Kenapa Saya Memilih Untuk Berblog ?

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali pertama saya kenal dengan dunia blog ialah sekitar tahun 2010.Masa itu saya sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di salah sebuah IPG di utara tanahair.Kelihatannya seperti sudah terlewat atau terlambat untuk saya bermula untuk mempunyai blog sendiri.Itulah telahan saya.Rupanya bukan begitu ketentuan Tuhan.

Hasil carian imej untuk gambar pokok
Blog Ibarat sebatang pokok.Sesiapa sahaja boleh bersandar dan menyimpan lelah padanya.Kita boleh berlalu jika sudah hilang segala keringat.Mungkin lain kali kita boleh singgah dan menumpang teduh lagi jika kita mahu.Dan pokok itu sendiri tidak pernah berkira waktu bila kita mahu datang kepadanya.Dia sentiasa ada disitu tatkala kita memerlukannya-
Mungkin tempoh setahun "dikuarantin" dari dunia pekerjaan dan juga memegang status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahayamata ( ketika itu) menyebabkan saya punya banyak masa terluang terutamanya pada hujung minggu-Tuhan meletakkan saya jauh diutara dengan hikmahnya yang tersendiri.Itulah yang saya fahami.

Kenapa Saya Memilih Untuk Berblog?
Ya, pada tahun sama juga barulah saya kenal apakah itu Facebook. Macam orang lain, kali pertama buat akaun Facebook sendiri, kemudian up status dalam wall sendiri, memang nampak bagus dan perasan bagus.hahha.Mana taknya, masa tu agak jakun sebab kita tengok status kita dibaca oleh kawan atau kenalan kita dalam Facebook dan mereka memberi komen dan memberi signal "bagus" dengan ibu jari tangan dinaikkan ke atas.

Ya, itu hanya pada peringkat awal, tatkala saya hanya nampak Facebook tempat berkongsi benda-benda baik dengan rakan dan kenalan.

Keinginan saya untuk berblog muncul apabila saya mempunyai "semartphone" yang pertama seperti kisah tragisnya dalam entri ini : Kisah Saya dan Iphone.

Saya mula belajar Google cara buat blog sendiri dan banyak perkara berkaitan.Sebenarnya saya mula kenal wordpress sebelum blogspot.Tapi dah jodohnya dengan blogspot lagi kuat, maka saya mula buat blog dengan ekplore sana sini sendiri.

Saya hanya ada satu sebab pada peringkat awalnya kenapa saya memilih untuk berblog.Pada masa tu, di Facebook sangat terhad untu kita tulis panjang lebar.Jiwa "penulis" yang kononnya menebal dalam jiwa saya tika itu telah mendorong saya mencari cara lain untuk saya luahkan apa sahaja idea yang tercetus dalam fikiran saya.

Ketika itu bloglah jawapannya!Mula-mula ada blog memang perasaan "malu" agak menebal sehingga saya rahsiakan dari pengetahuan Encik Suami saya sendiri.Malu sebab tak tahu apa respon rakan dan kenalan kalau depa dok baca blog kita.Padahal masa tu bukanlah tulis perkara peribadi sangat.Entri yang saya tulis tu, padahal takde sesiapa baca pun pada awalnya..isk.isk.


Tuhan Pilih Saya Berada Di sini
Ya, itulah instinct saya sendiri.DIA maha mengetahui diri dan jiwa saya.Keinginan dan impian saya yang paling membahagiakan.Saya selalu mendapat tenang dan berasa bahagia bila dapat menulis sesuatu atau ketika sedang menulis.

Ya, bahagia itukan sendiri subjektif.Ini salah satu daripada kebahagiaan saya selain punya suami, anak-anak dan keluarga yang membahagiakan.AlHamdulillah..:)

Dan saya sendiri belajar untuk memahami bahawa bila Tuhan tentukan sesuatu dalam hidup kita, ianya tidak pernah ada yang sia-sia. Saya menyedari peranan saya bila diberi peluang ini dan berazam untuk buat yang terbaik.Macam ada orang zaman sekarang sebut: kalau tak boleh buat baik, janganlah buat jahat.Kalau nak buat baik pula, buatlah yang terbaik-Bukan begitu?

Blog dan Kehidupan
Hampir empat tahun membangunkan blog, banyak pengalaman yang saya dapat.Secara peribadi saya melihat perkembangan blog ini dalam tempoh yang panjang dan lambat.Saya hanya mengusahakan blog ini secara separuh masa atau jika saya ada masa terluang.

Dengan bilangan pengikut yang tidak seberapa, saya tahu ianya juga kerana "kemalasan dan ketidakgemaran" saya menyertai aktiviti rakan blogger lain seperti mengikuti giveaway atau segmen yang paling kurang pun kita kena follow sana sini dan like sini sana-Entah! saya tidak tahu siapa yang cadangkan kalau nak buat segmen dan giveaway kena mintak rakan blogger follow dan like sini sana.Macam desprate sangat rasanya nak dapatkan ramai Follower atau mintak orang suka fanpage kita.

Tapi nak buat macam mana.Dah yang sokong pun sesama kita blogger juga.Saya pun malas campur tangan.Biarlah asalkan semua pun happy.Masing-masing pun ada sebab sendiri kenapa buat blog sendiri kan.Syukur sahajalah dengan kemudahan yang ada depan mata ni.

Buat blog kena tahu pilih.Buat pilihan nak tulis tentang apa.Hal buruk atau hal baik.Semuanya atas kita.Pembaca pun kena pandai pilih dan fikir.Jangan terima bulat-bulat apa yang anda baca tanpa berfikir buruk baiknya.Hidup ini sendiri pilihan kita.Kita pilih untuk buat baik atau buat tak baik.

Sampai sini sahaja.Blogger ni, kalau ko suruh tulis hikayat seribu satu malam pun dia boleh buat.Cuma tinggal kena sanggup baca ke tidak, itu sahaja.hehhe.


Post a Comment

0 Comments