Kemudahan Cuti Berganti Hari Raya Aidil Fitri Pada 23 Jun 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kemudahan Cuti Berganti Hari Raya Aidil Fitri Pada 23 Jun 2017-Alhamdulillah.Syukur apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil inisiatif memberi kemudahan menyambut perayaan kepada sekolah,Institusi Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi di negeri Kumpulan B seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Surat siaran dari KPM mengenai kemudahan cuti berganti Hari Raya Aidilfitri bertarikh 8 Jun 2017
( Print screen dari phone )

Beberapa hari lepas, baru sahaja saya dan Encik Suami berbincang mengenai tarikh sesuai untuk kami menyambut Hari Raya di kampung halaman di Johor.Nak tak nak, memang Jumaat malam baru kami boleh bergerak balik ke kampung.Dah tu je masa yang ada.huhu.Tapi dengan gud news dari KPM ni lapanglah sikit rasanya.Thanks KPM:)

Satu lagi makluman, kemudahan cuti ini perlu diganti pada 17 Jun 2017 ( Hari Sabtu) untuk sekolah yang terlibat.Manakala hari ganti bagi Institusi Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi perlulah dirujuk kepada Rektor IPG dan Penagarah Bahagian Matrikulasi masisng-masing.Oklah tu.Bila dah ganti awal-awal, takdelah lepas ni akan ganggu cuti raya kita.dok gitu.heheh.

Surat siaran ni juga telah Guru Besar saya kongsikan dalam Official group Whatapps sekolah dan barulah saya confirmkan hal ini dengan Encik Suami.Tak kiralah kita plan nak balik kampung sebelah suami atau Isteri, kita harap perjalanan dan rancangan balik kampung raya kita tu lancar, mudah dan tidak terburu-buru kerana kesuntukkan waktu kann.

Tambah-tambah kepada sesiapa yang kampung halaman memang jauh dari tempat menetap atau bekerja.Pasrah jelah mengadap laluan lebuhraya yang padat dengan kenderaan.Paling penting persiapan kita apabila merancang  perjalanan yang jauh dan panjang.

Semoga perjalanan dan persiapan readers blog ini ke destinasi cuti raya dipermudahkan, dilapangkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan.Take care semua readers!

Post a Comment

0 Comments