Monday, April 24, 2017

Langkah Demi Langkah Buat Kek Coklat Kukus Moist Dengan Topping

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Langkah Demi Langkah Buat Kek Coklat Kukus Moist Dengan Topping-Haih, lama betul akak tak buat kek coklat kukus faveret anak-anak akak ni.Time akak buat ni pun, start dari pukul 9.30 malam, time askar-askar melayu diraja sudah tidur.Kalau tidak, mahunya akak dapat buat kek sambil tangkap pic segala bagai.haha.

Tapi kali ini akak buat kek coklat sebab ada small gathering dengan kakak dan adik akak di Sepang.Bolehlah buat makan-makan time jumpa nanti.Pada masa sama, kami ajak mak yang dok kat Johor turun sekali.Yeahh! Cuti hujung minggu yang agak panjang dan dapat jumpa family sekali.best kann?

kek coklat sedap dan moist
Kek coklat kukus moist dengan topping simple by Cik Matahariku

kek coklat kukus dengan topping
Kek Coklat Kukus Moist Dengan Topping by Cik Matahariku

Alhamdulillah, syukur.Sejak post akak mengenai Tips buat kek coklat kukus sukatan cawan meletup dan menjadi entri yang paling mahal, iaitu antara entri dalam blog akak yang mencapai pageviews satu juta lebih.erkk..bajet chef buat kek pulak den ni ha.Inilah kali pertama akak berkesempatan berkongsi step by step cara buat kek coklat kek moist ini dengan readers blog akak.

Seperti biasa, korang kena faham satu perkara.Tips dan cara masak yang akak kongsi dalam blog ini bukanlah yang terbaik dan betul sepenuhnya untuk dicontohi, tapi ia hanyalah perkongsian akak sebagai panduan kepada beginners dalam bidang baking kek, akak buat style akak yang tak berapa pandai buat kek tapi nak belajar buat kek yang sedap gitu.ceh!

Resepi Kek Coklat Kukus Moist
Sumber Resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Moist Sukatan Cawan
  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Akak blend je sampai berbuih.
  4. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  6. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  7. Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.Akak balut tutup pengukus dengan kain dan tidak guna aluminium foil.
  8. Kukus kek coklat selama 1 jam.
Resipi chocolate ganache ( topping kek coklat moist)
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
satu sudu makan butter
1/2 cawan susu cair
kacau semua bahan secara double boil atau atas api kecil hingga pekat berkilat.( akak buat atas api kecil)
Langkah Demi Langkah Buat Kek Coklat Kukus Moist Dengan Topping
Keterangan Gambar :
Gambar 1 : Ini antara bahan-bahan asas nak buat kek coklat kukus.Dalam pic ni tepung gandum,dan serbuk koko akak dah ayak siap-siap dalam bekas, jadi depa tak dapat join dalam photoshoot yang ini.muehehe.
Gambar 2 :Nasib baik sempat snap pic serbuk koko!ko jangan pulak nak tambah sukatan serbuk koko ya, karang pahit pulak kek coklat ko.Akak memang tak bertanggungjawab kalau jadi macam tu.
Gambar 3 : Memandangkan setakat nak putar telur bagi naik buih atau kembang, akak guna je blender kat dapur akak n blend je telur 4 biji tu sampai berbuih.setel!
cara mudah buat kek coklat kukus moist
Orait, yang ini akak dah ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.Untuk sukatan baking powder dan soda bikarbonat, akak guna je sudu makan coleslow yang kat kfc tu.Tak payah pening ko nak sukat macam mana.
kek coklat yang moist dan sedap
Gambar sebelah kanan tu yang warna kuning ialah campuran susu pekat, susu cair, gula dan minyak masak yang akak masak atas api kecil.Masa ni akak dah tutup api dan bahan-bahan tu pun dah larut.Gambar sebelah kiri pulak, yang atas tu telur yang akak dah blend sampai berbuih, kemudian yang bawah warna putih dalam kuali tu selepas akak tuang telur yang dah blend tu.kita kacau perlahan, Biarkan sekejap.

kek coklat kukus sukatan cawan
pic ni akak dah masukkan bahan-bahan yang di masak atas api kecil tadi, dengan telur yang akak dah blend.Kita masukkan dalam bekas tepung gandum dan serbuk koko yang kita dah ayak dengan baking soda dan soda bikarbonat.Boleh je ko curah semua dalam bowl mixer dan putar perlahan.Tapi, yang akak ni kacau dengan spatula dan pemukul telur je.kihkih.Dah akak kata tadi akak buat tengah malam buta time anak-anak tido, karang bunyi mixer tu, bangun pulak askar diraja yang dua ketul tu.haih.
resepi kek coklat untuk jualanMemang kena gigih kacau adunan kek coklat ni sebab akak kacau dengan by hand je.Tapi benda kita buat dia, tu yang sampai akak guna pemukul telur supaya tepung tak bergentel.Alhamdulillah.Benda boleh setel, kita setelkan cara kita.heheh.

resepi kek coklat kukus paling sedap
adunan kek coklat akak dah selamat mendarat dalam loyang dan sedia untuk dikukus.Masa ni akak dah panaskan pengukus.Ingat ya, masukkan loyang dan adunan bila air dalam pengukus betul-betul sudah mendidih.

jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak jatuh atas kek.Macam akak, akak suka guna kain bersih dan tutup atas penutup pengukus akak.Ikutlah yang mana yang korang happy:)
kukus kek coklat ini dalam 1 jam atau benar-benar masak.Biasanya satu jam tu dah sedang elok masak kek kita ni.Kalau ko cucuk dengan lidi pun, berkilat je lidi tu nanti.Insha Allah.

Cara Buat Topping coklat Untuk Kek Coklat Kukus
Orait, sementara kita kukus kek coklat ni, ada baiknya kita siapkan pulak topping kek coklat ni.Akak buat kek coklat ni pun last minute plan.Jadi bila nak buat topping coklat, baru teringat, akak takde stock coklat keping nak buat topping dia.

Jadi, akak pasrah je dan guna resepi yang boleh guna serbuk koko.Yelah, apa ada hal, kita buat dia kan.heheh.

Ni bahan buat topping yang akak guna iaitu 1/2 tin susu pekat manis,1/2 cawan serbuk koko,satu sudu makan butter, 1/2 cawan susu cair.Akak masak dalam kuali je, atas api kecil hingga jadi pekat berkilat.Boleh juga guna kaedah double boil.
Topping akak yang dah siap dan warnanya sangatlah hitam berkilat beb!

kek coklat kukus dan cair dalam mulut
yeahh.kek coklat akak dah siap kukus! Nampak tu walau akak tak guna mixer bagai, kek coklat akak tetap normal kejadiannya beb.hoho.

Masa ni akak dah curah topping coklat tadi atas kek akak.
Selamba je akak tuang terus dalam loyang tu.Dah malam beb, akak simpan terus dlm fridge.Esok pagi-pagi baru kita potong ya.Dah mengantuk sangat masa ni.

gambar kek coklat yang moist
Alhamdulillah, dah bolehlah kita ngap kek coklat kukus moist ni:) Memang moist kek coklat dengan resepi ni.Walaupun buat topping tak semengah mana, tapi rasanya, ko memang tak boleh lupa.Cair dalam mulut beb! manisnya pun sedang elok je.Haih.Nampak sangat masuk bakul angkat sendiri nih.haha.

Selamat Mencuba Kek Coklat Kukus Moist
Syukur!semoga entri masak-masak akak kali ini dapat bantu selesaikan masalah readers blog akak yang tercari-cari step by step buat kek coklat kukus moist ni.Mana-mana benda dalam hidup ini, kalau pertama kali kita membuatnya memang perlu panduan dan bimbingan.Akak dulu pun sama.
Langkah Demi Langkah buat Kek Coklat Kukus Moist Dengan Sukatan Cawan

Mana nak datang confidence buat kek, padahal seumur hidup tak pernah buat kek.Alih-alih bila kahwin, anak ko dah pandai request mintak ko buatkan kek coklat mama, takkan ko nak buat tak tahu je kan.Lagipun, kalau ko nak belajar, takde benda dalam dunia yang tak boleh untuk orang yang mahu!yeahh.kemain..kihkih.

Kepada readers yang dah cuba resepi ni, kongsilah komen sikit.Cer bagitahu, jadi tak kek korang and sedap ke tak rasanya.heheh.Jangan lupa share resepi ni kat kengkawan lain semoga berpanjangan manfaatnya kepada semua:)

Orait! Thanks for reading this entry.Doakan saya sekeluarga baik-baik sahaja ya!



RANDOM POST :

11 comments:

  1. Cantik nampak kejadiannya... thanks sharing...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, cara orang baru belajar buat kek oklah macam ni..hehee..

    ReplyDelete
  3. Cik Matahariku,

    Pertama kali sy membuat kek coklat kukus dan resepi puan sangat sedap & moist. Saya modified sikit dgn memasukkan 1/4 sudu teh garam dan 1 sudu teh nescafe bg melemakkan lagi rasa kek.. saya pun pukul dgn tangan je.. malah, kukus pun dlm kuali hihi. Apa2pun terima kasih kerana berkongsi resepi, ilmu dan pengalaman.. mudah-mudahan mendapat barakahnya.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, terima kasih mencuba resepi ni.memang kek akan jadi lebih lemak kalau kita tabur secubit garam, tahniah kerana berjaya hasilkan kek coklat walaupun baru first time mencubanya:)

    ReplyDelete
  5. Tq atas resipi. :D Saya baru ting.4 peminat kek. Sebelum ni saya just beli kek kat kedai sblm jumpa perkongsian cik matahari langkah buat kek ni. Lepas jumpa je langkah ni, nak try buat sbb nmpk mudah. Awal2 mmg down sbb kek tak jadi. Tp lps 2-3 kali cuba berjaya pon. Cuma ganache tu kantoi skit. Mmg bermanfaat. Terima kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,terima kasih cuba resepi di blog ini :-) semoga terus bersemangat mencuba resepi dlm blog ini ya!

      Delete
  6. Nak tanya, yang topping tu 1/2 tin susu pekat @ 1/2 cawan susu pekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cuba resepi kek coklat kukus dlm blog ni, 😊.. akk guna ikut resepi 1/2 tin susu pekat..

      Delete
    2. setengah tin susu pekat sis..tq bertanya:)

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)