Edisi Kurung Moden Dari Korean Lycra Dengan Harga Patut

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tinggal seminggu dua je lagi kita bakal meraikan Hari Raya Korban.Pada masa sama mungkin ada kalangan ahli keluarga atau saudara mara kita juga yang sedang menunaikan haji di Mekah.Sama-samalah kita doakan semoga mereka semua selamat menunaikan ibadah haji dan kembali ke tanahair dengan sihat sejahtera.

Cerita tentang Raya Haji ni, teringat pula akan persiapan kita untuk menyambutnya.Bagi sesetengah orang Persiapan time nak Raya Haji ni ala kadar sahaja.Yelah kan, ada pulak tu, dah sakan berbelanja time Raya Puasa hari tu, tu yang tak berapa nak sambut sangat Aidil adha kali ni.hoho.

Ada ke yang ambik peluang cuti panjang sekolah dengan Raya Haji sekali ni dengan buat majlis kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul anak, bertunang atau mahu melangsungkan majlis perkahwinan? Kalau ada, tahniah dan semoga dipermudahkan semua urusan anda..Ameen.

Saya pula kali ini mahu kongsikan kepada anda akan beberapa edisi kurung dari jenis korean Lycra yang sangat terkenal dengan jenis kain yang lembut, kain berkualiti dan selesa dipakai dalam apa jua majlis keraian yang anda hadiri.

SM09 00011  SM09 00012

Manalah tahu nak pi kenduri atau majlis bertunang kawan kann.hehhe.Menariknya kurung lycra  ni dipadankan siap-siap dengan skirt labuh yang memang owesomelah.Tak percaya? Dijual kurung dengan skirt labuh pada satu harga yang sangat berpatutan.Tak percaya jugak.Meh, saya kongsikan gambar.Online shop yang saya selalu pi singgah ni memang terbaik dari segi kualiti produk yang dijual.

SM09 00002  SM09 00003

SM09 00007

  SM09 00008

  SM09 00011

SM09 00009  SM09 00010

Kalau saya sendiri, padanan kurung dengan skirt labuh ni memang boleh buat kita paling kurang pun mesti dapatkan satua atau dua pasang.muehee.Tapi kenalah tempah awal untuk dapatkan stok sebelum tibanya Hari Raya Haji.

Kalau anda rasa saiz tubuh anda belum capai tahap model kat gambar tu, jangan susah hati.Depa dok sediakan saiz sampai 3 XL ko!Tinggal kita je nak pilih satu atau semua.erkk.

Kalau nak dapatkan detail tentang semua kurung Moden dari Korean Lycra ni, boleh je terus pi lawat online shop sweetmuslimah.com ya!

Selamat bershoppinglah kalau gitu..:)

Post a Comment

0 Comments