Bufet Lazat di Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre,Mont Kiara

Dengan Bismillah,
As Salam dan salam Sejahtera,
Makan Bufet di Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre,Mount Kiara-AlHamdulillah.Acara makan-makan Bufet bukanlah selalu kita buat kan, jadi sementara peluang sesekali nih, jom tengok review Mak Aji tentang makanan bufet yang ada kat Restoran Halia, Sime Darby,Convention Centre,Mount Kiara.

Sebenarnya kami ke sana sebagai meraikan birthday kami yang jatuh pada bulan yang sama-Septemberians:).Anak-anak pun kira tumpang happy sebab dapat makan-makan.Yayyy!


Yeahh..ini dia rombongan Pak Aji, makan jangan tak makan.

Depa siap reserve kan meja bulat dengan seat untuk 8 orang..terbaik!

Yang ni memang buat Abang Aji bengang sikit, nama sebenar Abang Aji Ahadi, tiba-tiba jadi HAHADI..ciss..(hihi..hahhaha)

Dessert yang sodap beb..red velvet dengan topping cream cheese

yang ni pulak blueberry cheese cake..

kuih lapis dengan warna hijau pandan..pon sodap nih..
rasa tradisionlanya kuih ni tau..

Ini antara bufet manisan atau desert yang disediakan

kaunter buah-buahan, pizza, ais batu campur, roti jala dengan serawa durian
pilih je nak makan apa kak mah oi..kihkih..

Ruang Makan Selesa, Bersih dan Makanan Highly Recommended
Alhamdulillah, memandangkan Encik Suami dah bagitahu awal kat anak-anak, yang hari ini nak bawak depa pi makan bufet, jadi kami just ambil breakfast ringan di rumah dan keluar awal ke destinasi makan-makan kami.

Memang kami jadi pengunjung first yang sampai kat Restoran Halia ni, tu yang sempat ambik gambar.Kalau dah ramai pengunjung, segan jugak saya nak terhegeh-hegeh tangkap gambar nih.haha.

Kalau anda ada plan nak ke sini, tak payah susah-susah fikir tentang tandas, tempat solat atau parking.Semuanya tersedia untuk anda.Memang terbaik.Pekerja kat sini pun semuanya ramah je.Tak lokek senyum walau ko duduk dua tiga jam kat meja makan tu.kihkih.

Aneka salad dengan sos yang pelbagai

Ini pulak pilihan jika anda sukakan steambot style

Geng segala jenis mi pun ada termasuklah mi kari, mi bandung, mi sup dan banyak lagi

Set Nasi Ayam..budak-budak sukalah nasi ayam ni..

jenuh saya cari angel lawa nak tangkap pic menu nih, gitu-gitu jugak hasilnya..hahha
tak ingat nama menu nih, tapi ada perkataan Fillet fish lah..

prawn with creamy apa entah..macam udang masak butter lebih kuranglah.tapi yang ni memang sodap.Anak saya dua tiga orang dok ulang makan udang ni.

Sebenarnya banyak lagi menu yang disediakan kat bufet ni.Tapi tak dapat nak kongsi gambar sebab sambil makan, sambil layan dua ketul hero yang kejap nak ice cream, kejap nak roti canai dan macam-macam peel lagilah.Tu belum part main pisau potong daging dengan sudu dan garfu bawah meja.huhu.

Orait, terima kasih baca entri ni.Doakanlah kami agar usia yang ada ini dapat kami pergunakan sebaiknya dan dapat memberi manfaat kepada keluarga dan teman-teman kami.Semoga anda yang membaca blog ini juga akan terus menyokong blog ini, meski bukanlah blog terbaik yang pernah anda lawati.

Abang Aji dan Mak Aji in Future..hihi..Insha Allah.Doakan ramai-ramai ya..

Lastly, Happy Birthday to Us!

Alhamdulillah, sampai jumpa lagi dalam kisah makan-makan kami:)











Post a Comment

0 Comments