Makan Steambot Murah Di Aniq Steambot Kuantan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Makan Steambot Murah Di Aniq Steambot Kuantan-Ini merupakan entri kedua saya kongsi dalam blog ini tentang Buffet Steambot.Walaupun ini bukanlah kali kedua kami pi makan steambot, sebab kali ini baru sempat dan ada masa tangkap pic tempat makan steambot, maka dengan senang hati trip makan-makan kali ini saya kongsikan dengan anda readers yang saya sayangi.cehwah!

Aniq Steambot-Buffet Steambot murah di Kuantan

tengok tu, mana ekau nak dapat harga steambot RM19 perhead beb!

Orait, sempena dengan cuti-cuti Malaysia kami di Kuantan, yang saya dah kongsikan dalam part 1 di sini :Percutian keluarga di Swiss Garden Resort Kuantan, Pahang- sebenarnya pakcik Google memang banyak berjasa kepada kami sepanjang percutian 3 hari dua malam di Kuantan ni.

Sebenarnya tak tahu pun ada Steambot murah dan best kat Kuantan.Bila kami nak pi keluar makan, Si Ayah confident je ajak kami makan kat Aniq Steambot,saya siap tanya mana tahu tempat steambot ni?Dia sengih dan tunjuk semartphone kat saya.Kat Google ni cakap..jawabnya.( yolah Abang Haji wei..baik benor pakcik Google tu kat Abang ya, siap cakap bagai..huh!)

Inilah kali pertama Encik Husband bawa kami bercuti hanya dengan kami anak-beranak.Selalunya kalau kami pi bercuti, pasti akan bersama adik ipar dan mertua sekali.Pakcik Waze juga banyak tolong Encik Suami tunjukkan jalan yang lurus dan benar.kihkih.

Rombongan Abang Haji berbaris masuk dalam Restoran Aniq Steambot:)

Kami sampai kat restoran ni sekitar jam 6.20 petang.Kira-kira 20 minit jugaklah dari tempat penginapan kami di Swiss Garden Resort.Paling best, time ni orang memang tak ramai lagi, jadi suasana lebih selesa dan lapang.Kalau nak datang sini, boleh guna waze ikut adress ni :

ALAMAT ANIQ STEAMBOT, KUANTAN
Jalan Seri Teruntum 1,
Kampung Damak Medan Warisan
25100 Kuantan, Pahang

MASA OPERASI
Hari: Isnin-Ahad

Masa: 5.30pm-12am

Buffet Steambot di Restoran Aniq Steambot
Kalau anda peminat makanan steambot seperti kami, pilihan makanan steambot biasanya hampir sama kat mana-mana pun.Kali ni, jom kita tengok pilihan menu makanan yang disediakan time saya dan family datang situ.Katanya, menunya berbeza setiap hari.Ikut nasiblah, kalau time korang datang, tak sama dengan apa yang saya kongsi kali ni.hehe.

pilihan air yang disediakan, termasuk air panas dan juga air gas.

 Ada ikan, udang, sotong, ketam. Isi ayam dan daging yang sudah 
diperap juga ada

 Pau goreng inti kacang merah, potato fries, nugget.
Pic kacang hijau, bawang dan kobis tu untuk set makan Laksam

Kuah laksam yang pekat, my favourite nih.Budak pompuan ni pun hantu Laksa dan Laksam, sebab tu dia interframe kat pic ni.haha.

 Nasi goreng kampung, kueteow goreng dan bihun goreng

 potongan buah nanas, jambu dan buah epal siap dengan kuah rojak petis dia.

 Boleh buat ABC sendiri

 Aneka pilihan sos pun ada

 Kek pisang dan brownies

 Pelbagai isi seafood seperti bebola udang, ketam, sotong, ikan dan banyak lagi

 pilihan seafood segar

 Pilihan mi

Kupang dan kerang pon ada 

Tak macam tempat steambot yang biasa saya pergi, kat sini kami buat
steambot dengan dapur arang, tapi still ok, takdelah asap berkepul satu restoran ni.cuma baju ada bau itu asaplah.hihi.

Encik Husband happy dapat belanja pamannya, inilah saudara yang kami ada kat Kuantan. Bukan senang tau nak bawak Paman kami ni makan steambot, dua hari dua malam baru dapat buat appointment..:)

Alooloh..cutenya Abang Haji buat muka macam tu..kihkih.
Nasib baik lesung pipit sebelah kanan, kalau tak mahu bersemut pic ni.hoho.
manis hoi!

photobooth special untuk customer. Aikk..Mak Haji pon buat muka cute time
tangkap pic ni.haha.Macam biasa budak kemetot buat hal.Seluar dah habis kotor, tu yang tinggal pampers je.Confident je pulak tu ikut bergambar sekali..

Sesiapa yang nak datang sini, buat tempahan awal pun ok jugak, dapat meja yang dekat dengan kaunter makanan, senang sikit nak ambik makanan kan.hihi.Orait, just contact atau boleh tengok kat social media Aniq Steambot:

NOMBOR UNTUK TEMPAHAN
019-9203300 (SMS / Call / WhatsApp)

FACEBOOK


INSTAGRAM


Orait, harap entri ini dapat guide readers yang nak try makan kat Aniq Steambot,overall oklah.Alhamdulillah:)Thanks for reading this entry! 


Post a Comment

3 Comments

  1. Salam cik matahari...
    Tq for the info.. InsyaAllah kami akan ke swiss garden hotel... cuti raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama😊selamat bercuti ke swiss garden kuantan sis! enjoy!!

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!