Beli Borong Dan Murah Kuih Kapit Crunchy JDT Untuk Musim Raya

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Beli Borong Dan Murah Kuih Kapit Crunchy JDT- Alhamdulillah.Syukur akak dapat peluang kali ini post tentang bisnes kuih kapit crunchy akak. Beberapa kali akak tangguh nak post tentang belian borong kuih kapit crunchy JDT akak ni sebab kesempatan yang terhad.Kali ini, akak buat jugak sebab ramai sangat yang wassap akak dan tanya macam mana nak jadi agen jualan kuih kapit crunchyJDT?


Kuih Kapit Crunchy JDT

Terus terang akak bagitahu kat sini, harga agen atau borong yang akak bagi kat semua agen jualan akak memang terbaik dan berbaloi dengan kualiti premium kuih kapit itu sendiri.Mana nak dapat dik kuih kapit dengan inti overload, packaging menarik, inti coklat dan peanut yang digunakan pula dari jenis yang premium ( bila anda sudah rasa, anda sendiri dapat tahu kualiti coklat dan peanut yang digunakan).

Tips Jadi Agen Kuih Kapit Crunchy JDT Yang Berjaya
  • Berani mulakan perniagaan dengan modal sendiri
  • Aktif dan bersemangat tinggi dalam membuat jualan dan pemasaran produk
  • Mempunyai networking yang bagus dengan ramai kenalan
  • Berdisiplin dalam membuat rolling modal dan tidak menggunakan duit untung sewenang-wenangnya.
  • Menjaga hubungan baik dengan pelanggan
  • Bertindak segera dan pantas jika ada pelanggan yang berpotensi bertanya atau menghubungi anda
  • Yakin dengan izi Allah, produk yang anda jual adalah produk yang bagus dan baik kepada pelanggan anda
  • Selalu bersyukur dan banyakkan bersedekah.
  • Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan keluarga.
  • Belajar dan terus belajar mengenai ilmu perniagaan 
  • DREAM BIG!
Apa-apa hal, kita layan gambar dulu.Pasal gambar kuih kapit akak ni sebenarnya ramai jugak agen palsu yang "copy paste". Akak pasrah jelah dik.Kalau ekau memang jual kuih kapit yang sama macam akak jual, akak tak kisah. Sekurang-kurangnya kalau ekau mintak izin, sejuk sikit mata hati akak menengoknya dik.Yang akak bengang ni dik, ekau jual kuih kapit versi lain, ekau tempek gambar kuih kapit meletup akak kat wall facebook korang.Sakan ko niaga ya dik.hoho.

Bandingkan Harga Borong Kami
Sebagai pembekal #kuihkapitcrunchyJDTdi area Lembah Klang khasnya, harga borong kami memang tidak dapat ditandingi buat masa ini.Anda sendiri boleh bayangkan, jika kami boleh jual kuih kapit dengan harga runcit RM22 sebalang, agak-agak berapa harga borong kuih kapit yang kami boleh tawarkan kepada anda? Sila bandingkan harga kami dan harga pesaing kami:)

HakCipta Gambar Terpelihara


Kuih kapit crunchy JDT- Ini memang brand kuih kapit yang akak jual dan bekalkan
kepada semua agen kuih kapit crunchy akak.

Kuih Kapit Crunchy dengan inti coklat premium
Harga sebalang hanya RM22 ( 36-38 Pcs )

Kuih Kapit Crunchy dengan inti peanut butter premium
Harga sebalang hanya RM22 ( 36-38 Pcs )

akak bagi close up kepingan kuih kapit crunchy akak dik oii.Ekau akan dapat sebiji sejebon macam dalam pic ni.muehee.Siapa yang sanggup tengok je inti peanut dan coklat ni dik? 

Penghantaran ke lokasi pelanggan dengan caj penghantaran yang berpatutan

Kalau anda mahu beli borong, kami jual dalam bundle seperti ini.Dalam satu bundle ada 15 balang kuih kapit mengikut perisa peanut atau coklat.

sebahagian ready stock kuih kapit yang boleh kami kongsikan

Kepingan kuih kapit dengan inti peanut butter yang melimpah
Inti peanut butter ini juga daripada jenis premium

Kepingan kuih kapit dengan inti coklat yang pastinya akan mengingatkan anda akan rasa coklat yang cair dalam mulut tatkala anda sedang mengunyahnya

Beli Borong Dan Murah Kuih Kapit Crunchy JDT
Kami tidak nafikan, terdapat pelbagai versi kuih kapit dalam pasaran.Jika anda sudah biasa menjual kuih raya pada musim perayaan, anda sendiri sudah biasa melihat pelbagai jenis kuih kapit dengan perisa atau inti yang berbeza mengikut pilihan citarasa pembeli.

Kehadiran kami dalam perniagaan kuih kapit ini sebagai salah satu alternatif  kepada para peminat kuih kapit yang menginginkan kuih kapit yang rangup, inti yang tebal dengan rasa coklat dan peanut butter yang premium tetapi pada masa yang sama masih dapat mengekalkan harga mampu beli kepada semua golongan.Inilah tekad dan hasrat kami dalam perniagaan ini.Insha Allah.

Jika anda berminat untuk menjadi agen jualan kuih kapit crunchy JDT, kami mahu anda segera hubungi kami dengan kemudahan  berikut :
  • whatapps /pm/call : 012 7878386 ( Kak Syam )
  • whatapps/pm /call : 012 2765595 ( Abg Hadi )
semoga perniagaan kuih kapit crunchy ini menjadi asbab Allah redha kepada kami.aamin. 

Inilah fokus kami buat masa ini iaitu hanya dua perisa popular dan paling laris jualan kami
iaitu kuih kapit coklat dan peanut butter

Semoga dipermudahkan urusan kami dalam mengusahakan perniagaan
kuih kapit crunchy JDT.aamiin.

PENGUMUMAN :
Mulai Mei 2017, kami telah menaikkan harga retail bagi kuih kapit crunchy JDT kami memandangkan kenaikan kos harga borong yang telah ditetapkan oleh pengilang. Harga baru kami ialah RM23 sebalang dengan kuantiti 36-38 pcs.Boleh rujuk Page #kuihkapitcrunchyJDT untuk info lanjut. 

SILA KLIK PAGE KUIH KAPIT CRUNCHY JDT UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI TENTANG HARGA BARU KAMI-

Post a Comment

0 Comments