Cara Mudah Buat Karipap Sardin Dengan Kulit Yang Rangup

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Time cuti sekolah ni, selain jadi suri rumah sepenuh masa, sah-sah jugak saya jadi chef dekat rumah tu. Macam-macam resepi masakan dah saya buat.Ada juga yang berulang resepi sama sebab permintaan anak-anak.Si Ayah kena redho jelah ya.Saya pulak tak rajin nak entertain sorang-sorang ahli dalam rumah ni.Resepi masakan kat rumah, akan ikut majoriti nak makan apa.heheh.Dasar Tukang masak mengelat..Sayalah tu!

Kongsi Resepi Karipap Sardin
Kalau family saya, harus buat banyak sebab satu rumah ni 
semua hantu karipap..hoho..
Gambar pinjam En.Google..den tak ingat nak snap gambar 
segala bagai time masak kat umah.Dah siap, terus ngap..setel!
Eh..eh..bukan tajuk entri nak kongsi resepi buat Karipap sardin ke? muehehe.Alkisahnya, saya pernah dua atau tiga kali sahaja buat karipap sardin ni.Biasanya, saya buat karipap kentang.Permintaan Majoriti katakan.heheh.Memandangkan search keywords dalam blog ni banyak sangat cari cara buat karipap sardin, maka kali ini saya kongsikan resepi yang saya dapat dari seorang Cikgu Blogger jugak.( tapi saya ubah suai ikut selera keluarga saya yang suka pedas).

Kalau nak ikut resepi asal pun boleh, sila rujuk sini : Karipap Sardin Sedap

Saya harap resepi yang saya kongsikan ini dapat bantu mana-mana rakan pembaca di luar sana yang inginkan cara buat karipap sardin.Sebenarnya kalau dah reti buat karipap tu, tak kisalah ko letak inti apa, sama je kekdahnya kann.hoho.

Tapi saya faham sangat bagi beginner dan first timer yang nak tahu sukatan bahan-bahan untuk buat inti sardin tu macam mana.Jangan susah hati ye kengkawan semua, kalau depa dah tahu buat karipap sah-sah depa tak sibuk nak google cara buat karipap inti sardin ni kan.hihihi.

Jadi, boleh klik entri ni kepada pelawat blog ni yang nak belajar cara buat karipap sardin:)

Resepi Mudah Karipap Sardin
Bahan-Bahan Inti Karipap Sardin
  • 1 tin sardin sederhana (sebarang jenama)
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu ( bahagikan dua bahagian)
  • 2 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kalau tak suka pedas, kurangkan) 
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Sardin
  • Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya.( Saya tak hancurkan lumat supaya time kita makan karipap tu, boleh rasa ikan sardinnya sekali).
  • Asingkan juga sos atau kuah sardin yang ada dalam tin supaya inti tidak begitu berminyak dan menyebabkan karipap tidak melekat dengan baik.
  • Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
  • Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,   masukkan cili kering kisar.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
  • Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.
  • Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
  • Masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu
  • Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering
  • Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.
Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
  • 500 gram tepung gandum ( untuk 40-50 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air ( biasa/ air sejuk dalam peti ais) yang sudah dilarutkan dengan garam 
Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
  • 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
  • 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup
Petua supaya karipap anda tidak menggerutu 
Panaskan minyak, tutup api dan masukkan karipap. Biar sekejap, baru nyalakan semula api perlahan. Goreng seperti biasa hingga masak.( Sumber )

Jika ingin mendapat resepi atau cara buat Karipap inti kentang, boleh rujuk sini : Karipap Rangup Inti Kentang.
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka dan berguna kepada rakan lain:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!