Soalan Latihan Pengukuhan Sejarah Sekolah Rendah Untuk Pembelajaran Vle Frog

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Koleksi Soalan Latihan Pengukuhan Sejarah Sekolah Rendah Untuk Pembelajaran Vle Frog-Kalau ikutkan memang tak banyak soalan dan latihan sejarah sekolah rendah yang kita boleh jumpa dan aksess dalam alam maya ni.Kalau ada pun, ia bersifat sehala.

Orait kali ini, sebagai perkongsian ilmu yang sedikit, yang saya baru dapat ketika menghadiri bengkel menyediakan soal selidik untuk Program Sarana Ibu bapa dan Sekolah, saya dan peserta kursus dibekalkan ilmu membina dan menyediakan soalan yang bersifat interaktif.

Kebetulan sahaja, ilmu menyediakan soalan atau latihan untuk murid yang saya dapat ini secara tidak langsung apabila salah seorang fasilitator mengajar kami tentang kemudahan yang disediakan ini bagi meningkatkan interaktif guru dan murid dalam pembelajaran dengan menggunakan kaedah Virtual Learning Frog (Vle-Frog ).

Saya tidaklah begitu arif untuk berkongsi tutorial menyediakan soalan tersebut, sebab belajar untuk sendiri faham je dulu, tapi nak bagi mudah kot ada guru-guru yang mengajar subjek Sejarah sekolah rendah khususnya, maka saya kongsikan pautan soalan yang saya sediakan untuk murid-murid saya di sekolah.

Bukan guru dan murid sahaja, para ibu bapa juga boleh berkongsi maklumat dan pautan ini dengan anak-anak sebagai salah satu alternatif pembelajaran di rumah.

Anda semua boleh lihat Koleksi Soalan Latihan Pengukuhan Sejarah di sini :
Soalan Latihan pengukuhan Sejarah Tahun 6
Site di mana soalan boleh terus dijawab di alam maya



  • Koleksi Soalan Latihan Pengukuhan Sejarah Sekolah Rendah   Tahun 4


  • Soalan Latihan pengukuhan Sejarah Tahun 4
    Site di mana soalan boleh terus dijawab di alam maya

    Harap-harapnya dapat memberi manfaat kepada semua:)

    Post a Comment

    0 Comments