Tuesday, July 01, 2014

Keywords Ramadan Part 1

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Begitulah pun selalunya.Blog saya ni bukan blog masak-masak, tapi beberapa entri masak-masak yang saya kongsikan dalam blog telah mendapat perhatian pengguna Google sehingga "terjebak" ke blog ini.Apapun, terima kasih kepada anda yang singgah membaca di sini.Terharu saya kalau-kalau ada pengguna Google yang bertuah tu, berjaya menyediakan hidangan berbuka puasa untuk ahli keluarga dan insan tersayang dengan memanfaatkan entri masak-masak saya tu.

Ini pula keywords yang saya pinjam dari Dashboard Nuffnang ( yang semakin "kedekut" sekarang ni nak bagi CPUV dekat blog saya..erkk..).Agak-agak sapa yang cari maklumat ni semua ya? Mesti orang pompuan kan.Dan bukan sebarangan orang perempuan tau, rasanya depa ni geng yang suka belajar atau suka masak sendiri untuk family.Dok gitu? Good Job! Rajin-rajin datang blog saya ya..:)



Blog Biskut Semperit


Nampak tak keywords "resepi semperit" yang paling banyak dekat atas tu.Ada rahsia dengan entri ini : Rahsia Kuih Semperit Lebih Rangup dan Sedap.Sampai ada yang google search dekat blog saya nama ni :Blog Biskut Semperit untuk sampai ke blog saya.Macam-macam kan gelagat pencari maklumat di Google search ni.Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu lagi pelik kot.

Keywords Kuih Kapit Rangup
Untuk ramadan kali ini (2016),Insha Allah, saya mendoakan dan berazam keywords terbaru di blog saya iaitu : Kuih Kapit Rangup inti coklat dan peanut yang rangup dan Sedap bakal pecah panggung..err..apa-apalah labu.haha.Kotlah ada kalangan anda semua yang memang tengah mencari kudapan paling enak dan tidak menjemukan buat isi masa sambil menonton drama petang-petang kan.Saya cadangkan kuih kapit rangup dengan inti peanut memang terbaik.

Amacam? Inilah rupa paras kuih kapit rangup dan sedap dengan inti coklat gred A tau!

Ini pula kuih kapit rangup dengan inti peanut butter-walawehh..sodap nih!

Kalau sudi, tengok-tengoklah keywords kuih kapit untuk ramadan kali ini meletup macam yang lain-lain atau tidak.

Nah, kalau suka boleh wassap/ contact no yang ada tu ya!

Kadang-kadang tajuk yang kita pilih untuk entri yang ditulis ada peranan tersendiri dalam menarik pembaca singgah ke blog dan memilih entri kita berbanding entri sama yang lain kan.Apa pendapat anda?Jom, kongsikan dengan saya.

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon