Monday, July 10, 2017

Salam Aidil Fitri Kepada Readers Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tahu-tahu sudah dua minggu kita beraya ya.14 Syawal 1438H barulah tuan tanah Blog Cik Matahariku sempat luangkan masa untuk menyampaikan salam lebaran kepada semua readers blog saya.Andai kata banyak tulisan atau catatan saya dalam blog ini yang menguris rasa, kemaafan saya pohon kerana siapa pun kita, hakikatnya memang tidak dapat lari dari berbuat kesilapan.

Gambar first Day raya di kampung saya.Alhamdulillah.
Tema merah biru kami sekeluarga.

Haih.Syukurlah masih berpeluang berbaju baru dihari raya, ada kampung dan orang tua untuk diziarahi juga sanak saudara untuk bertanya khabar.Inilah antara nikmat yang saya masih kecapi sejak hampir empat dekad menghirup udaraNya di muka bumi ini.Allahu akhbar! 

Salam Aidil fitri daripada saya sekeluarga
Semoga syawal ini menambah berkat dan rahmat Ilahi dalam keluarga kami.aamiin.

Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi setiap hambaNya.Saya tak terfikir pun bahawa raya pada tahun ini, Allah akan hantar saya dan anak kecil saya ke hospital!Petang raya ketiga, saya dikejutkan dengan berita yang doctor minta supaya anak saya ditahan di wad kanak-kanak Hospital Muar.Yup! nikmat kesihatan hanya akan kita ketahui setelah kita mengalami kesakitan.

Si Kecil saya Aryan Iman pada hari kedua warded di hospital Muar.

Meskipun bukan saya yang sakit, tetapi menguji saya melalui anak kecil saya juga bukanlah hal mudah bagi saya sekeluarga.Bayangkan anak kecil saya yang berusia 4 tahun, yang setiap hari seawal subuh sudah diambil darahnya untuk dihantar ke makmal.

Saya kira dah teruk sangatlah tu kononnya, padahal, pada masa sama, ramai lagi ibu dan bapa yang bersedih dan murung kerana nasib bayi mereka masih tidak diketahui.Allahurabbi.Sungguhlah, saya hanya hambaNya yang sangat lemah dan serba kekurangan.Ujian untuk kami sekeluarga sebenarnya “apalah sangat” jika kami bandingkan dengan mereka yang lain yang saya temui di wad kanak-kanak ini.

Alhamdulillah, semakin baik perkembangan kesihatan Aryan Iman
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Aryan Iman.:)

Bagi saya secara peribadi, biarlah raya ni saya masuk dalam #teamrayahospital kerana musibah ini, Allah bagi saya banyak pelajaran baru dalam hidup saya.Semoga Allah lapangkan masa saya untuk saya kongsikan kisah #teamrayahospital ini dengan readers blog ini semua.InshaAllah.

Salam Lebaran saudara saudari semua, Minnal Aaidil wal Faaizin..     


RANDOM POST :

2 comments:

  1. Sy ni reader kategori biskut, kejap ada kejap xde, haha.. Selamat hari raya juga, happy tgk pic kedua tu, semoga semua bahagia n ceria selalu.. Kpd adik Aryan Iman, semoga cepat sembuh. kesian dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih singgah sini:) semoga saudari juga dapat manfaat yang banyak dengan kehadiran blog kecil ini.

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)