Makan Steambot Sedap di Seoul Garden, IOI Mall City

Dengan Bismillah
As Salam dan Salam Sejahtera,
Bab makan-makan ni memang best kalau ada orang belanja kan.kihkih.Orait, kali ini Encik Suamiku dengan rela hati dan kasih sayangnya (bodek Abang Haji lebih sikit..haha) bawak kami anak-beranak satu rombongan pi makan steambot kat Seoul Garden, IOI Mall City.Yeahh.


Mr.Hadi belanja makan hari ni, yay!!

Mak budak yang taip ni memang berbunga hati sebab kali ini kita masak-masak kat dapur orang.Lepas masak-masak dan makan, kita tak payah cuci pinggan mangkuk dan kemas meja makan.Best betul idea Abang Haji kita ajak makan steambot kan.Terbaik bos:)

Makan Steambot Sedap di Seoul Garden, IOI Mall City
Sebenarnya mula-mula dulu kalau Encik Suami bawak saya pi makan steambot, saya memang tak suka sangat sebab masa tu budak-budak ni kecik lagi.Rasa leceh nak kelek baby atau dukung budak kecik sambil nak masak-masak kan.Kalau depa ni jenis budak-budak toat (taat) boleh tahan lagi, haha..sekarang ni tinggal budak kemetot yang kecik sekali tu ha, kira oklah.

Biarpun dia cuma makan ice cream vanilla je tiap kali kita orang makan steambot.haha.Dah tu je yang dia mintak.kihkih.

Time makan ni, kami datang petang dalam pukul 4 petang gitu.Hujung minggu biasanya skip makan tengahari, makan petang-petang merangkap malam terus.Nampak tak kat situ, pandai ke idak Encik Suami saya bajet makan family dia.Patutlah beriya ajak kita orang makan steambot.ciss.

Lagi satu, kalau weekend giliran Encik Suami yang akan ke dapur.Jadi, kalau dia takde mood nak memasak, makan kat luarlah kami.hehe.Kadang-kadang makan roti canai kat mamak.Mana-mana boleh asalkan kami bersama.cewahh.


Ni gambar selepas acara makan-makan ya, tu yang pakat tunjuk
thumbs up kat orang yang tukang tangkap gambar..sapa lagi
kalau bukan ayahnda depa..hihi..


Macam-macam sos ada kat Seoul Garden ni.( kat bahagian atas sekali)
yang sebelah bawah tu kimchi katanya..orait jugak ada ni..:)

ni pulak bahagian favourite kalau pi makan steambot kann.saya dan family pun sama.Dari daging, isi ayam,ikan, segala mak nenek seafood semua ada.
bahan perapan dia pun lain-lain,tinggal pilih ikut mana citarasa kita.

ni sambungan yang kat atas tadi, tapi gambar diambil dari angel lain pulak.
maklumlah jurugambar amatur jek!

kat bahagian ni kita boleh pilih pelbagai jenis sayuran dan juga makanan sejuk beku seafood.kalau dapat hirup sup sayur dengan frozen seafood ni memang nyaman beb!

Pelbagai jenis salad dan pilihan sos..pon sodap.

ni tempat shushi, faveret Encik Suami.Tapi katanya sushi yang kat sini "kureng" sikit sebab tak banyak choice.Entahlah, saya memang tak ambik port pasal sushi ni, sebab cannot go.haha.

sayuran hijau dan buah-buahan

masing-masing dah kekenyangan.haha.budak kemetot tu pun dah 
tunjuk bakat dia.pasrah jelah nak oii.

pilihan dessert

Nampak tu mangkuk depan budak kemetot ni.Satu mangkuk tu ais krim vanilla dia je.Nak yang plain je.tak mau coklat rice, kacang atau corn flakes.Sesuailah tu sebab dia makan pun tak kena charge.kihkih.

Ada dua pilihan sup kat sini, tomyam pedas dan tomyam putih.
mentang-mentang kat makan kat luar, sakan kotorkan banyak pinggan eh..

happy mama sebab Cik Abang belanja, nampak sangat
malasnya ko masak kann..

With my Imans, First and second daughter

Kalau ikutkan makan kat sini memanglah dia charge makan buffet, perhead dalam RM23-RM28. Tapi Encik suami tempah melalui Groupon, secara online, dapatlah diskaun.Tak ingat berapa kurangnya tu.hehe.

orait, bila family besar macam kami, sekali sekala makan kat luar, memang kena pilih set makanan yang berbaloi. Macam makan buffet ni, selain dapat banyak pilihan makanan, dapat pula diskaun.Alhamdulillah.

Kalau anda juga suka makan-makan steambot atau buffet macam ni, bolehlah ke Seoul Garden, di IOI Mall City.

Sampai jumpa lagi, thanks reading this entry:)

Post a Comment

0 Comments