Thursday, December 15, 2016

Resepi Karipap Inti Sardin Yang Mudah Dan Sedap

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Karipap Inti Sardin Yang Mudah Dan Sedap-haih,Bab makan-makan ni siapa yang tak suka kan.Tambah-tambah lagi kalau family saya ni, anak beranak memang suka sangat dengan karipap.Saya pula, sejak belum berkahwin lagi memang dah hantu karipap.haha.

Cuti sekolah ni sempat jugalah saya rajinkan diri buat karipap.Tapi kali ini saya cuba buat pula karipap inti sardin.Memang jarang juga buat karipap inti sardin, cuma kali ini saya sendiri yang teringin nak makan.Lagi satu hal, sebab sayaa teringat-ingat karipap sardin yang pernah saya beli di sebuah kedai tepi jalan, suatu mdasa dahulu.Rasanya memang meletup beb!

Resepi Karipap Inti Sardin Yang Mudah Dan Sedap
Bahan-Bahan Inti Karipap Sardin
  • 1 tin sardin sederhana (sebarang jenama)
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu ( bahagikan dua bahagian)
  • 2 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kalau tak suka pedas, kurangkan) 
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih ( dikisar )
  • Minyak masak untuk menumis
Cara Bergambar Buat Karipap Inti sardin

Bahan-bahan buat karipap inti sardin.Antaranya cili kering kisar,
bawang besar, satu tin sardin, bawang merah ,bawang putih dan halia yang sudah dikisar dan kentang potong dadu atau potong bebas.ahha.

jangan lupa hiris bawang besar siap-siap ya

asingkan juga tulang ikan sardin supaya time kita makan karipap nanti
taklah tergigit tulang dia nanti, walaupun tulang ikan sardin ni lembut je..

mula-mula sekali panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar tadi.
Goreng sampai naik bau.

 kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar.Saya suka tumbuk je segala mak nenek bawang tu.hihi.

masukkan cili kering kisar tadi

 Masukkan pula serbuk kari dan kacau perlahan

masukkan sardin kemudian hancurkan isi sardin.Masa ni juga dah boleh perasakan inti kita ni.

 masukkan pula kentang yang kita dah potong bebas tadi.masa ni boleh masukkan air dalam separuh atau satu cawan ikut inti kita banyak mana.Saya buat inti ni untuk satu kilo tepung.

 saya tutup inti sardin kentang ni supaya kentang cepat empuk

 akhir sekali masukkan baki hirisan bawang besar tadi

 kacau supaya rata bawang besar dengan kentang dan inti sardin

alhamdulillah, siap akhirnya inti karipap sardin plus kentang kita..:)

Cara Masak Inti Karipap Sardin
  • Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya.( Saya tak hancurkan lumat supaya time kita makan karipap tu, boleh rasa ikan sardinnya sekali).
  • Asingkan juga sos atau kuah sardin yang ada dalam tin supaya inti tidak begitu berminyak dan menyebabkan karipap tidak melekat dengan baik.Kalau suka rasa sos sardin, tak payah asingkan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
  • Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,   masukkan cili kering kisar.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
  • Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.
  • Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
  • Masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu
  • Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering
  • Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.
Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
  • 500 gram tepung gandum ( untuk 40-50 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air ( biasa/ air sejuk dalam peti ais) yang sudah dilarutkan dengan garam 
Boleh rujuk sini untuk cara buat kulit karipap yang rangup : Cara buat kulit karipap rangup

Tips Kulit Karipap Rangup
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  • 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  • 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
Cara buat kulit karipap
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.
  • Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
  • Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Thanks reading this entry! harap perkongsian ini dapat beri manfaat kepada sesiapa yang memerlukan.insha Allah.

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon