Semua Orang Ada Kisah Silam Yang Ingin Dilupakan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih.Saya memang jarang sangat ikut atau follow drama-drama Melayu di kaca tv.Bukan saya tak suka tonton drama Melayu, tapi kesempatan masa yang terhad untuk dok tercongok depan tv dalam satu jam memang "taklah" bagi saya yang bekerja dan pada masa sama mengurus rumahtangga.

Tambah-tambah lagi kalau drama tu banyak episod dan siri, nasiblah tu kalau saya dapat tengok sekali sekala.Cuma beberapa hari ni, saya ada tertengok drama yang sedang ditayangkan kat tv3 slot Akasia, tak tahulah saya drama ni popular ke tak, tapi tengok heronya ada sikit iras  Aaron Aziz dan Rosyam Nor lah..muehee.Terus Google kat internet cari sinopsis cerita dan tengok dalam youtube episod yang terlepas.

Hasil carian imej untuk sahrul ridzwann drama hati perempuan


Hasil carian imej untuk sahrul ridzwann drama hati perempuan
\
Hasil carian imej untuk mia ahmad drama hati perempuan
Hasil carian imej untuk sahrul ridzwann drama hati perempuan

Mesti korang pun tengok drama ni kot? #Hati Perempuan tajuk drama ni yang diadaptasi dari Novel karya Nur Ain Al Abbas:)

Semua Orang Ada Kisah Silam Yang Ingin Dilupakan
Bila tengok drama ni, saya akui bahawa adakala masa lalu kita sangat memberi impak dengan kehidupan masa kini kita.Mungkin anda setuju, dan mungkin juga tidak.

Adakala kisah silam tu sudah pun kita lupakan.Tapi takdir Tuhan juga adakala hal silam itu kembali menghantui hidup kita.Sama ada apabila kita bertemu kembali dengan insan yang kita kenali itu atau ada peristiwa serupa yang mengingatkan kita tentang kisah silam itu.

Secara positifnya, kisah silam itu banyak yang sedih dari yang mengembirakan kita kan?Mungkin juga ada yang masih simpan rasa luka dan benci hingga ke saat ini.Semua itu terletak bagaimana atau sejauhmana kita disakiti atau dilukai.

Bersyukur Dengan Adanya Kisah Silam
Ya, inilah antara hikmah yang saya secara peribadi rasai tatkala teringat akan kisah silam saya.Perkara silam akan buat kita lebih menghargai apa yang kita miliki pada hari ini.

Banyak sebab kita perlu lupakan kisah silam kerana ia tidak mungkin berulang untuk kita buat lebih baik atau masa lalu itu sendiri sudah jadi sejarah.

Dengan adanya kisah silam yang menyakitkan atau mengecewakan, kita tahu Tuhan sentiasa menyayangi hambaNya dan DIA berikan kita dengan sesuatu yang lebih baik.Kita juga tahu, dengan ada perkara silam yang pahit untuk dikenang, kita belajar untuk lebih kuat, tabah dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan kepada kita.

Memang semua itu tidak mudah bagi sesiapa yang mengalaminya.Kita juga harus sedar, bukan semua orang bersedia dan mahu berkongsi kisah silam yang telah mereka lalui.Apapun yang kita tempuhi dalam kehidupan ini, kita haruslah sentiasa positif dan mohon supaya Allah bimbing hati dan diri kita agar sentiasa sabar dengan dugaan hidup.

DIA tidak akan  memberi kita Ujian, jika tiada daya kesanggupan kita untuk menghadapinya!

Post a Comment

0 Comments