Cara Sebenar Buat Kek Coklat Kukus Yang Moist

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setakat buat kek Coklat kukus, sah-sah ramai yang boleh buat dengan sebelah tangan je.Err..ada ke yang buat kek sebelah tangan je ni..hoho.Tapi yang boleh buat kek coklat yang moist, sedap, lazat malah boleh jual lagi memang tak ramai kan.muehee.

kek coklat kukus moist by Cik Matahariku

Kalau rajin google resepi dekat internet, memang bersepah termasuklah resepi yang satu ni : Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan- Cumanya sejauh mana kek coklat yang kita buat tu memang betul moist atau indah khabar dari rasa dan rupa?

kek coklat kukus moist dengan topping coklat

Kali ini saya nak kongsikan resepi legend yang saya dah cuba dan benar-benar menghasilkan kek coklat kukus yang moist.Tapi maafkan saya kalau resepi ini tidak mengikut selera anda semua, bagi saya apabila suami, anak-anak dan keluarga yang lain menyukai hasil kek coklat dengan resepi ini, maka kek yang terhasil dengan resepi ini memang terbaik!Insha Allah.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Sukatan Cawan
Resepi Kek Coklat Kukus Moist
Oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Ikuti step by step buat kek coklat kukus moist dalam blog Cik Matahariku

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Moist Sukatan Cawan

  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Akak blend je sampai berbuih.
  4. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  6. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  7. Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.Akak balut tutup pengukus dengan kain dan tidak guna aluminium foil.
  8. Kukus kek coklat selama 1 jam.

Resipi chocolate ganache ( topping kek coklat moist)
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
satu sudu makan butter
1/2 cawan susu cair

Cara Menyediakan topping kek Coklat

  1. kacau semua bahan secara double boil atau atas api kecil hingga pekat berkilat.( akak buat atas api kecil)
  2. Bila dah sejuk dan kek juga dah sejuk, bolehlah curah topping coklat atas kek.
  3. Simpan dalam fridge dan keluarkan jika nak makan.
Cara menyediakan topping coklat untuk kek coklat kukus moist

Boleh ikuti panduan dan step by step buat kek coklat kukus moist dengan resepi ini di sini : Step by Step buat Kek Coklat Kukus Moist

Tips Punca Kek Coklat Tidak Menjadi

Ada beberapa tips penting yang saya kongsikan dalam entri mengenai : Punca-punca Kek Coklat Kukus Kita Tidak Menjadi- daripada tips yang saya kongsikan itu, saya dapati memang ramai yang menghadapi masalah dalam membuat kek coklat seperti kek yang merekah di tengah, kek yang tidak naik dan bantat, kek hanya masak separuh dan macam-macam lagi.

Banyak juga punca dan sebab kek coklat tidak menjadi.Salah satu sebabnya sama ada sukatan tepung terlebih atau tidak.

Buat kek coklat kukus kita kena pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain bersih atau loyang dibalut dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis atas kek, jika tidak kek akan mendap atau permukaan tidak cantik.

 Antara cara mengukus kek coklat kukus moist dengan membalut penutup pengukus supaya air kukusan tidak jatuh atas permukaan kek.


Sila Klik Untuk Buat Tempahan :
Selamat mencuba resepi kek coklat kukus yang moist dan terima kasih membaca Cara Sebenar Buat Kek Coklat Kukus Yang Moist-





Post a Comment

4 Comments

  1. Sis, klau xnk guna mixer, x pyh ltak soda & baking powder... Just tukar tepung gnfum kpd blue key je... Cara buat pulak just campur n then kacau...😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tipsnya sis😘sy akn cuba ikut tips yg diberi☺️

      Delete
  2. I constаntly spent my half aаn hour to read tһіs weblog's artichles oor reviews
    everyday alonng with а cup of coffee.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, moga dimurahkan rezeki selalu ❤️

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!