Cara Mudah Masak Bihun Goreng Ringkas Dan Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Walaupun saya anak beranak cuti sekolah, tapi saya tahu saya sendiri tetap tak cuti bab bangun awal pagi.hehhe.Manakan saya boleh tergolek lagi atas katil kalau Encik Suami perlu bangun pagi untuk pi keroje.Kadangkala saya mengusik Encik Suami bila dia cemburu saya dan anak-anak cuti panjang bulan Disember ni.Saya selalu kata padanya: Haa..tulah dulu suruh jadi guru besar tak mo..hahaha.Apapun rezeki masing-masing Allah dah tentukan.Ye tak? Tugas kita syukur banyak-banyak!

Orait, kali ini saja nak buat gempak kongsi resepi kat Blog kecik ni.Padahal buat bihun goreng je pun.ahaks.Tapi jangan main-main, korang yang memang dah expert buat bihun goreng ni, memang tak heran dah.Ada jugak orang lain, yang macam saya dulunya memang tak reti beb buat bihun goreng ni.

Saya kongsi resepi ni pun, bukan setakat nak tunjuk cara masak je tau, ni konferem (confirm..hehhe) bihun goreng korang akan lebih sedap dari biasa.heheh.InsyaAllah.Asalkan saja korang masak dengan hati bersih, ikhlas dan tulus.ewahh.:)

cara buat bihun goreng yang sedap
Bihun Goreng ringkas tapi rasanya insyaAllah sedap beb:)

Cara Mudah Masak Bihun Goreng Ringkas Dan Sedap
Kalau ikut asal usul cerita saya masak bihun ni, saya ada kongsi dalam entri ni : Petua Buat Bihun Goreng Sedap-Kalau nak resepinya pun tengok kat situ ya.Entri tu kira pengalaman sendiri yang tak reti buat bihun sedaplah yang buat saya percaya, saya sebenarnya tak keseorangan dalam dunia yang fana ini.iskisk.

Ramai je kot isteri orang lain, menantu orang lain atau mak budak lain yang tak reti masak bihun goreng sedap kan.muehee.Ok, jom masak dengan saya, bukan saja masak tau, tapi masak yang sedap!ceh gitu:)

Resepi dan Langkah Menyediakan Bihun Goreng Sedap

Ini antara bahan nak buat Bihun Goreng ringkas.Ringkas tu sebab saya guna mana yang ada kat kitchen sayalah. Bahan basic yang nak bagi bihun kita sedap ialah bawang besar, bawang merah, ikan bilis atau udang kering, cili kering blend, bawang putih, garam gula, kicap dan sos tiram-

Selain bahan basic tadi, jangan lupa pulak ekau mestilah ado bihun ni.Kalau tak, tak jadilah korang punya resepi tu.hahaha.Rendam dalam air biasa je.Saya masuk terus dalam rice cooker ko.uikss.

Gambar first tadi  lupa nak snap kicap dengan sos tiram.Tu yang tunjuk pic ni lagi tapi dengan pelakon tambahan Encik Kicap dan Cik Sos Tiram..ceh gitu.Tuan Anas Mikail tak masuk ye dalam resepi ni.ahaks.

Orait.Nah, ambik ko.Dengan lesung batu masuk dalam blog ni.Saya pernah cerita sebelum ni, saya ni kan bajet isteri mithali, setakat nak masak bihun sebungkus, ko tumbuk je dengan lesung batu tu.setel.

Lepas tumbuk bawang merah, bilis dan bawang putih tadi, ko hiris bawang besar tu pulak.

Haa..biasanya saya goreng dulu fishcake dan fish ball tu, nak bagi sedap tadi kan kononnya..ceh!

Lepas kita goreng fish cake tadi, angkat fishcake tu letak kat piring dulu. Kita masukkan pulak bawang besar yang dah hiris tadi.Goreng sampai naik bau.Kemudian kita masukkan bahan yang kita tumbuk tadi.Lepas tu, masukkan cili kering blend.Perisakan siap-siap.Masukkan kicap, sos tiram, garam dan gula.Akhir sekali masukkan juga fishball n fishcake tadi.Kacau bagi rata. 

Time ni,bihun saya dah lembut dan masak elok, so saya masukkan sayur sawi dan taugeh. Sebelum tu, kira kita dah masak dulu bihun dia bagi lembutlah.Pastikan toskan dulu airnya ya.Petua kalau tak nak bihun korang lembik dan hancur luluh, masukkan air sekitar satu cawan je untuk lembutkan bihun, kemudian tutup kuali dengan penutup pengukus yang ada kat dapur kita tu.

tara..bihun goreng sedap saya dah siap!suka tak..hihi..

langkah-langkah masak bihun goreng
Jemput makan semua.Mudah dan ringkas je kan.Tapi rasanya insyaAllah terbaik..erkk..berat pulak rasa bakul ni..uhuk..uhuk..( masuk bakul angkat sendiri..)muehehe.

Orait, kalau korang buat jadi dan sedap, silalah ucapkan terima kasih banyak-banyak kat mak mertuo den yo.Resepi ni memang mak mertua I yang ajar cara buatnya dan setakat ini belum pernah kecewakan sesiapa yang mencubanya.

Ada tu siap tampal resepi kat pintu fridge lagi.hahha.Boleh tengok cerita tu kat ruangan komen entri ni : Petua Buat Bihun Goreng Sedap-Dan diakui juga oleh seorang Blogger masakan femes amous-kak Azie Kitchen.Boleh baca kisahnya kat sini :Bila Blogger Masakan Cuba resepi Kita-

Terima kasih sudi baca dan buat resepi bihun goreng ringkas dan sedap ni.Kongsikan juga kat member satu rumah atau kawan satu grup kalau ekau buat betul-betul jadi sedap dan marvellous.ceh gitu:)



Post a Comment

10 Comments

  1. Terima kasihh..nak try hihihi.mesti sdp betul ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, tak mengecewakan..cubalah resepi ni ya:)

      Delete
  2. De tk jenis bihun yg susah putus2. Kenyal tapi lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, kalau ikutkan sebenarnya semua bihun okey je, cara kita masak bihun tu yang buat dia jadik putus-putus atau tak.Kalau tak nak bihun putus-putus, tak payah beriya sangat time kacau dia, bihun akan lembut sendiri kalau kita masak dalam tempoh yang betul dan sukatan air yang mencukupi.InshaAllah.

      Delete
  3. Nak try la esk,,trima ksih yer kak👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba Paksu, jangan lupa share kat sini kalau dah masak bihun ikut resepi ni ya:)

      Delete
  4. Nak try la esk ,,trima ksih sis😅👍🏻

    ReplyDelete
  5. kalau tak pakai sos tiram boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, bihun goreng tetap sedap:) tips menjadikan bihun sedap ialah sambal cili kering yang kita masak tu atau pes sambal tu, kalau pes sambal tu cukup lemak, manis dan masinnya, inshaAllah, bihun kita pasti menjadi walaupun hanya bihun kosong:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!