Tuesday, April 11, 2017

Tips dan Resepi Ikan Tilapia Masak Lemak Cili Padi

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Mudah Masak Ikan Tilapia Masak Lemak Cili Padi-Lama Akak tak kongsi entri masak-masak dalam blog ni.Kali ini baru sempat taip post masak-masak.Tak ingat masak ikan talapia ni bila, kalau tak silap dah tiga minggu lepas.Akak bajet busy sangatlah ni konon-kononnya.Padahal hari-hari bukak je dashboard Blogger ni.Mood menaip macam ke laut gitu.kihkih.

Inilah rupa resepi ikan talapia masak lemak cili padi by Cik Matahariku-ceh gitu.:)

Kali ni akak masak ikan talapia hitam. Ada lagi satu jenis ikan talapia merah dan biru.Ikan talapia ni ekau boleh masak macam-macam style.Ikut selera family korang.Boleh masak tiga rasa, masak stim dengan halia, masak kicap, ekau nak grill pon boleh.Kita buat dia kann.hehe.

Image result for wikipedia ikan talapia
Ni rupa ikan talapia hitam yang akak nak masak

Image result for wikipedia ikan talapia
yang ni pulak ikan talapia merah

Kalau ikut bahasa Melayu standard, depa panggil ni Ikan Tilapia.Tapi mak akak dari kecik dah ajar sebut talapia je,tak reti pulak akak nak sebut ikan tilapia.Apa-apa hal pun, resepi dan cara masak ikan talapia yang akak kongsikan samalah jugak dengan ikan tilapia tu.

Cara Mudah Masak Ikan Tilapia Masak Lemak Cili Padi

Nampak tak rupa paras 3 ketul ikan talapia yang akak nak masak lomak cili padi jap lagi.
Ikan ni Encik Suami Akak beli kat pasar Borong Selayang. Time pi pasar ni akak ikut sekali tapi dok perati je Encik Suami deal dengan peniaga kat pasar tu.Yang pastinya, balik rumah, akak tinggal cuci bersih je ikan ni dengan air asam jawa.yeahh. 

Kalau style akak masak ikan talapia lomak cili padi ni, bahan-bahannya macam kat atas tu.Mesti ada bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili padi, santan kotak ( biasa guna santan kara ni ).Satu lagi kunyit hidup.Tapi akak biasa guna je serbuk kunyit.hehhe.

Cakap pasal masak lomak cili padi, lain orang lain cara masaknya.Akak suka goreng sekejap ikan talapia ni, then baru tumis bahan-bahan macam bawang dan segala mak nenek tu.Sebab akak tengok ada sesetengah orang tu, dia terus masukkan ikan dalam masak lomak cili padi depa tu.So, hari ini kita masak style Chef Cik Matahariku ya.kehkeh.

Macam biasa, akak akan tumbuk je segala mak nenek bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi tu.Kecuali serai tu nanti ekau titik kan je dengan anak lesung tu.muehe.Tips mak mertua akak ajar, kalau nak masak sedap untuk family, ko tumbuk je bahan-bahan tu.Bila blend, pati bawang tu dah tak original beb.hihi.

Kan tadi akak bagitahu, akak suka goreng sekejap ikan talapia ni.Akak gaul ikan tu dengan serbuk kunyit sikit, garam dan  tepung gandum tu sebab tak nak bagi ikan tu melekat kat kuali.Karang tak cantik pulak kejadian ikan talapia lomak cili padi kita.

Orait, ni versi yang dah siap tumbuk segala mak nenek bawang dan cili padi tadi dan jugak ikan talapia yang dah siap goreng,Nampak tak tu, ikan goreng talapia akak yang sado tu.phew!!

 letak minyak anggaran setengah senduk je, dan tumis bahan-bahan yang kita dah tumbuk tadi.Masukkan jugak serai yang dah kita titik.kacau bagi rata.

sambil kacau tu, boleh masukkan dalam setengah cawan air supaya bahan tumisan itu tak garing atau hangus.Karang rosak program kita nak pikat mak mertua.mueheh.

 kalau bahan tumisan tadi dah naik bau, bolehlah kita masukkan santan dan kacau perlahan.Masa ni kita dah boleh perasakan masak lomak cili padi ni dengan garam dan gula secukup rasa.

 Lepas masukkan santan, dan ekau dah nampak kuah lomak tu macam nak mendidih
bolehlah kau masukkan ikan talapia yang sado tadi dalam kuali.kacau dengan perlahan, api pun tak payah nak besar sangat macam nak bakor rumah dibuatnya.kihkih.

 Akhir sekali, bila kuah lomak tu dah mendidih dengan jayanya, bolehlah tutup api.Masak lomak ni kena bagi santan jangan pecah, karang tak cantik dan kurang umphh lomak cili padi ko.

resepi ikan talapia sedap
Orait, dah siap ikan talapia masak lomak cili padi kita..:)

gambar masak lemak cili padi
 akk bagi close up sikit ikan talapia masak lomak cili padi, masak lomak ni ikut kita juga.
kalau macam akak ni, ada anak-anak kecik, akk letak cili yang sekadarnya, tak pedas sangat.Karang beratur anak beranak kat pintu toilet umah ko.

ikan talapia masak lemak cili padi yang sedap
Ikan Talapia Masak Lemak Cili Padi cooking with luv by Cik Matahariku.ecehceh:)

Alhamdulillah, kepada readers blog akak yang suka makan lomak cili padi, tak kisahlah ko masak ikan apa, cara masak ni boleh je ko buat.Mudah dan sonang je kann.Kalau nak tahu sodap ke idak, ikan talapia masak lomak cili padi ni feveret anak-anak kat rumah akak.Bapak depa tak feveret ke menu ni? Abang haji ko jangan tanya, dia feveret semua makanan yang sedap-sedap..hahha.

Orait, thanks reading this entry! Insha Allah, kita jumpa lagi dengan post masak-masak akak ya.hehe.

RANDOM POST :

6 comments:

  1. berselera untuk makan tengahari (^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ucing, maaflah dapat tunjuk gambar je..hihi..

      Delete
  2. Yaaaa ampunnn sodapnyeee mata memandang.. step by step.. memang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih singgah sini Lea, sementara tengah ada mood menaip ni, bolehlah buat step by step..:)

      Delete
  3. makaseh laa ataih perkongsian ilmu tuu...teliuq juga kami tengok..mudahan ada pahala dr Allah Taala. Kalau ikan patin lagi sodapp noo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sama-sama tuan:) saya tak pernah lagi makan ikan patin lomak cili padi, tapi sy setuju mesti lagi sodap kann..hehhe..

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)