Sunday, October 18, 2015

Cara Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cup cake coklat moist yang saya baru sahaja buat hujung minggu ini adalah antara permintaan anak-anak kecik saya kat rumah ni.Kemain depa dok mintak saya buat cup cake coklat.Saya pulak bagi syarat, kalau nak mama buat cup cake coklat ni, buat ulangkaji siap-siap dulu.Al maklumlah, depa pakat kena ambik final year exam kan.muehhe.

Macam biasa, kali ini saya rajin pulak nak kongsikan gambar segala bagai time saya buat cup cake coklat moist ni.Lagipun, apa guna askar-askar ramai kat rumah ni kan.Bab buat kek-mekek ni Encik Suami saya memang malas nak layan.Dia kenalah faham hati dan perasaan orang-orang pompuan kat rumah ni..memasing bajet dah besar nanti nak jadi Chef kann..huhu.

Cara dan Gambar Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan
Kita pakat tengok gambar dululah ya:)
cara buat cup cake coklat moist sukatan cawan
Antara bahan buat cup cake coklat moist
dengan sukatan cawan
cara buat kek coklat cawan yang sedap
Lepas dah bancuh adunan kek coklat, saya masukkan bancuhan dalam jug supaya senang nak tuang dalam cup.Tray tu sebenarnya baru beli dekat Mr.DIY.
Kira baru rasmikanlah ni.hhehe.
Tapi sedikit terkilan sebab rupanya tray tu terlebih besar dari saiz oven saya.Terpaksalah tukar tray biasa dan pindahkan cup cake yang dah siap isi tadi.huhu.
cup cake coklat moist blog cikmatahariku

Ini hasil cup cake coklat untuk tray yang pertama.Boleh masukkan 15 cup sekaligus dengan saiz cup mini yang macam ni.Tapi tak penuh sebab time tuang bancuhan kek, saya letak separuh cup je, rupanya kena letak lebih lagi.huhaii.
kek coklat cawan kukus yang mosit dan sedap
Bab moist dia, tak payah cakaplah.Resepi yang saya guna ni memang dapat hasilkan cup cake coklat yang memang moist.
cup cake coklat sukatan cawan
kalau ada toping dia memang lagi sedap kan, saya tak buat sebab kat rumah takde piping beg.
lain kali ingat nak buat toppingnya sekali..:)
gambar cup cake coklat
Nampak sangat betapa amaturnya saya dalam baking cup cake ni..comot sini sana..huhu
cup cake coklat mudah dan sedap
close up sikit gambar cup cake coklat moist yang comel ni..
gambar cup cake coklat paling moist
Bolehlah kan..nak bagi anak-anak happy makan cup cake coklat moist air tangan mama depa sendiri.hehhe.
Puaslah jugak depa dok makan ulang banyak kali.Seingat saya sampai 40 biji cup cake jugaklah hasil adunan dengan resepi ni.Lagipun saya tuang sikit-sikit dalam cup tu, kalau tuang lebih sikit mungkin tak dapat banyak macam tu.
Resepi dan Bahan buat Cup Cake Coklat Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi : Celoteh Hati Bella
Berjaya dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C)
  • 1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak)
Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist:
  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  • Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
  • Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit.( kalau oven saya, saya tambah masa dalam 26 -28 minit)
Belajar Buat Cup Cake Untuk Perniagaan
Alang-alang dah tahu resepi buat cup cake ni, saya ingin kongsikan dengan anda pula sebuah e-book cara buat cup cakes.Ianya sangat mudah!Hanya perlu belajar sendiri di rumah dengan bantuan e-book dan CD yang dibekalkan.Saya dapati cara ini sangat jimat dan sesuai untuk suri rumah yang berminat pula untuk menjadikan cup cake ini sebagai perniagaan sampingan dari rumah. Jika anda betul-betul berminat dan ingin tahu mengenai cara buat bisnes cup cake yang betul dari rumah, saya galakkan anda segera klik pautan ini.Jika lambat, saya khuatir anda terlepas memiliki peluang belajar buat bisnes cup cake dengan cara yang mudah dan betul ini. 

Harap perkongsian ini membantu anda yang memiliki keinginan dan masa untuk mencuba perniagaan cup cake dari rumah.

Boleh juga dapatkan penjelasan dalam entri ini jika anda mempunyai masalah dalam pembuatan kek seperti kek menjadi bantat, keras atau merekah ditengah.Klik pautan ini untuk mendapatkan jawapannya: Punca-punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi

Terima kasih sudi baca Cara Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan dan bolehlah kongsikan jika suka..:)


Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

2 comments

Assalam, nak tanye, telur dan gula tu perlu pukul sehingga gebu (berwarna keputihan) ke? terima kasih kak

Assalam, boleh ke kalau nak letak inti kat tengah cup cakes?

Silakan kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post saya dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon