Dengan Bismillah,
Entah kenapa, terfikir untuk berkongsi tips mencari kerja sambilan atau part time ni.Bukan apa, saya teringat dulu masa habis belajar, umur baru 17 tahun, tapi sudah berangan dan terfikir untuk pegang duit sendiri. Masa tu, ramai kengkawan yang ajak pi daftar kerja kilang.Eceh..ceh.Kerja Kilang masa ni tengah famous.Rasa bangga kalau dapat sarung uniform biru laut tu kat badan, sebab hari-hari balik sekolah nampak makcik sebelah rumah balik kerja dengan uniform biru tesarung kat badan.hihi.
Pengalaman Kerja Part time selepas SPM |
Tapi terasa seram juga untuk meminta restu daripada mak abah.Sebab masa tu, kakak-kakak yang lain takde lagi yang dibenarkan kerja kilang masa tunggu result SPM. Akhirnya permohonan saya diluluskan dengan syarat kena berulang dari rumah di Kota Tinggi ke Pasir Gudang.Itu dulu.Zaman remaja saya, yang takde internet dan kemudahan mencari pekerjaan macam yang ada sekarang. Kalau dulu boleh buat part time dari rumah dengan kemudahan JobdiRumah, mesti saya tak payah susah payah bangun seawal 4.30 pagi semata-mata kena tunggu bas biru datang ambik.huhu.
Remaja dan belia sekarang banyak peluang dan kemudahan. Cuma kena rajin dan bijak pilih peluang yang terbentang depan mata. Kalau anda sedang tunggu result peperiksaan, tak kisahlah periksa semester atau kolej, atau SPM malah STPM sekalipun, cuba daftar dengan peluang buat part time dari rumah. Saya bukannya apa, tak suka tengok budak-budak sekarang sibuk dengan facebook atau laman sosial lain, tapi tak terfikir nak manfaatkan masa lapang dan muda dengan mencari pendapatan sampingan.Manalah tahu boleh ringankan beban mak ayah.Untung-untung boleh buat belanja untuk beli baju raya tahun ni.
Tak payah susah-susah bangun pagi atau pakai baju lawa-lawa, dah namanya kerja part time dari rumah, Ekau dok atas katil dengan pakai kain pelikat mengadap laptop, pun ok je.Jangan lepaskan peluang terbaik ni.Boleh daftar kerja part time di rumah di sini.
Satu lagi, sampai bila top up telefon ekau nak kena mak bapak yang tanggung.Fikirlah dan ambil kesempatan ini. Daftar segera di sini untuk gaya hidup lebih hebat dan bermanfaat.
Terima kasih luangkan masa untuk baca entri ini, boleh kongsikan jika suka:)
5 Comments
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
ReplyDeleteSatu perkongsian menarik tentang bimbingan SPM.. Harap dapat singgah ke blog saya JY Write tentang JY Write
Yang Benar
JY Write
Hello, I enjoy reading through your article post. I like to write a little comment to support you.
ReplyDeleteHello to every one, it's actually a pleasant for me to
ReplyDeletevisit this website, it contains useful Information.
certainly like your web-site however you have to test the spelling on quite a few
ReplyDeleteof your posts. Many of them are rife with spelling issues and I in finding it very bothersome to
inform the truth nevertheless I will definitely come again again.
Thanks for your personal marvelous posting!
ReplyDeleteI definitely enjoyed reading it, you are a great author. I will make certain to bookmark your blog and may come back someday.
I want to encourage you to definitely continue your great posts, have a nice morning!
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!