Cara Mudah Buat Corak Pada Kek Minyak Kukus

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nampak gaya cuti sekolah sempena Raya Deepavali saya kali ini memang sangat bermakna.Mana taknya, dok rumah sensorang, anak-anak bersekolah ( saya hantar anak ke sekolah yang berbeza dengan tempat saya berkhidmat ), sementara nak tunggu depa balik sekolah, saya pun mula buat hobi baru saya iaitu membaking kek.Cehh..cakap omputih gitu.haha.

gambar kek minyak kukus sedap
Tengok colour kek minyak kukus ni memang sesuai dengan raya Deepaali kann.hehhe.

Kali Pertama Buat Kek Minyak Kukus
Sebelum ni saya pernah kali pertama cuba buat kek minyak kukus.Alhamdulillah.Dalam pada terkial-kial bancuh adunan sambil tengok resepi, akhirnya berhasil jugak kek minyak kukus saya tu.muehe.Biar nampak amatur dan "mak budak baru belajar" tapi saya tetap puas hati sebab at least saya sudah mencuba sendiri dan tahu hasilnya kan.:)
Boleh baca kisah saya buat kek minyak kukus kali pertama di sini dan dapatkan resepinya sekali : Kali Pertama Buat Kek Minyak Kukus Moist Sukatan Cawan

Buat kek minyak tanpa mixer
Kek Minyak Kukus Moist sukatan cawan yang saya buat
kali pertama
Kali ini, memandangkan dah dapat sedikit confident tu, makanya saya nak kongsikan Cara Mudah Buat Corak Pada Kek Minyak Kukus.Taklah bagus mana, tapi saya harap dapat bantu kepada sesiapa yang baru hendak belajar buat kek khasnya kek minyak kukus.

Cara Mudah Buat Corak Pada Kek Minyak Kukus
Gambar yang saya kongsikan ini, adalah kek minyak yang saya sendiri sediakan dan harap dapat beri penjelasan yang lengkap kepada pembaca blog yang ingin tahu cara membuat corak pada kek minyak.
resepi kek minyak sukatan cawan
Ini adunan yang sudah dituang ke dalam loyang dan sudah dibahagikan mengikut warna yang kita suka.Jangan lupa lenser loyang dengan marjerin atau sedikit butter sebelum tuang adunan ya.Karang susah pulak kita nak keluarkan kek minyak kukus dari loyang.
Buat kek minyak ni memang kena sabar sikit, especially time kita tuang adunan ikut warna tu.Kalau tak kena gaya, memang boleh bercampur semua warna.
resepi kek minyak kukus sukatan cawan
Nak dapat corak macam ni, letak lidi kat bahagian tengah dan tarik ke tepi loyang.Kalau dah suka corak ni, boleh terus masukkan ke dalam pengukus yang sudah mendidih airnya.
cara buat corak kek minyak
Memandangkan kali pertama dulu, saya dah buat corak yang di atas, kali ini saya corakkan lain pula.Lepas buat corak tadi, saya ambil lidi dan tarik pula lidi dari bahagian tepi loyang ke bahgaian tengah.
gambar kek minyak kukus sedap
Kali ini saya memang puas hati sebab corak saya terhasil dengan agak baik sekali.Perasaan tu, time tengok corak cantik macam ni memang sangat happy dan rasa wow!!hehhe.
Kek Minyak selepas di kukus dalam 50 minit
Masih kekalkan corak yang sama seperti sebelum dikukus
gambar kek minyak paling sedap
Kek Minyak kukus dah selamat mendarat atas pinggan.hehhe.
Siap sedia untuk dimakan..corak sebelah dalam pun cantik beralun kan.Ko ni nak makan ke nak hadap coraknya je?muehehe..

Kek Minyak Kukus ni memang moist. Oleh sebab saya letak perisa jus oren Sunquick, rasanya memang segar dan baunya harum macam kek oren.
last minute anak kedua balik dari sekolah bagitahu ada jamuan sekolah esoknya, hmm..rezeki kengkawan dialah ni:)

Resepi Kek Minyak Kukus Moist

Resepi Kek Minyak Yang Moist dan Sedap

Resepi asal oleh: Azie Kitchen
Dicuba oleh : Cik Matahariku

Bahan-bahan:


5 biji telur ( saya guna 6 biji telur gred c)

1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate ( tak letak )
1 cawan minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa )
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - saya letak dua sudu makan jus oren Sunquick)
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru ( saya guna pewarna hijau epal)
Cara-cara  Membuat Kek Minyak Kukus Moist Sukatan Cawan

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Panaskan pengukus terlebih dahulu.Lenser loyang dengan marjerin.

2.Masukkan putih telur dahulu dan blend sehingga berbuih.Kemudian barulah masukkan gula kastor.
3.Blend sehingga kelihatan warna putih dan cairan sebati.( Inilah cara yang saya tiru dalam youtube nak hasilkan kek yang moist iaitu mix atau blend dulu putih telur, barulah masukkan gula kastor.Asingkan kuning dan putih telur.)
4.Tuang dalam bekas adunan.Masukkan kuning telur pukul hingga sebati.
5.Masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa jus oren.Saya takde pewarna kuning jadi nak dapatkan warna kuning yang lebih cantik saya guna jus oren selain dapat perisa oren juga,sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.Perisa oren ini kesannya juga apabila kita cium bau kek ni pun sedap dan segar je.
6.Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan.Saya hanya bahagikan kepada dua adunan. Tuangkan ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
7.Saya kukus kek ini dalam tempoh 50 minit.Sebelum masukkan dalam pengukus, pastikan air telah betul-betul mendidih, barulah masukkan loyang adunan kek minyak.

Oklah, selamat mencuba kepada anda yang baru sahaja ingin belajar membuat kek minyak:).Harap-harap perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat dan bantu anda menyediakan kek minyak kukus sendiri ya!

Post a Comment

0 Comments