Tuesday, May 30, 2017

Pageviews Blog Meningkat Berganda Pada Awal Ramadhan 2017

Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Pageviews Blog Meningkat Berganda Pada Awal Ramadhan- Alhamdulillah.Syukur sangat.Gud news ni sebenarnya untuk Blogger part time yang macam akak.hehe. Tambah lagi akak memang sangat mengharapkan peningkatan pageviews blog khasnya pada Ramadhan kali ini sebab ini Ramadhan pertama akak menggunakan khidmat Google Adsense sebagai pengiklan di blog akak.

Peningkatan berganda pageviews Blog Cik Matahariku pada awal Ramadhan 2017

Jana Pendapatan dari Blog Dengan  Google Adsense 
Apa maknanya ni semua akak? haha.Takde maknanya!
Macam ni, akak juga menjana pendapatan pasif dari blog akak ni.Jadi, dengan peningkatan pageviews blog berganda ni, ia satu perkembangan positif untuk membolehkan iklan yang akak pasang dalam blog ini dilihat dan seterusnya bakal menarik perhatian pelanggan untuk klik iklan dan mengetahui selanjutnya tentang iklan.

Earnings harian dari Google Adsense

Tambah lagi yang mengembirakan akak ialah Pengiklan seperti Google Adsense ni bayar setiap klik iklan yang kita dapat dengan nilai USD.Nampak tak tu? Nampak tak yang akak boleh dapat pendapatan 4 kali ganda dari nilai mata wang semasa negara kita.ceh gitu:)

Dunia semua ni dik!huhu.Sebenarnya walaupun ramai yang tahu bahawa kita boleh jana ribuan ringgit dengan berblog, tapi akak pasti, ramai juga yang tak tahu caranya kan? Kali ini, akak kongsikan dengan memasang iklan Google Adsense dalam blog juga, salah satu cara jana pendapatan yang sangat lumayan.

Ini pageviews sepanjang bulan puasa tahun lepas.Dalam satu bulan sahaja, pageviews boleh capai sehingga 1.7 juta- 

Kalau berminat untuk menggunakan khidmat Google Adsense, cuba ikuti panduan di sini :Cara Daftar dan Lulus Google Adsense

Rahsia Tingkatkan Pageviews Blog Pada Bulan Ramadhan
Kalau akak dah cerita dalam blog ni takdelah rahsianya lagi kann.haha.Orait, ini berdasarkan pengalaman akak buat sehingga pageviews blog boleh capai dengan agak baik, walaupun banyak lagi blog lain dapat pageviews yang lagi bagus.

1. Update blog yang berkaitan dengan panduan kepada pembaca.
Tak kiralah panduan tentang apa yang kita kongsikan dalam blog, biasanya pembaca baca blog ni sebab nak tahu tentang sesuatu.Misalnya akak suka kongsi panduan memasak dan menyediakan kuih-muih yang mudah.Akak berikan tajuk mengikut apa yang mereka akan perlukan dan search dalam internet.Contohnya Cara buat Agar-agar Pandan Santan Yang Sedap-Akak guna keywords "cara buat" sebab itulah nanti yang akan ditaip oleh pengguna jika mereka nak belajar buat agar-agar pandan yang sedap.




2. Berikan Info Yang Berkualiti
Cakap pasal info, sesiapa sahaja boleh kongsi info dalam blog.Sumber nak dapat segala bentuk info pun banyak.Yang paling kita kena jaga ialah, beri info yang tepat dan berkualiti.Bukan sekadar tepek kat dalam blog.Lagi satu, bila cakap pasal Google Adsense, depa memang tak suka kalau blog yang content dia banyak copy paste sebab pihak Adsense boleh kenal pasti sama ada content blog kita ni memang kita buat sendiri atau copy paste.

3.Blog Responsif dan Mobile Friendly
Hal ini akak tak pandai sangat, banyak belajar sendiri kat blog-blog orang lain.Tapi ikut pengetahuan akak, kebanyakan pengguna internet sekarang menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet,Jadi, kalau anda seorang Blogger, kena pastikan yang blog korang tu mobile friendly.Setting mobile friendly ni kita boleh check kat bahagian template dalam blogger dashboard. Blog responsif ni pula membolehkan pengguna melihat blog kita mengikut keseseuaian skrin phone mereka.Ini pula berkaitan dengan template blog yang kita pilih.Banyak pilihan template blog responsif yang kita boleh pilih dan cari dalam website lain.

Image result for gambar blog responsif
Contoh gambaran blog yang menggunakan template responsif

Cuba dulu buat tiga tips ini dalam blog korang.Insha Allah.Anda akan nampak perbezaannya dan pastinya ia dapat meningkatkan lagi pageviews blog:)

Terima kasih readers dan silent readers
Secara peribadi akak memang tak tahu ada ke readers sejati untuk blog akak ni.haha.Maksud akak readers yang memang akan baca setiap post yang akak publish dalam blog.Walau apa pun, akak terima seadanya siapa sahaja yang sudi mengimarahkan blog akak ni.Bukan blog femes amous tapi akak niatkan agar setiap yang akak kongsikan dalam blog ini dapat dimanfaatkan oleh kalian.

Doakan semoga akak dapat istiqamah dengan hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.Maaf kalau banyak jugak penulisan akak dalam blog ini yang agak kasar bunyinya.Harap akak dapat lebih bersopan santun dalam penulisan akak selepas ini.huhu.

Terima kasih kerana menyokong Blog Cik Matahariku:)

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

8 comments

wow..memang hebat.betulah kalau bulan ramadan ni selalunya ramai mencari resepi makanan.(^_^).

Tahniah kak..sy tumpang gembira.. Btw selamat berpuasa :)

Betul tu ucing,kalau hari biasa pun boleh tahan traffik yg cari resepi, kalau bulan puasa, lagilah berganda traffiknya..:)

Assalam..
Lumayan betul income GA tu yea..bulan posa ni traffic tggi siket compare bulan lain..ramai yang rajin click tu..

Alhamdulillah, terima kasih singgah sini, selamat berpuasa juga ya!

alhamdulillah, terima kasih kerana tinggalkan komen di sini.Taklah hebat juga kalau dibandingkan blog senior yang lain.huhu.

Alhamdulillah, terima kasih singgah sini Pn.Lina,selalu juga saya tengok resepi kat blog puan, sangat hebat puan memasak!

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon