Friday, October 23, 2015

Cara Buat Topping Yang Betul Dan Sedap Untuk Kek Coklat Moist

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pernah tak time happy-happy nak baking kek coklat, tetiba rasa fed up sebab buat topping tak jadi.Kalau korang tak pernah rasa macam tu, memang bestlah kan.Lain pulak bagi saya.Ada sekali ke beberapa kali, saya buat topping, tapi masih ada yang tak memuaskan hati.Kejap coklat rasa pahit, kejap coklat cair sangat pulak.Tu belum lagi part nak buat double boiler.Karang tertanya-tanya udah ke belum coklat ni masak.hoho.

Memang nampak sangat amaturnya saya dalam dunia baking ni kan.Tapi saya positifkan diri.Kalau tak hadapi cabaran macam ni bagai, memang tak belajarlah saya.Jadi, dengan cabaran itulah saya ingin kongsikan kepada anda semua.

Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist.

Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist. 
Ada beberapa cara sebenarnya kita boleh buat topping untuk kek coklat.Jom tengok dan anda pilihlah yang mana lebih sedap dan mudah untuk disediakan.

Hasil carian imej untuk gambar topping coklat
Topping yang sedap akan menambah perisa coklat yang lebih kepada kek coklat
Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist
Teknik Topping 1
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb serbuk koko
  • 2 sdb mentega
  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
  • masukkan mentega -tutup api
  • Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Teknik Topping 2
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/4 cwn susu cair
  • 2 sdb butter/majerin/minyak masak
  • Masukkan dalam periuk 
  • Masakkan atas api kecil hingga berkilat dan pekat
Teknik Topping 3
  • 1/2 bar coklat masakan
  • 2 sdb susu pekat
  • 1 sudu mentega/majerin
  • 1/3 cwn susu segar
  • Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED 
  • Kalau nak pekat jangan letak susu segar
  • Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Hasil carian imej untuk gambar buat double boiler
Kaedah Double Boiler- masukkan air dalam periuk dan letak atas api.Kemudian letak satu periuk lain atau bekas yang lebih kecil atas air yang sedang dimasak tadi.Masukkan bahan untuk topping ke dalam periuk yang diatas tadi.
Teknik Topping 4
  • 1 bar coklat masakan
  • 4 sudu susu pekat
  • 5 sudu air panas
  • 1 sudu majerin/butter
  • Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
  • Sudah cair semua baru masukkan majerin/butter
  • Sudah sejuk baru siramkan pada kek yg dah sejuk
Teknik Topping 5
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu pekat
  • 2 sdb majerin/butter
  • kacau atas api serbuk koko & susu pekat
  • Masukkan majerin/butter
  • kacau hingga likat dan pekat
  • Siramkan atas kek bila dah sejuk
Teknik Topping6
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 2 sdb butter
  • Masakkan semua atas api kecil
  • klu terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
  • kacau hingga likat dan berkilat
  • Siramkan atas kek bila dah sejuk
Teknik Topping 7
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 2 sdb mnyak masak
  • Masakkan semua atas api yang perlahan
  • kacau hingga likat berkilat
  • masukkan 1 sdt esin vanila
  • Biarkan sejuk dulu,baru siram atas kek
Teknik Topping 8
  • 200 gm coklat masakan
  • 1/4 cwn susu cair
  • Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
  • kacau hingga pekat dan berkilat.
sumber : Facebook
Semoga bermanfaat kepada anda yang memerlukan maklumat ini.Selamat mencuba buat topping yang betul dan sedap!:)-

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

2 comments

Coklat tu boleh ke tukar dengan coklat putih untuk buat toping?

saya share yerr... thanks for the information! good!

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon