Petua dan Cara Masak Ikan Tilapia Merah Sambal Hijau

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Petua dan Cara Masak Ikan Tilapia Merah Sambal Hijau-Orait, ikan tilapia masak sambal hijau ni jadi feveret akak kalau pi makan kat kantin sekolah atau makan kat luar yang ada menu macam ni.Personally, akak memang penggemar ikan sungai walaupun ramai je orang kat luar sana yang tak suka ikan sungai.Yelah, kesukaan masing-masing kan?

resepi ikan tilapia sambal hijau
Ikan Tilapia Merah Sambal Hijau by Cik Matahariku

Yang bestnya, selain akak, Encik Suami juga geng makan akak yang suka makan ikan sungai ni.Anak-anak di sekolah depa pulak, dah biasa makan ikan keli goreng masak berlado, maka setakat ikan sungai tu, semua ok je.hehe.

Entri masak-masak hari ni, simple je sebenarnya.Ikan tilapia tu, kita goreng-goreng, buat kuah sambal hijau dia, curah terus atas ikan tu, setel.erkk..tapi kalau akak ingat balik zaman akak baru belajar masak dulu, masa baru-baru kahwin ( nampak tu, baru kahwin ko baru nak belajar masak eh ?)huhu, mana ada bab masak yang simple? Cuba tanya anak-anak dara yang tak pernah pegang sudip tu, asyik pegang laptop atau phone je..kann?kihkih.

Bertabahlah wahai lelaki-lelaki semua, yang nak kahwin tapi bini ko pun macam akak dulu.Terkial-kial lagi nak belajar masak.huhai.Oraitlah, mana ada orang perfect kat dunia ni kan.Yang penting bakal isteri ko tu ada keinginan mahu belajar dan cuba belajar masak.Kalau takut kena minyak panas, sampai ke sudah tak berasap dapur rumah ko.muehehe.

Petua dan Cara Masak Ikan Tilapia Merah Sambal Hijau
Akak memang dedikasikan semua entri masak-masak akak dalam blog ini buat tatapan dan pedoman adik-adik yang baru kahwin, yang baru nak belajar masak.Jangan putus asa, Rahmat Allah tu luas.Insha Allah, kalau niat kita belajar masak sebab nak bahagiakan keluarga, Allah akan permudahkan.aamin:)

Resepi Ikan Tilapia Merah Sambal Hijau
Oleh : Cik Matahariku

Bahan-Bahan :
  • Ikan tilapia sederhana besar ( tilapia merah atau hitam, mana-mana pon boleh)
  • satu gengam cili padi hijau ( akak campur je cili hijau plus merah)
  • Dua biji bawang besar saiz sederhana ( dihiris)
  • Bawang merah kecil 3 biji ( tumbuk/ kisar )
  • Bawang putih 3 biji ( tumbuk/kisar)
  • Ikan bilis setengah gengam ( tumbuk/kisar)
  • 1/2 sudu teh atau 1/2 sudu kfc Asam jawa extra Adabi ( tak kisah asalkan asam jawa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan masak ikan tilapia sambal hijau ialah ikan tilapia seekor ( ikan akak dalam pic ni dah kerat dua sebab besor, jadi akk masak seekor setengah ikan ( ahli ramai beb).haha. Bawang besar saiz sederhana, bawang merah, bawang putih, ikan bilis setengah gengam dan haruslah ada cili.Cili ikut tahap kepedasan ko.Family akak semua kuat pedas, jadi akak guna cili padi.yeahh.

Hari ini akak tak tumbuk segala mak nenek bawang sebab takut tangan pijar beb..huhu.
jadi sebelum blend tu, kita potong kecil bawang-bawang tu supaya senang nak blend nanti.Bawang besar tu kita pakat hiris je.

orait, akak dah siap goreng ikan tilapia.Ekau goreng je dengan letak garam dan serbuk kunyit.
Akk tabur tepung gandum sikit supaya ikan tu kekal cantik rupa parasnya walaupun kita dah curah sambal hijau nanti.kehkeh.

Panaskan minyak, kemudian masukkan sebiji bawang besar yang ko dah siap hiris tadi, Goreng sampai naik bau.Bawang besar lagi sebiji tu nanti ko masukkan last sekali.

Masukkan segala mak nenek bawang dan cili yang ko dah blend tadi.kacau perlahan.Biarkan sampai terbit minyak ya.Jangan lupa masukkan juga asam jawa extra Adabi.Kalau ikut Encik Suami den, asam jawa ni sebenarnya sebagai pengikat rasa dalam masakan kita..iyolahh..haha..

Ni rupa sambal hijau kita dah naik minyak.Akak dulu first time masak sambal, akak tak faham apa ke bendanya masak sambal sampai naik minyak.Bila dah banyak kali belajar dengan mak mertua, barulah akak faham.Naik minyak tu maksudnya, macam dalam pic lah.hoho.Tak reti nak terangkan..

lupa nak snap pic time akak masukkan baki bawang besar yang lagi sebiji.Tapi ko boleh masukkan bila sambal dah naik minyak, lepas tu kacau sekejap, then tutup api.Bawang besar yang last tu nak bagi rangup dan fresh time kita makan nanti.

Alhamdulillah, dah siap pun ikan tilapia sambal hijau kita:) Ekau curah je sambal tu atas ikan tilapia yang ko dah goreng tadi. Nampak sedap tak? heheh.haruslah kann.:)

Ikan tilapia ni selain ekau buat masak sambal hijau, sedap jugak kalau ko rajin masak lemak cili padi.Akk ada tunjuk step by step cara nak masak ikan tilapia lomak cili padi kat entri masak-masak ni : Resepi Ikan Tilapia masak Lomak Cili Padi

Terima kasih baca post masak-masak akak. Boleh share kalau korang suka resepi ni.Jangan gaduh-gaduh time ikut resepi.Ikut selera masing-masing.Jumpa lagi!wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedap ni!! Saya pun biasa masak macam ni. Tapi saya tumbuk bawang-bawang tu. Buh banyak-banyak... sedap! 😁

    ReplyDelete
  2. yay!! kita genglah macam tu...terima kasih singgah sini ya!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. salam sis, thanks bertanya..saya pun lupa nak mention dalam post tu, ok, asam jawa boleh dimasukkan selepas kita masukkan semua bahan yang ditumbuk/kisar, then perasakan terus dengan gula, garam dan asam jawa:) saya dah edit dalam post kat atas ya.Thanks singgah blog ni..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!