Pageviews Blog Cik Matahariku Capai 7 Juta

 Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kalau ingat-ingat balik zaman awal saya menyertai dunia Blog, saya memang tak plan apa-apa untuk kejayaan atau perkembangan Blog Cik Matahariku.Saya cuma anggap blog sebagai ruang untuk saya berkongsi perasaan dan fikiran saya tentang kehidupan yang dilalui.

AlHamdulillah, Tidak saya duga hingga ke tahap ini pencapaian Blog ini.Kalau ingat dulu-dulu punya cerita, pelik dan hairan jugak, macam mana blog orang lain boleh sampai juta-juta pageveiws.haha.


Buat Duit Dengan Blog
Saya sendiri tahu, kalau tak kerana minat saya terhadap penulisan, saya pun tak serajin ini untuk kongsi banyak benda dalam blog kecik ni.Syukurlah, Allah bagi saya hobi yang dengannya saya tak payah keluar modal.Kalau cakap pasal bil Unifi di rumah,tak tahulah pula modal siapa yang keluar, sebab tahu-tahu hujung bulan, "ada orang" tolong bayarkan.heehe.

Orait, kali ini kegembiraan saya semakin berganda.Bukan saja Pageviews blog dah capai 7 juta, komisen yang saya terima sebagai Affiliate pun semakin banyak masyuk.AlHamdulillah.

Kalau anda punya kelapangan, cubalah libatkan diri sebagai Affiliate.Nak lagi masyuk, daftar Affiliate dengan Affiliate Tudung Si Comel-Sekali anda daftar sebagai Affiliate, terus depa masukkan RM30 dalam akaun Affiliate kita.Tak ke best macam tu.



Lepas tu, kalau nak dapat komisen macam akk ni, rajin-rajinlah share atau promote pasal tudung depa kat blog, facebook atau instagram.Mudah bukan?

Boleh Daftar sekarang, kalau berminat-Cara Daftar Affiliate Tudung Si Comel

Ini pula antara pendapatan Affiliate saya dengan Tudung Si Comel :

Sudah berjaya jana sehingga komisen yang k-41

Alhamdulillah, saya kongsikan angka-angka ini supaya anda sebagai bloggers atau readers nampak dan rebut peluang yang saya dapat ini.Jika kita berusaha, pasti ada hasilnya.Insha Allah.

Terima kasih kerana menyokong blog kecil saya ni.Saya sangat menghargainya:)

Post a Comment

0 Comments