Sunday, October 11, 2015

Cara Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cara Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap-Dah beberapa lama saya selalu terlepas peluang nak kongsi gambar dan cara buat Karipap Rangup dengan Inti Kentang yang sedap.Biasanya saya memang tak sempat nak tangkap gambar segala bagai time memasak di dapur.

karipap inti kentang yang sedap
Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap by Cik Matahariku:)

Tapi kali ini, saya dah bagitahu awal-awal kat Encik Suami yang saya mahu kongsikan cara buat karipap rangup gabungan resepi mak dan mak mertua saya.Paling kurang pun, Encik Suami saya hanya geleng kepala tengok gelagat Blogger Part time kat kitchen rumah dia.haha.Sambil masak sambil terhegeh-hegeh tangkap gambar sini sana.hihi.

Kalau ikutkan sejarah saya belajar buat karipap ni, bukanlah belajar hari ini, esok lusa dah boleh bagi anak suami makan karipap yang sedap.Saya memang seorang beginner chef.Cehh..bajet nak jadi chef ko.Ada hati.uhuk..uhuk.

Cara Dan Gambar Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap
Boleh dapatkan resepi dan cara buat karipap rangup dengan inti kentang di sini ya: Petua Mudah Buat Karipap Rangup

Antara bahan-bahan utama buat inti karipap kentang

Bahan buat kulit karipap dengan tepung gandum, 

air garam dan minyak panas.



Bajet family saya kalau buat karipap ni mesti sampai satu kilo, sebab orang dalam rumah ni semua hantu karipap..hoho


 Panaskan minyak masak yang ada kat rumah kita tu.Lagi jimat dan mudah khasnya kepada mak-mak yang buat bisnes karipap


Buat lubang kat tengah tepung gandum tu, 
kemudian tuang minyak panas tadi 

sementara minyak masih panas, gaul tepung dengan senduk dulu.Kalau korang tangan kayu (tahan panas katakan)
bolehlah gaul terus dengan tangan.muehehe. 

Gaul sampai rata ya

Lebih kurang macam nilah gayanya sambil menguli sambil 
masukkan air garam sikit demi sikit

Uli tepung sampai tangan dah tak lekat dan permukaan bekas menguli tepung juga bersih dari tepung yang melekat

 Cara Bergambar Buat Inti Kentang Yang Sedap

Lepas minyak dah panas, mula-mula sekali masukkan hirisan bawang besar yang dipotong dadu.
kalau buat sebiji bawang, masukkan separuh dulu.

Ni campuran bahan kisar untuk inti karipap kentang iaitu cili kering blend, serbuk kari,bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam dan gula serta serbuk perasa yang dibenarkan.Biarkan sampai naik minyak.

Kemudian, barulah masukkan kentang yang dah potong dadu.
Gaul sampai rata ya!

Masukkan air sikit je supaya inti tak over cook.Paras air tu jangan lebih inti kentang dalam kuali.

Biasanya saya tutup inti kentang ni supaya dia cepat empuk.


Bila air dah semakin kering, kacau semula inti kentang tadi.
Taburkan bawang besar yang lagi separuh dan juga daun sup kalau anda suka

 Inilah hasil tepung gandum yang sudah diuli dan juga inti 
kentang yang dah siap :)-

Cara buat inti karipap kentang yang sedap
Nampak sedap kan dan kentang tu masih kekal bentuk dadu.Inilah petua letak air sikit je time kita masak inti kentang tu.
Rasanya memang sedang elok.Cubalah ya

 Saya dah siap bulat-bulatkan tepung yang dah siap uli tadi supaya senang nak masukkan dalam mesin.Mesin ni saya gunakan untuk canai 
dan nipiskan kulit karipap.

Ini assistant saya time buat karipap..chef to be..

 Inilah antara hasilnya.Bila buat sendiri, ikut suka kita nak letak inti banyak mana kan..tu yang nampak bulat-bulat karipap saya tu..hhaha

 petua supaya kelim karipap tak terbuka ialah sapu air masak dekat "mulut karipap" sebelum kita kepit dia dengan acuan karipap 

Goreng dalam minyak sederhana banyak dan api yang sederhana kecil.Jangan lupa balik-balikkan karipap anda supaya warna karipap tu setara

Karipap rangup inti kentang yang sedap dan mudah

nampak tu, sekali goreng penuh satu pinggan..
banyak ni setakat sorang dua biji je kat rumah saya..hehhe..

cara buat inti karipap kentang yang sedap
Yay!! karipap rangup yang mudah dan inti kentang 
yang sedap complete already!!!

Pheww...sangat panjang berjela nampaknya entri karipap saya kali ni.Tak larat dah nak kongsi resepi bagai.Tapi takpe, boleh je singgah sini, kalau nak buat karipap macam saya :)..-Petua Mudah Buat Karipap Rangup.

Kalau anda ingin ahu cara mudah dan sedap buat karipap inti sardin, boleh klik sini :Cara mudah dan sedap buat karipap inti sardin-

Terima kasih baca post ini.Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan:)

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.