saya juga sebenarnya nak kongsikan aktiviti baru saya di rumah iaitu berkebun! Asal bangun pagi, mesti nak tengok dulu anak pokok cili yang saya semai sejak dua minggu lepas.haha.

seronoknya bila tengok daun pokok cili ini sudah semakin bertambah hari ke hari:)

Orait, hari tu saya ada kongsikan aktivti atau minat baru saya iaitu berkebun dengan menanam anak benih pokok cili.Mesti korang nak tahu apa perkembangan anak pokok cili yang saya dah tanam sejak dua minggu lepas kann?

Dua minggu yang lepas, daun-daun pokok cili ini kebanyakannya baru tumbuh dalam dua helai.Baru berputik lah kiranya tu.

Ini pula anak pokok cili yang semakin tumbuh subur. Nak masuk daun yang yang kelima pula.
Saya dah pindahkan ke pot yang baru.

Sebenarnya sementara saya berada di Port Dickson, kerana bekerja di sana,  anak kedua saya yang rajin tolong tengok-tengokkan anak-anak pokok cili ni.Asal saya telefon pada sebeah malam, mesti diberitahunya dia sedang menyiram anak pokok cili tersebut dengan spray air.Besar hati saya mendengarnya.Nampaknya dia berkongsi minat dengan saya:)

pot kecil yang saya gunakan ini sebenarnya antara bekas pot bunga yang saya pernah beli tapi kebanyakan bunga-bunga tu mati layu dan kering.Sebab sebelum ni, saya suka tengok pokok bunga cantik tapi tak tahu nak menjaganya.haih.

anak-anak pokok cili yang saya dah pindahkan ke dalam pot kecil supaya dapat membesar dengan lebih baik.Insha Allah.aamiin.

Baki anak pokok cili yang masih tinggal dalam bekas semaian.
Ada juga anak benih pokok cili yang baru nak hidup.Semoga dapat tumbuh subur ya wahai anak pokok ciliku..heheheh.

Tak tahulah kenapa rasa happy semacam bila tengok anak pokok cili ini semakin membesar.Benarlah, pohon-pohon hijau ini sebenarnya mampu beri kita ketenangan dan kegembiraan tatkala melihatnya.Apa yang penting sekarang, saya kena tambahkan ilmu lagi untuk aktiviti dan hobi baru saya ni.Insha Allah.Mohon Doakan saya mendapat kebaikan dan manfaat yang banyak dengan aktivti baru ini ya:)

Klik sini untuk lihat bagaimana mulanya saya semai biji benih cili dalam bekas recycle : Cara DIY semai benih cili merah-

Tunggu perkembangan anak pokok cili saya ya!





Post a Comment

4 Comments

  1. moga pokok cili ni membesar dengan sihat serta mengeluarkan hasil

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tip dan cara. Saya akan mencuba

    ReplyDelete
  3. Salam . . Nak tanya , adakah pokok cili ini wajib di semai pada bekas lain dahulu sebelum pindah ke pasu ? Jika terus semai pada pasu saiz sederhana boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, kebanyakan yang sudah menanam atau menyemai benih cili, mencadangkan begitu.Bila kita semai dahulu biji benih di bekas semaian, kita dapat jimat ruang utk semaian anak pokok cili.maklumlah benih cili biasanya banyak, tapi belum tentu semuanya dapat mengeluarkan daun atau tumbuh.Benih yang tumbuh dan mula berdaun sahaja barulah kita pindah ke pot atau pasu yang lebih besar utk pertumbuhannya,Boleh juga semai pada pasu terus, tapi sekadar semai dua biji cili atau tiga, kalau kita tabur semua dalam pasu, bila pokok mula berdaun dan membesar, jadi sukar untuk pindahkan pokoknya.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!