Tuesday, June 06, 2017

Resepi Tart Mawar Gebu Dan Sedap Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Tart Mawar Gebu Dan Sedap Sukatan Cawan- Sebenarnya sejak akak order sebalang tart mawar dari seorang rakan yang juga teman satu sekolah menengah dulu, akak terus jatuh cinta dengan rasa tart mawar air tangannya.Memang sangat gebus, rasa dohnya sedang elok lemak sedikit masin, dan intinya juga fresh.

Boleh tengok entri ini, sebab saya kongsikan kisah order tart mawar yang gebus gebas dengan inti nenas fresh ni dari sahabat saya : Order Tart Mawar Yang Super Sedap Dah Sampai!-

geram betul tengok inti Tart Nenas ni yang bulat dan montok kann.Haih..Inilah rupa sebenar tart mawar air tangan sahabat sekolah saya tu.:)Fajar Hayati nama tuan yang buat tart mawar ni.:)

Cubalah ko bayangkan, macam mana akak tak cerewet bab makan Tart Nenas ni sebab akak banyak kali je terkena bila nampak orang jual Tart Nenas, semangat nak cuba rasa ni.Alih-alih tak dapat rasa sedap yang kita bayangkan.

Lagi satu, akak ni dah ada standard rasa Tart Nenas yang sedap kat tekak ni, sebab kita dah jumpa Tart Nenas yang sedap tu kan,maksudnya kat sini bukan kulit tart je gebus dan lembut, inti nenasnya juga kenalah fresh beb! baru mantap Tart Nenas ko tu.

lagi close up gambar tart mawar feveret saya.Ini Tahun kedua saya order tart mawar dengan dia ni.Super sedap beb!

Ceh, akak ni bajet macam dia pernah buat sendiri Tart Nenas tu kan.muehee.Hajat di hati memang tinggi.Nak belajar buat sendiri tart mawar ni.Apapun, kena cari resepi yang best dulu:)Insha Allah.Mari doakan ramai-ramai, akak dapat buat sendiri Tart Nenas Mawar dan kongsikan dalam blog kecik akak ni.aamiin.Tak sabar den ni ha!kihkih.

Sebelum tu, kena ada juga acuan Tart Mawar.Masalahnya acuan Tart pun akak takde.Nampak sangat memang melampau ni.haha.Kalau ada readers yang tak kenal acuan tart mawar dan sedang mencari, meh akak kongsikan gambar acuan tart mawar idaman kalbu ni.

Acuan tart mawar idaman kalbu

Harganya pun RM2.70 je.Boleh cari kat kedai bakery atau kedai-kedai yang jual hardware kot..

Dari tekstur dan warna inti tart nenas pun kita boleh tahu inti nenas tart tersebut fresh ke tidak kan.
Ataupun ada sesetengah orang, dia suka ambik bau dulu atau cium inti tart nenas ni sebab nak tahu inti tu beli kat bakery atau homemade kann.hihi.melampau ni..!

Resepi Tart Mawar Gebu Dan Sedap Sukatan Cawan
Bahan-bahan buat Pastri Gebu Dan Sedap Sukatan Cawan
  • Tepung 2 3/4 cawan
  • Butter 1/2 cawan ( pure butter, Anchor Salted)
  • Minyak Sapi 1/2 cawan (pure ghee, no added vege oil)
  • Telur Gred B 1 biji
  • Garam 1/4 sudu kecil
Cara-cara Menyediakan doh Tart Mawar
  1. Ayakkan tepung, letak tepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan butter, minyak sapi dan telur. Mix guna whisker sampai sebati. Tak payah kembang.
  3. Masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul guna tangan. Gaul sampai adunan jadi doh. Paling best bila semua adunan boleh membentuk jadi satu doh besar.
  4. Lepas tu, rehatkan sekejap dalam 15-20 minit dalam peti sejuk.
  5. Bolelah mula membuat tart.
  6. Bakar dalam suhu 170 darjah selama 20-22 minit.
 Sebenarnya banyak je versi tart yang kita boleh makan, tapi akak nak jugak tart mawar yang macam ni dengan rasa yang macam akak bayangkan.phewww..

Bahan-bahan buat inti Tart Nenas
Oleh : Blog Azie Kitchen
Bahan bahan:
  • 1 kg parutan nenas - tanpa air
  • 1/2 kg gula pasir
  • Air nenas
  • Kayu manis dan bunga cengkih
  • Daun pandan
  • Pewarna kuning

Inilah rupa inti Tart Nenas Kak Azie yang saya kongsi resepinya kat sini.

Cara Cara Menyediakan Inti Tart Nenas
( Boleh rujuk sini : Cara Sediakan Inti Tart Nenas untuk lebih jelas dan details dengan bantuan gambar cara menyediakan inti Tart Nenas)

  1. Selepas diparut hendaklah ditapis dan ketepikan air. Tujuan ditapis adalah untuk mendapatkan berat isi nenas dan menentukan jumlah gula yang digunakan.
  2. Jika parutan agak kasar, bolehlah dikisar seketika dengan menggunakan air nenas tadi menggunakan blender.
  3. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Masukkan sedikit pewarna kuning.
  4. Nyalakan api perlahan dan dikacau sehingga air nenas kering. Inti nenas menjadi berkilat dan tidak melekat di daun pandan.
  5. Bolehlah angkat dan sedia untuk digunakan. Gentel inti seberat 8 gram dan ia dapat menghasilkan 58 biji inti.
Ini pula bila inti nenas tu dah kering dan boleh diangkat dari kuali.Kemudian boleh sejukkan dahulu sebelum kita gentel atau bulat-bulatkan dia bagi montok.haha.Nampak fresh kan?

Nota : Saya suka resepi ini sebab ia menghasilkan inti tart yang fresh dan rasa yang segar.Bayangkana anda gigit tart nenas, kemudian anda dapat rasa inti nenas yang segar, lembut dan sebati dengan kulit tart yang gebus.walawehh sodapnya!




RANDOM POST :

5 comments:

  1. memang makanan raya ni.(^_^)

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  3. terima kasih resepi.boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  4. inti nya bila tiga suku (3/4) matang elok perahkan 1 biji limau nipis supaya rupa nya kekal segar berkilat .. . . lagi menarik maaa . ini syor saja, bukan mesti kena buat, lagi pun ini resepi lama tahun 1951

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)