Blog Cik Matahariku Capai 19 juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah.Syukur untuk hidup yang kita nikmati sehingga hari ini.Sebenarnya umur yang panjang itu suatu "ketakutan" juga bagi saya secara peribadi kerana takut-takut bukan kebaikan yang kita himpun dalam hayat ini, bimbang tanpa sedar kita semakin jauh dari rahmat dan hidayahNya.Semoga Allah lindungi kita semua dari segala kejahilan dan iman yang tidak sempurna.aamiin.

Haih.Gigih saya menaip tengah malam buta ni.Rindu sangat-sangat untuk berblog sebenarnya! Cuti sekolah yang baru bermula mahu saya manfaatkan sebaiknya untuk update blog yang hampir sebulan saya tinggalkan.Tahu-tahu sudah capai 19 juta pv blog ini rupanya!

Pageviews terkini Blog Cik Matahariku yang sempat di printscreen:)

Nampaknya KPI  blog ini semakin mencapai sasaran saya.Saya menginginkan sehingga hujung tahun ini blog ini dapat mencapai sehingga 20 juta pageviews, dan AlHamdulillah, pada bulan Ogos ini blog ini sudah bergerak ke angka 19 juta pageviews.Insha Allah, bakal direalisasikan dalam beberapa bulan lagi.yeahh!!

Rezeki Blog Capai 19 Juta Pageviews
Syukur juga sempena pageviews yang ke -19 juta pv ini, blog ini juga mendapat permintaan untuk sewa iklan di blog dari sebuah klinik swasta di Wangsa Maju.Sebenarnya ia lebih kepada regular client blog ini untuk tujuan pengiklanan perkhidmatan klinik tersebut.Bolehlah klik pic iklan kat bawah kalau nak tahu jenis perkhidmatan yang mereka tawarkan.Terbaik beb!

iklan yang sedang aktif di Blog Cik Matahariku.Boleh klik untuk tahu details tentang perkhidmatan merawat jerawat dengan berkesan oleh klinik ini:)

Jika ada kalangan readers atau sahabat handai yang mahu sewa ruang iklan di blog ini, sangat-sangat saya alu-alukan.Bayarannya sangat berpatutan dan boleh sahaja email saya di sini : samsiahabuyamin@yahoo.com

Semangat berblog ini kadang-kadang bukan sebab pageviews naik cantik dan bertambah setiap hari, ada masa rasa bersyukur bila ada respon positif dari kalangan readers blog ini yang rajin hantar wassap atau komen dalam post yang kita publish.Harapnya anda semua yang pernah singgah ke blog ini atau sedang membaca post ini mendapat hal yang baik-baik sahaja di sini ya.aamiin.

Tahun ke-6 Berblog
Macam tak percaya pula blog kecik ni dah pun berusia 6 tahun! Tak sangka juga sebab kalau ikutkan masih banyak lagi yang belum saya realisasikan untk majukan blog ini.Tapi betul lah seperti kata Imam Al Ghazali tentang apakah perkara yang kita tak dapat mengejarnya atau terlalu jauh untuk kita miliki iaitu masa yang sudah berlalu.Allahuakhbar...

Saya bermula dengan hasrat asalnya untuk kongsi perasaan dan pendapat saya dalam blog ini, dan Allah temukan saya dengan banyak ilmu berharga apabila saya menceburi dunia blogging ini.Saya usahakan untuk kongsikan apa sahaja hal baik yang dapat dimanfaatkan oleh readers blog, mudah-mudahan jariah ini menjadi bekalan saya di "sana" nanti.aamiin.

Saya ingin blog kecil saya ini menjadi seperti bunga kecil ini yang biar tidak kelihatan di padang yang luas, namun warnanya itulah yang menjadikan padang hijau itu cantik dari kejauhan.Insha Allah.Mohon doakan ya!

Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua dan sesiapa sahaja yang pernah singgah di blog ini sehingga menjadikan banyak post yang saya publish dalam blog mendapat rangking terbaik dalam google search iaitu berada pada halaman pertama enjin carian di Google search.

Jika anda berminat untuk membaca post  terdahulu atau merujuk manakah post "terkenal"saya yang lain..hehehhe..boleh just klik Trending Post atau klik Published Post yang ada di sidebar blog ini :)

Terima kasih sudi baca post suam kuku kali ini dan semoga bertemu lagi di lain kesempatan, insha Allah:)

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih kerana menjadi salah seorang readers blog ini:)

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sis, ia sekadar angka, yang penting untuk maintain sebuah blog ialah content blog itu sendiri..doakan saya istiqamah memajukan blog ini ya..)

      Delete
  3. Wow....Tahniah cik matahari..Teruskan berkarya.Menghasilkan n3 yang mantap mampu memberikan input kepada pembaca di luar sana...
    Tahniah2..akak pun dah jadi big fan CM dah ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih kak Lina.Bila buat hal yang kita ada passion terhadapnya, kita akan cuba usahakan sebaik mungkin kann.Harap kak Lina tak jemu singgah blog ini ya..:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!