Kuih Kapit Sebagai Kudapan Ringan Yang Enak

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kuih Kapit Sebagai Kudapan Ringan Yang Enak-Yeah, saya tahu ramai yang cari kuih kapit ni buat makan-makan waktu petang atau sambil-sambil tengok tv kat rumah tu kan.Saya ingat lagi, time kecik-kecik dulu, saya boleh jumpa kuih kapit ni time raya je kan, betul tak?

gambar kuih kapit rangup
Kuih Kapit peanut yang membuka selera

kuih kapit coklat rangup
kuih kapit coklat dengan pilihan rasa coklat yang cair di mulut

Nostalgia Kuih Kapit Sedap
Masa tu kuih kapit ni orang hanya buat jenis yang bergulung tu.Kalau mak saya beli, adalah dalam satu paket tu dalam 10 atau 12 batang ( sebut batang sebab dia bergulung memanjang macam batang pun ada.heheh.).

Nostalgia kuih kapit gulung

Pada saya, dah sedap sangatlah masa tu makan kuih kapit walaupun tanpa inti dalamnya.Kuih kapit ni memang rangup dan rapuh kalau dibuat dengan lebih telur dan gulanya.Nostalgia makan kuih kapit time raya memang segar dalam ingatan saya.

Sebab itulah, bila suatu hari Encik Suami bawa balik kuih kapit ke rumah, saya excited semacam.Pulak tu, memang dah berzaman sejak kahwin dan jadi mak orang ni, adalah dua tiga kali je saya dapat makan kuih ni.

Kuih Kapit Dengan Inti Coklat dan Peanut Butter
Paling teruja dan best bila kuih kapit yang Encik Suami bawakan tu lain sikit dari biasa sebab kuih kapit kali ini ada intinya pulak.walaweh.Ini kira kuih kapit dengan inti coklat dan peanut butter.Memang lebih sedap dan menyelerakanlah!Tambah lagi yang saya suka dengan kuih kapit ni sebab rasa aslinya tetap terserlah walaupun ia sudah diletak inti.

Pelbagai inti untuk anda yang mempunyai pelbagai citarasa

Bagi saya kuih kapit yang sedap apabila manis dan rangupnya sedang elok.Kalau rangup pun, taklah sampai bila kita gigit dia pecah berderai kan.Kalau jenis yang macam tu, baik saya sorok daripada bagi kat anak-anak makan sebab tak larat nak bersihkan lantai nanti.muehehhe. Anda akan tahu sendiri kerangupan kuih kapit ini bila anda beli daripada kami :)

Satu lagi kuih kapit yang ada inti  ni juga dibuat dengan cara membakarnya atas kuali leper yang bulat tu.Saya biasa tengok mak mertua saya buat time dekat-dekat raya.Maksudnya, kuih kapit yang dibakar dengan arang ni time membuatnya tak akan bau tengik.Itu yang buat saya betul-betul suka dengan kuih kapit ni.

Image result for gambar cara buat kuih kapit
Contoh acuan kuih kapit

Image result for gambar cara buat kuih kapit
Ini pula cara kuih kapit disediakan dengan kaedah bakar atas arang

Jual Kuih Kapit Sebagai Side Income
Akhirnya, Suatu hari saya dan Encik Suami mulai terfikir dan mula berbincang serius untuk mencuba jual kuih kapit ini sebagai pekerjaan sampingan kami.Kira macam side income gitu.Alhamdulillah.Tambah mengukuhkan semangat kami untuk jual kuih kapit dengan jenama tersebut apabila pakcik yang memperkenalkan kami dengan kuih kapit tersebut beritahu bahawa pasaran kuih kapit dengan ada inti memang belum meluas.

Kuih Kapit Jualan Kami yang semakin laris dan mendapat permintaan
dari merata tempat-Alhamdulillah-

Tatkala saya menulis post ini, kami sebenarnya baru sahaja dalam 35 hari memulakan perniagaan jual kuih kapit ini, namun dalam pada itu sambutannya sangat menggalakkan dan luar biasa sekali.Saya percaya, jika produk kita bagus pelanggan akan cari kita:)

Sebab itulah, dalam tempoh 35 hari ini, kami sudah berjaya menjual sehingga hampir 100 balang ke area sekitar Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk juga paling jauh kami pernah pos kuih kapit ini ke Perlis.Syukur AlHamdulillah.

Ada kalangan pelanggan kami yang repeat order hanya dalam masa selang sehari sahaja.Ya, begitulah penangan kepada pelanggan-pelanggan kami.Bagi saya dan Encik Suami, bila customer repeat order dengan bilangan yang lebih banyak, malah siap recomended kepada teman, jiran dan rakan sekerja itu sudah cukup membuktikan kuih kapit kami memang terbaik dan berkualiti.Insha Allah.

Kuih kapit peanut butter yang semakin mencuri perhatian.
Gabungan rasa rangup kuih kapit semakin terserlah bila kita gigit sekali dengan 
inti peanut butter yang sedap

Terima Kasih Kepada Pelanggan Kami
Segalanya dengan izin dan kehendakNya juga.Secara peribadi, saya dan Encik Suami berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan kami yang sudi mencuba dan mengulang order kuih kapit jualan kami.Tanpa anda yang memberi kepercayaan, mungkin kami juga tidak melangkah untuk bulan kedua penjualan kuih kapit ini.

Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam perniagaan ini dan kepada anda semua, jika mahu mencuba atau menikmati sendiri keenakan kuih kapit jualan kami, kami sentiasa bersedia untuk anda.Kami tidak menjual kuih kapit unttuk tujuan perayaan sahaja, malah kami menjualnya sepanjang masa dengan harga yang sangat berpatutan dan yang terendah di pasaran:)

Kami juga sedia membuat penghantaran kuih kapit ke tempat anda dengan caj penghantaran mengikut lokasi dan sangat berpatutan-Jadi, jangan susah hati jika anda tinggal jauh dari kami kerana kami sedia membawa kuih kapit kepada anda:)

Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanya details kuih kapit yang kami jual.Anda memang pengguna bijak dan kami berikan yang terbaik buat anda.Pastinya kuih kapit fresh dengan inti coklat dan penaut butter yang enak:)

Jemput like Fan Page Kuih Kapit kami di Facebook :

Facebook kuih kapit crunchy

Fan Page Kuih kapit Cik Matahariku-Jemput LIKE :)

Boleh juga whatsapps/ pm/call kami di nombor berikut untuk order dan pertanyaan:

Kak Syam ( 012 7878386 )

Abang Hadi ( 012 2765595 )
Harga Sebalang kuih kapit kami hanya RM22!


Boleh juga whatsapps/ pm/call kami di nombor berikut untuk order dan pertanyaan:


Kak Syam ( 012 7878386 )

Abang Hadi ( 012 2765595)

Akhir sekali, terima kasih kerana membaca kisah kami dan kuih kapit enak yang tiada tandingannya!



PENGUMUMAN :
Mulai Mei 2017, kami telah menaikkan harga retail bagi kuih kapit crunchy JDT kami memandangkan kenaikan kos harga borong yang telah ditetapkan oleh pengilang. Harga baru kami ialah RM23 sebalang dengan kuantiti 36-38 pcs.Boleh rujuk Page #kuihkapitcrunchyJDT untuk info lanjut. 

SILA KLIK PAGE KUIH KAPIT CRUNCHY JDT UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI TENTANG HARGA BARU KAMI-

Post a Comment

0 Comments