Resepi Inti Karipap Kentang Homemade Yang Berempah dan Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Buat Karipap Inti Kentang Homemade Yang Sedap-Wahhh..mesti ramai yang suka makan karipap panas-panas dengan inti kentang yang sedap, yang rasanya ada pedas-pedas dan manis sikit kan? Tambah lagi ada rasa rempah kari yang membuatkan inti karipap tu memang meletuplah.hehe.Orait, biasanya orang-orang sebelah selatan sini je yang suka makan kuih karipap kan.Orang sebelah utara dan pantai timur masing-masing ada kesukaan kuih muih mereka sendiri.

karipap inti kentang homemade kegemaran kami sekeluarga

resepi inti karipap kentang yang berempah dan sedap
Inti kentang yang rasanya berempah plus pedas dan manis-InshaAllah sedap.Karipap yang intinya dengan rasa seperti inilah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Karipap inti kentang homemade yang sedap dan berempah

Kalau di tempat saya, di Johor misalnya, karipap memang antara juadah atau kuih yang senang nak jumpa time kenduri kendara atau dalam mana-mana majlis keramaian.Sebab itulah ia jadi seperti menu wajib ada walaupun buat karipap ni tidaklah semudah yang kita fikirkan.Hanya orang yang rajin dan sanggup luangkan masa lebih sikit di dapur sahaja yang akan buat karipap sendiri di rumah.muehehe.bajet rajinlah ni kononnya..pheww.

Karipap inti kentang berempah dan sedap
Kelebihan kalau dapat buat karipap sendiri kat rumah ialah kita dapat buat intinya dengan rasa seperti yang kita mahu, boleh isi inti banyak dan boleh buat kulit karipap yang rangup yang family kita suka.Boleh juga terus makan bila lepas goreng panas-panas.muehhehe.Betul tak?

Orait, cuti sekolah yang panjang kali ini saya berkesempatan membuat karipap kentang homemade yang menjadi kegemaran suami dan anak-anak.Memang lama sangat saya tak buat karipap di rumah sekitar hampir empat bulan sejak saya berpindah ke tempat kerja di Port Dickson.Jadi, karipap kentang homemade ini adalah permintaan suami dan anak-anaklah.

gambar kulit karipap yang rangup dan sedap
Karipap ini disediakan bersama-sama dengan anak-anak dara saya yang semuanya dah boleh diharap untuk membuat karipap kentang homemade.Just, bagi arahan, depa akan buat.Best jugak bila ada anak-anak pompuan yang suka menolong kita di rumah kann.Alhamdulillah.:)

Resepi Karipap Inti Kentang Homemade Yang Sedap
Sumber : Blogger Cik Matahariku

Cara bergambar buat inti kentang ini ada saya kongsikan dalam pautan ini : Cara bergambar buat karipap rangup dengan inti kentang yang sedap- 

resepi inti karipap kentang berempah
Inilah rupa paras inti karipap kentang homemade yang saya siapkan untuk buat karipap.
 Inti karipap dengan inti kentang yang sedap berempah, pedas dan manis:)

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 
5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang merah ( dikisar )
2 ulas bawang putih  ( dikisar )
segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
3 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat melembutkan 
    kentang kita dengan lebih cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

karipap yang rangup biasanya berasal dari doh yang diuli dengan gabungan tepung gandum, air garam dan minyak yang dipanaskan atau planta yang dicairkan.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
Boleh juga rujuk sini untuk lihat cara bergambar buat kulit karipap rangup- Cara Buat Kulit Karipap rangup
  1. 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  2. dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  3. satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  1. 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  2. 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat karipap homemade
Karipap homemade dengan inti yang pasti sedap:)

Cara Menyediakan kulit karipap
  1. Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  2. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  3. Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  4. Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  5. sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.
gambar karipap inti berempah yang sedap
Karipap dengan inti kentang sedap dan kulit yang rangup by Cik Matahariku:)

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 
Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Terima kasih baca entry ini dan jangan lupa share dan tag kat best friend korang yang suka makan karipap ya!




Post a Comment

14 Comments

  1. sedapnya , bila buat sendiri baru puas hati nak makan intinya pun banyak

    ReplyDelete
  2. yup! betul tu.. buat sendiri baru puas hati..☺️

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terima kasih berkongsi resepi saya dah cuba mmg sedap 😉👍👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sudi cuba resepi karipap di blog ni, harap boleh kongsikan juga kepada rakan yang lain, semoga kebaikannya berpanjangan..aamiin:)

      Delete
  4. Salam, saya minta izin utk share ya puan, t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, saya beri kebenaran sesiapa pun untuk share mana-mana post yang saya publish dalam blog ini selagi ia beri kebaikan kepada orang lain, insha ALLAH:)

      Delete
  5. Assalamualikum, CIK MATAHARIKU ..
    Mohon copy Resepi ..
    Terima kasih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, terima kaish singgah sini, silakan share:)

      Delete
  6. Minta izin share resepi..sY budak baru nk belajar buat karipap 😅

    ReplyDelete
  7. salam cik matahari,sila share resepi serimuka ada tak.allahuakhbar terima kasih kerana share resepi yg mudah dan sedap.saya dh cuba kaswi..masyaAllah elok kejadiannya.sedap sesangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, terima kasih cuba resepi kuih kaswi dalam blog ini.Resepi kaswi ibu mertua saya memang ramai yang suka sebab keenakannya.Buat masa ini saya belum pernah cuba buat kuih seri muka, jadi saya tak boleh nak kongsi resepinya..biasanya kebanyakan resepi yang share dalam blog ini adalah resepi yang saya dah cuba dan buat sendiri dan tahu kesedapannya macam mana..hehhe.inshaallah, nanti saya usahakan ya:)

      Delete
  8. tq share resepi.dah cuba kaswi.sedap yakmat.ade resepi serimuka tak cik matahari.ble share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah, nanti saya usahakan mintak resepi seri muka mak mertuo den yo..heheh

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!