Tersenarai Top 5 Affiliate di Klikjer.com

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Yay!Tengok tajuk macam best je kan.Sebenarnya saya baru sahaja login akaun Affiliate di Klikjer.com.Dalam tempoh seminggu ni, saya dapat dua komisen yang berjumlah tiga angka,AlHamdulillah.Harap-harap akan bertambah lagi menjelang hujung bulan ini.aamin:)

Dashboard Affiliate Home di Klikjer.com

Dalam pada itu sempat juga saya ke bahagian Affiliate Home kat dashboard Klikjer, tiba-tiba bila saya klik top 5 Affiliate untuk bulan ini, whoaa..keluar nama blog saya tu.hehe.Orait, happy jugaklah kiranya, sebab suatu masa dulu saya pernah terfikir macam manalah otai-otai Affiliate dalam Klikjer ni dapat buat komisen.

Pada awal penglibatan saya sebagai Affiliate di Klikjer, saya paling susah dan lambat menjana komisen dari Klikjer.com.Tapi saya positif je masa tu.Mungkin belum rezeki saya kat situ.Saya cuma usahakan mana yang termampu.

Payment History akaun Blog Cik Matahariku sebagai Affiliate di Klikjer.com

Kini, AlHamdulillah, nampaknya saya dah nampak jalan macam mana boleh buat komisen dengan Klikjer.com.Lagipun jumlah komisen yang dibayar kepada Affiliate lebih lumayan sehingga 70 peratus daripada harga produk yang berjaya kita jual.Best kan..?

Jika anda seorang Blogger seperti saya dan juga menyertai Affiliate dalam Klikjer.com atau Affiliate yang lain, satu tips yang saya suka kongsikan di sini ialah anda mesti buat sekurang-kurangnya satu entri atau satu review khas berkaitan produk yanga anda iklankan dalam blog anda.Jika anda hanya pasang iklan atau banner dalam blog, kebarangkalian untuk pembaca atau pelanggan yang berpotensi untuk beli atau klik banner anda agak kurang berbanding anda menulis review khas tentang produk dalam blog anda.

Walaupun, lazimnya link yang kita kongsikan itu akan bawa customer atau pembaca blog ke landing page produk, sekurang-kurangnya bila mereka baca artikel kita dahulu di blog, mereka tahu kita cakap dan beritahu hal yang betul tentang produk.

Antara banner yang saya pasang dalam blog sebagai 
Affiliate di Klikjer.com

Tambahan lagi, kalau kita buat satu artikel lengkap dengan teknik penulisan seo, insha Allah, artikel itu dapat dirangking dalam engine carian Google khasnya.Dari sinilah datangnya traffik organic search ke blog kita yang tujuan dia memang mencari produk yang kita tuliskan dalam blog.

Orait, jika setiap kali anda terbaca tulisan saya tentang komisen yang saya dapat, saya hanya mahu kongsikan kepada anda bahawa maksimakan potensi blog anda sehingga ia boleh jana pendapatan pasif kepada anda.Gunakan kelebihan anda sebagai penulis blog dan sekaligus menjana pendapatan sampingan.

Harus juga diingat, walaupun kita hanya buat satu artikel tentang produk Affiliate yang kita promosikan, ianya akan kekal ada dalam blog kita dan akan terus dapat menjana komisen selagi ada pembaca atau bakal pembeli mencari maklumat tentang produk.Insha Allah:)

Terima kasih baca sampai sini:) Harap dapat beri manfaat kepada anda yang memerlukannya.

Post a Comment

0 Comments