Tahun ke-6 Berblog Dengan Pageviews Blog 20 Juta PV

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tahun ke-6 Berblog Dengan Pageviews Blog 20 Juta PV-Alhamdulillah.Bahagia rasanya apabila pada tahun ke-6 berblog, dengan izin Allah SWT, maka saya dapat juga meraih pageviews blog ke 20 juta pv.Ehh..tak payahlah bandingkan pageviews blog ini dengan blog lain yang lebih tinggi atau lebih banyak jumlah paparan halaman blognya.Adehhh.Den ni blogger part time je ha.

Sebenarnya sejak awal September lagi saya perasan pageviews blog ini sudah capai 20 juta PV. Baru kali ini saya berkesempatan kongsikan tentang ini dalam blog.Yup! ini antara pencapaian peribadi saya dalam berblog selain ada banyak lagi yang saya berjaya kecapi sejak Allah lorongkan saya dalam dunia blog Malaysia.Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kini Blog Cik Matahariku sudah capai 20 juta pv

Penghargaan Kepada Insan Tersayang
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk melahirkan rasa gembira dan bersyukur saya istimewa kepada Insan Yang Sangat Saya kasihi iaitu Encik Suami saya yang sebenarnya banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya untuk terus memajukan blog kecil ini.Kalau dia terbaca post yang saya taip ini, mungkin dia pun hairan entah apa yang dia dah buat sehingga saya bersungguh melahirkan rasa terima kasih saya kepadanya.haha.

Dashboard Blogger.com menunjukkan pageviews blog ini sebanyak 20 517 916 pv

Pada awal penglibatan saya dalam berblog, saya buat blog ini senyap-senyap sahaja.Pada masa itu malu pulak rasanya kalau suami sendiri atau rakan-rakan yang mengenali tahu saya ada blog.Beberapa bulan selepas saya berblog, barulah saya kongsikan tentang blog saya kepada Encik Suami.

Kemudian diikuti berita gembira apabila saya mula menyedari bahawa dengan berblog saya juga boleh menjana pendapatan pasif melalui iklan dan juga program Affiliate.Hampir setiap bulan saya mendapat komisyen hasil dari penglibatan saya dalam program Affiliate, di tambah dengan pendapatan dari iklan Nuffnang.

Kini, blog saya juga sudah dapat kelulusan untuk memasang iklan dari Google Adsense yang bayarannya diterima dengan nilai USD.Menarik bukan? Sehingga hari saya menaip post ini,saya sudah pun menerima bayaran dari iklan Adsense ini untuk kali yang ke-5 dan jumlah bayarannya juga sudah menjangkau ribuan ringgit.

Pendapatan Berblog dengan Google Adsense:)


Ketika ini, rasa teruja sangat apabila saya tak perlu tunggu lagi hari gaji kerana komisyen yang diperolehi dapat menampung keperluan sementara tunggu hari gaji.Wahh.Inilah yang saya fikirkan besarnya rahmat Allah kerana memberi saya peluang mengenali dunia blog ini.Alhamdulillah:).

Pernah Encik Suami tolong ambilkan gambar atau kadang-kadang saya "paksa" dia ambil gambar dengan alasan sebagai bahan untuk saya masukkan dalam blog.haha.

With My Best Friend Forever:)

Apa yang saya maksudkan sebagai sokongan ialah  apabila pada masa cuti panjang, saya banyak luangkan masa di depan laptop.Itupun selepas saya selesaikan semua urusan rumahtangga.Bila dia memahami  minat saya, sekali sekala saya akan kongsikan perkembangan blog ini kepadanya.

Ada masa Encik Suami juga berkongsi idea juga apa yang sepatutnya saya tulis atau kongsikan dalam blog ini.Sekurang-kurangnya saya dapat "ajak" Encik Suami mengetahui serba sedikit tentang aktiviti berblog saya dan berkongsi minat dengan saya:)

Part paling dia suka apabila saya ajak dia makan di luar setiap kali komisyen dari program Affiliate yang saya sertai telah dikreditkan ke akaun.mueheheh.Minat menulis saya rupanya boleh menjana pendapatan pasif kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.Semoga Allah terus melimpahkan kesihatan dan masa yang banyak untuk saya terus berblog.aamiin.

semoga Allah merahmati dan menyuburkan kasih sayang kita dalam rumahtangga
yang dibina bersama sejak 13 tahun lalu.aamiin.

Paling saya tidak dapat lupakan, bil wifi rumah dibayar oleh suami maka kalau tanpa kemudahan wifi di rumah ini sudah tentu sulit juga untuk saya berblog dengan aktif dan lancar bukan.muehehe.Apapun, terima kasih banyak-banyak ya Encik Suamiku:)

Pembaca Blog Adalah Penyumbang Traffik Terbaik
Syukur.Tanpa pembaca blog seperti anda, sudah tentu blog ini pun tak ke mana.Sungguh.! Saya gembira apabila post yang saya publish mendapat respon dan komen dari kalangan pembaca blog.Sebenarnya bukan mudah bagi seorang penulis blog untuk mendapat komen atau ulasan bagi entri atau post yang dihasilkannya.

Jika anda rajin membelek post-post saya terdahulu, banyak je yang langsung tiada orang komen.Tapi bagi Blogger Part Time yang macam saya ni, itu semua takde hal.Sebab niat asal menulis hanya nak kongsi info atau panduan tentang sesuatu yang kita ketahui.

Teruslah Menyokong Blog Cik Matahariku
Begitulah doa dan harapan saya terhadap pembaca blog kecil ini.Saya galakkan anda share atau kongsikan apa sahaja artikel atau post dalam blog ini kepada sahabat handai supaya manfaatnya dapat dipanjangkan kepada lebih ramai khalayak.InshaAllah.

Saya juga mohon maaf jika banyak tulisan atau info yang saya kongsikan dalam blog ini tidak menepati seperti yang kalian harapkan. Jika ada kesilapan saya di mana-mana, mohon beritahu saya dengan hantar terus ke email saya di samsiahabuyamin@yahoo.com

Terima kasih pembaca budimanku:)

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!