Cara Mudah Buat Cup Cake Oren Sunquick Kukus

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bulan ini sahaja, dalam tempoh dua minggu oven dan pengukus di rumah saya telah berkhidmat dengan begitu produktif.Mana taknya, kek oren sahaja saya buat untuk anak beranak makan dekat 4 biji.haih. Tu belum campur lagi saya buat versi cup cake kukus untuk makan-makan dan jugak sebab saya sendiri tengah dalam mood rajin mencuba itu ini.hehhe.

Sehinggalah awal pagi semalam, bila saya beritahu Encik Suami yang saya baru sahaja siapkan cup cake oren untuk anak-anak, time saya buat cup cake oren tu, Dia ke Stadium berhampiran rumah menonton perlawanan Piala Liga Super antara Pasukan kebanggaannya JDT dengan FELDA United. Dalam mata masih terpejam, Encik Suami katakan kepada saya supaya check bil api rumah untuk bulan ini.

hahha.Saya dah agak.mesti dia "kisah" akan bil api yang meningkat berbanding bulan lain.Mana taknya Si Isteri dok guna oven, pengukus, mixer dan blender ngalahkan kedai bakeri.hoho.Ceh gitu.Saya gelak besar bila Encik Suami menyebut tentang hal bil tersebut.Apa susah Encik Suamiku, abang bayar jelah dengan duit komisen Job Di Rumah saya yang tidak berusik tu..:) Ini cuma jawapan saya dalam hati sahaja.mueheheh.Mahunya dia ambik betul duit simpanan komisen saya tu..rugi beb!:)

eh..eh.Panjang pulak mukaddimah dia ya.Ok.Moralnya demi menghormati teguran suami, saya akan slowkan sekejap aktiviti membuat kek dan roti saya buat beberapa hari ini.Beberapa hari je ya Encik Abang:)

Cara Mudah Buat Cup Cake Oren Sunquick Kukus
Resepi untuk buat kek cawan oren sunquick kukus ini saya dapat dari SINI.Yang buat saya confident untuk cuba kek ini dengan cup cake ialah sebab saya dah berjaya buat kek cawan coklat kukus dengan bekas yang sama.Jadi saya dah tahu cara mengukus cup cake dengan bekas dadih.

Selain saya juga dah tahu tempoh masa serta sukatan yang sesuai untuk saya masukkan dalam bekas kek cawan tersebut.Inilah rahmatnya bila saya dorong diri sendiri untuk cuba buat kek cawan sendiri di rumah:)

Resepi Cup Cake Oren Sunquick Kukus
Bahan-bahan :
  • 1 bji buah limau ( Saya guna pati oren Sunquick 1/2 cawan )
  • 1 cawan minyak canola ( saya guna minyak masak biasa)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur ( saya letak 3 biji sebab guna telur gred c)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  • 1 st esen vanila ( saya letak, resepi asal tak letak)
  • 1/2 cawan susu pekat ( saya letak, resepi asal tak letak)
Cara-cara Buat Cup Cake Oren Sunquick Kukus
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2. Kulit dia ambik zest sikit untuk aroma. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.( Ikut step ini kalau guna buah oren.Saya gantikan dengan pati oren Sunquick).
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris atau guna kertas kek je.( ikut step ini kalau guna loyang dan mahu buat kek oren versi bakar).Saya guna bekas dadih yang kecil jadi saya masukkan dalam bekas dadih dan tak payah gris dengan marjerin.Cuma bila tuang dalam bekas cup cake ni hanya isi separuh dari bekas kek cawan tersebut sebab nanti kek ini akan naik dan kembang. 
  • Bakar pada suhu 170c selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.( ikut step ini kalau anda buat versi bakar). Saya kukus cup cake ini dalam pengukus dalam 20 minit sahaja.Masukkan cup cake oren ini dalam pengukus apabila air mendidih.
  • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih yang sesuai supaya air wap tak jatuh di atas cup cake kita.
Gambar Langkah-Langkah Kukus Cup Cake Oren

Adunan kek cawan oren Sunquick yang
sudah dituang dalam bekas kecil
Warnanya kurang oren sebab saya guna pati oren Sunquick biasa,kalau nak warna oren yang lagi cantik, cuba guna
pati sunquick yang penutupnya warna hijau-perisa Tropical 


Kalau time buat cup cake coklat kukus saya guna foil untuk covered kek cawan ini, kali ini saya guna tuala bersih dan hasilnya sangat memuaskan disamping lebih praktikal:)
Nampak tak cup cake oren Sunquick ini naik dan kembang dengan gebu sekali kan..:)
Time masukkan adunan cup cake oren ni saya dah dapat agak sukatannya dengan menggunakan pengalaman
time buat cup cake coklat kukus sebelum ini. Alhamdulillah.
Yang ini, topping coklat dengan coklat rice permintaan anak-anak. Saya pun setuju sebab tengok warna cup cake ini
yang nampak dull je kan..:)
Abaikan topping yang serabut tu sebab anak-anak yang buat sendiri..:) Kalau bisnes buat gaya gini, 
lambatlah kaya..hoho..

Okeh, saya kongsikan pengalaman buat sendiri cup cake oren Sunquick dirumah ini supaya jika ada first timer atau beginner yang macam saya, yang baru nak belajar membaking, berani mencuba dan mencuba resepi yang ada.Jangan fikir tak jadi, jika belum cuba.

Kalau dah cuba sekali tak berapa menjadi, buat catatan dekat buku resepi anda apa masalah yang terjadi dan cuba cari cara atasinya.InsyaAllah.Takdelah kat dunia ni benda yang tak boleh setel,Inikan pula bab buat cup cake yang kecik-kecik gitu.muehee.

Selamat mencuba bakerians to be:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!