Saturday, January 07, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Terlambat 7 hari untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017-huhu.Nak buat macam mana.Kalau boleh tu nak jugak macam orang lain, wish tahun baru time 12 tengah malam 1 Januari 2017 tu.Tapi tu lah, bila umur pun dah semakin berkurang ni, dah tak excited sangat nak beriya menyambut tahun baru.kihkih.

Bab yang saya suka bila datang tahun baru ni, sebab dia boleh bagi kita semangat dan inspirasi baru.Masa nilah rasanya waktu paling mustajab untuk mulakan benda baik dalam hidup kita.Ada rasa macam tu tak?

Image result for azam tahun baru 2017

Tahun 2016 Yang Menginspirasikan
Ohh..sebelum terlupa, terima kasih 2016 yang sangat menginspirasikan hidup saya sekeluarga.Alhamdulillah, syukur padaMU ya Allah.Tuhanku yang Maha Pemurah, Maha Hebat dan Maha Bijaksana dalam mengatur hidup hamba-hambaNYA-secara peribadi, banyak kejayaan yang kami capai dan semua perancangan kami terlaksana dengan jayanya.

Saya pernah kongsi dalam entri tahun baru saya sebelum ini, cubalah catat atau tulis apa sahaja hajat atau impian anda dalam hidup ini.Ada banyak keistimewaan yang benar-benar berlaku dalam hidup saya apabila saya mula mencatat impian dan hajat hidup saya sejak 20 tahun lalu.Subhanallah.Maha suci Allah yang mengurniakan saya kemudahan dalam mencapai impian-impian saya suatu masa dahulu hinggalah sekarang.

Image result for azam tahun baru 2017

Bagaimana saya melakukannya?
Ah, tidaklah sesukar mana.Percaya cakap saya.Cara saya, saya suka sediakan sebuah buku nota kecil, yang boleh saya bawak ke hulu hilir.haha.Sebabnya, saya akan catat apa sahaja keinginan saya atau apa yang ingin saya capai dalam tempoh tertentu pada bila-bila masa.Biasanya waktu saya sedang sendiri atau menunggu waktu ( tunggu Encik Suami ambil balik dari sekolah, tunggu nak mula mesyuarat, dan lain-lain).

Satu lagi, saya akan tulis detail apa yang saya mahukan itu.Macam kita berdoa, tapi bezanya kali ini kita tulis doa kita.Mudah bukan? Dua puluh tahun lalu, saya pernah tulis begini dalam jadual periksa STPM saya.

-Bulan Mei, 1997-saya dapat tawaran memasuki UKM.

Begitulah, pada bulan dan tahun yang saya nyatakan itu, saya mendaftar di universiti yang saya inginkan.Pun, saya pasti itu semua berlaku dengan izinNya juga.Selepas itu lebih banyak saya menulis impian saya, semakin banyak pula impian-impian saya dikabulkan.

Paling terbaharu, apabila result UPSR puteri sulung saya diumumkan pada pertengahan November tahun 2016.Saya sendiri, tidak ingat yang saya ada menulis doa seperti itu.

Kisahnya begini, pada hari result UPSR diumumkan, saya ke sekolah seperti biasa.Encik Suami juga bekerja.Kami sekadar rancang untuk ambil result anak kami pada sebelah petang. Kemudian, pada sebelah petang, kami berdua ke sekolah anak kami.Di sana, rupanya Guru Besar sekolah Kakak sedang buat pengumuman keputusan UPSR.Alhamdulillah, kami diberi kesempatan mendengar sendiri result UPSR kakak.

Kami pada Majlis Graduasi Kak Iman

Kami perlu ke pejabat sekolah di bangunan sekolah lama untuk mengambil slip peperiksaan UPSR.Selepas mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang begitu banyak berkorban dan berdedikasi dalam mengajar anak kami, saya, Encik Suami dan kakak beredar ke pejabat sekolah lama sekitar 300 meter dari sekolah baru.

Ketika menatap slip peperiksaan kakaklah, rupanya saya ada menulis doa saya begini :

Saya dan Suami serta Kak Iman dapat sama-sama mengambil keputusan peperiksaan UPSR di sekolah.Dalam slip peperiksaan kak Iman tercatat begini.
Bahasa Malaysia Pemahaman-A
Bahasa Malaysia Penulisan - A
Bahasa Inggeris Pemahaman-A
Bahasa Inggeris Penulisan -A
Matematik-A
Sains- A

Result UPSR Kak Iman

Allahu Akhbar! Maha besar Allah yang menjadikan impian saya bukan impian semata.Tatkala inilah, saya selalu ingat pertanyaan Allah SWT kepada kita dalam Surah Ar Rahman yang berbunyi begini : Nikmat Tuhan yang manakah yang Mahu Engkau Dustakan?.Memang terasa sangat kerdil dan rasa banyaknya nikmat yang Allah bagi, tapi saya masih macam tu juga.Allah...

Keyakinan saya bahawa Allah akan kabulkan impian-impian saya, bukanlah kerana saya rajin menulis doa-doa itu, tetapi lebih kuat kepada janji DIA kepada kita semua hambaNya bahawa DIA akan kabulkan apa sahaja permintaan kita, asalkan sahaja kita minta kepadaNya.

Pernah saya baca satu artikel, katanya tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, tugas kita ialah berusaha dan mintalah apa sahaja kepadaNya.

Semoga sedikit perkongsian tahun baru ini dapat beri banyak kebaikan kepada anda- readers blog yang saya hormati-Terima kasih baca post tahun baru saya ini:)

RANDOM POST :

2 comments:

  1. Selamat tahun baru 2017.
    Tahniah kepada Nur Iman , cemerlang UPSR 2016.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukur, terima kasih warisan Petani:)

    ReplyDelete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)