Resepi dan Tips Masak Butter Chicken Yang Mudah dan Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semasa Aidil Adha yang lalu, saya berkesempatan menziarah ibu saya di rumah Abang Long di Batu Pahat.Dalam pada sembang dengan kakak dan anak buah, keluarlah cerita tentang mudahnya buat Butter Chicken ni.Saya ni memang pantang jumpa resepi yang mudah dan senang.Kalau boleh, sebut je nama resepi tu, makanan terus siap atas meja makan.hahah.melampau betul statement nih.muehee.

Nak puaskan hati saya pi Google resepi buat Butter Chhicken yang katanya mudahlah sangat tu kan.Jadi, cuti sekolah sempena jerebu ni, marilah kita cuba buat pertama kalinya Butter Chicken ala-ala western konon.Padahal boleh je kalau nak cakap melayunya : Ayam Butter.Boleh pulak kann.huh!

Buat Butter Chicken ni sekali dengan si Kakak.Dia tolong part gaul isi ayam yang dah potong kecik tu dengan tepung gandum.Sambil nak bagi dia release sebab dalam bulan ni je kena ambik dua exam agak besar di sekolahnya iaitu UPKK yang tertangguh tu dan jugak SPRA ABIM yang baru selesai.Kesian pulak dok hadap buku je.

Cuti kali ni, meh tolong mama masak Butter Chicken ya!heheh. 

Antara bahan masak Butter Chicken yang sempat saya kumpul bagi tujuan paparan umum.hhehe.Yang tak masuk dalam tu serbuk lada hitam, bahan perap ayam, daun kari dan cheese.

ayam masak butter blog cik matahariku
Pic yang sama.Dalam cup comel tu susu cair.Time saya masak, saya campur juga sikit susu pekat satu sudu sebab nak bagi rasa manis sikit.Susu cair kurang rasa manis tu.

Isi ayam yang sudah diperap dengan serbuk kari, garam dan gula sikit.Celup dalam telur dulu baru gaul dengan tepung gandum.Macam kita buat ayam goreng KFC tu.Bawang putih dan cili saya cincang halus.Cili kena letak lebih sikit sebab itu kesukaan Encik Suamiku:)

cara buat butter chicken

gambar butter chicken sedap
Yeahh..isi ayam yang dah siap goreng.Sedia untuk kita siapkan kuah dia pulak..


kalau ikutkan, macam ni pon dah kira sedap kann..

resepi mudah buat butter chicken
AlHamdulillah, siap jugak Butter Chicken yang memang sangatlah senang membuatnya.Lagi senang sebab ada anak dara tolong sekali kan..mueheee.Jemput makan semua:)

Resepi Bahan Butter Chicken
Kalau ikutkan Butter Chicken yang saya buat ni sebenarnya gabungan dua resepi dari Blog KathyJem dan Blog Azie Kitchen.


Saya kongsikan dua-dua resepi ikut mana yang korang suka.Saya banyak ikut resepi Blog Azie Kitchen dari segi bahan perapan ayam dan letak cili padi juga serbuk lada hitam.Cuma saya tak letak kepingan cheese, sebab takde pulak benda tu kat kitchen I..hehe.

Gambar Butter Chicken dari Blog Kathyjem

Resepi Butter Chicken dari Blog Kathyjem
1. Bawang putih (dicincang halus)
2. Tepung Gandum
3. Susu Pekat (Susu cair pon boleh)
4. Daun Kari
5. Ayam (dipotong kecil-kecil)
6. Butter
7. Telur
Butter Chicken dari Blog Azie Kitchen

Resepi Butter Chicken dari Blog Azie Kitchen
  • 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
  • 2 sb butter
  • 1 sb cili merah - cincang
  • 2 chili padi - cincang
  • 1 pelepah daun kari
  • Beberapa keping cheese ( tak letak)
  • 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
  • Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal ( saya tak letak)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
Bahan perap isi ayam :
Sebenarnya bagi saya, lebih sedap isi ayam tu diperap supaya ada "rasa" time kita kunyah isi ayam tu.Kalau tak kuranglah sikit kelazatannya.hhehe.
  • 1 sk garam
  • 1/2 sb sugar
  • 2 sk serbuk kari
  • 1 sb tepung gandum ( saya letak satu mangkuk )
  • 1 telur ( saya letak dua biji sebab masak banyak)
Cara Masak Butter Chicken
Oleh : Cik Matahariku
  • potong isi ayam saiz kecil dan perapkan dengan serbuk kari, garam dan gula.
  • Masukkan dalam telur yang sudah dipukul perlahan.
  • Kemudian celup dalam tepung gandum yang juga saya letakkan serbuk kari, dan garam sedikit sahaja.
  • Goreng sehingga kekuningan.
  • Sediakan kuah dengan masukkan butter dalam kuali.Biar butter mencair dan masukkan bawang putih dan cili cincang juga daun kari.
  • Selepas naik bau, masukkan susu pekat atau susu cair dan juga cheese.Perasakan dengan garam sedikit sebab butter biasanya masin.
  • Kacau perlahan sehingga mendidih dan masukkan isi ayam yang sudah digoreng tadi.
  • Gaul perlahan sehingga kuah memekat dan bolehlah diangkat.
Tips Sediakan Butter Chicken
Memandangkan ini first time saya buat Butter Chicken, dan tak pernah rasa pun sebelum ni, maka ada sedikit penambahbaikan yang saya perlu buat kalau next time nak ulang resepi niAntaranya, sukatan susu cair saya perlu ditambah lagi ikut banyak mana kita masak ayam tu.

Lagi satu, saya tambah air sikit dalam kuah ni.Jadi kuah tu tak memekat cantik dekat ayam.Tak payah tambah air pun ok.Next time kalau korang cuba buat sendiri, mak sure susu cair letak banyak ikut ayam yang kita masak, tambahan lagi ayam tu kita dah goreng dengan tepung, jadi ia banyak bantu pekatkan kuah.Senang cakap biar seimbang kuah dengan kuantiti ayam yang nak kita buat tu,

Selamat mencubalah ya!




Post a Comment

0 Comments