Resepi Mudah Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Mudah Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap- Alhamdulillah.Salam Ramadhan ke-4 pada hari ini.Syukur kerana Allah bagi kesempatan sekali lagi kita dapat bertemu dalam bulan mulia yang penuh berkat.Kalau bulan puasa, antara menu yang akak suka sediakan sebab mudah dan sedap ialah popia goreng inti sayur.Anak-anak akak pun suka.

Popia goreng inti sayur by Cik Matahariku

Selain boleh simpan dalam fridge, bila kita buat sendiri, kita boleh letak inti popia ikut banyak mana kita suka.Maklumlah akak ni askar ramai, kenalah buat sendiri supaya semua dapat makan dengan puas dan kita yang menikmatinya pun seronok sebab popia tu intinya banyak.

Maklumlah, kadang-kadang ada je kita jumpa time beli kat bazaar Ramadhan, popia yang intinya sikit dan tak sedap pula.huhu.

Popia goreng inti sayur homemade

Resepi Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan

  • 1 paket kulit popia ( 50 keping )
  • 1 batang timun sederhana besar
  • 1 batang carrot sederhana besar
  • 1 biji sengkuang cina
  • satu gengam udang kering
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji telur\
  • minyak untuk menumis

Cara Buat Inti Popia Goreng Inti Sayur

  1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.
  2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.
  3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.
  5. Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala mak nenek sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.
  6. Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.
  7. Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.
  8. Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.
  9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
  10. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.
popia yang sudah siap letak inti sayur dan boleh dimasukkan dalam fridge

Cara Buat Sos Cicah Popia Goreng
Bahan-bahan
2-3 ulas bawang putih
2 biji tomato (dikisar)
1 sudu besar cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng

  1. Tumbuk kasar bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
Goreng popia dalam minyak yang penuh supaya warna kulit popia sekata

Step By Step Buat Popia Goreng IntI Sayur yang Sedap 

popia goreng inti sayur yang rangup dan sedap

selamat mencuba resepi popia goreng inti sayur yang rangup dan sedap!



Post a Comment

6 Comments

  1. Salam sis. Sy ada buat stok popia then simpan dlm fridge, tp bila nk nk goreng tu kulit popia jd melekat plk pstu tkoyak terburai isi dlm tu.. Sbb apa ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, biasanya lps keluarkn dari fridge jgn terus goreng, biarkan dulu dlm 10 minit, baru boleh goreng dan ini tips popiah rangup. Kulit popia jadi terburai mungkin sebab inti tak betul2 kering ms kita gulung, bila ada inti basah atau berair, tu yg jadi kulit popia lembap dan mudah terburai. semoga membantu☺️

      Delete
  2. Kalau ganti udang kering dgn ikan bilis boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, nak pecahkn telur pun boleh ms kita menumis bwg n udng kering dlm kuali.. lagi sedap tau!

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!