Jamuan Raya Sekolah Dengan Air Tangan Cikgu

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Gigihlah saya handle jamuan raya kelas tahun 1 sepanjang hari ini.Sebenarnya saya bukanlah guru kelas, tetapi telah diminta menggantikan guru kelas tahun 1 ini yang terlibat menghadiri kursus.Memandangkan sekolah saya ni, budak prerempuan je keliling pinggang..erkk..sekolah Convent kann, maka bukanlah masalah besar sangat nak handle jamuan kelas depa nih.Cehh..ayat bajet bagus.Padahal berpeluh jugaklah ketiak layan dan hadap kerenah depa nih.hehhe.


Sebagai guru kelas ganti, dan jamuan pula dibuat pada hari bekerja, maka saya dah dapat bayangkan komitmen saya setiap pagi.Maka saya gigih sediakan bihun kosong dan karipap kentang untuk juadah jamuan mereka nanti.Antara sebab saya hanya buat bihun kosong, dah tu je yang ada kat esbok umah.muehee.Tapi Insya Allah, rasanya memang sedap..uikss.

Seperti biasa, assistant tak rasmi saya kalau datang bab kat dapur siapa lagi kalau bukan Encik Suamiku yang budiman.uhuk.uhuk.

Pada sebelah petang dan malam, saya siapkan inti karipap dan terus membuatnya, maka pada pagi subuh sapiee tadi, sebelum ke sekolah, saya mintak Encik Suami tolong gorengkan karipap. Bihun goreng kosong pula saya siapkan terlebih dahulu.

Nak kata dua jenis ni kepakaran saya dalam bab masakan tu taklah terer sangat, tapi sebab dah buat lebih seratus kali..(pheww..melampaunya dia punya kiraan..) maka saya confident untuk menyediakannya bagi hidangan untuk dimakan orang ramai.ceh gitu:)
Jom, saya belanja gambar sikit.

Nasib baik cikgu bawak makanan lebih..Dah tu je yang bebudak ni bawak..huhu..
Bolehlah buat makan bebudak tahun 1 yang comel-comel ni..

Sekolah saya ni 1 Malaysia punya raya..hihi..



Kalau ada sesiapa yang nak resepi buat karipap rangup dan bihun kosong yang sedap, bolehlah singgah sini ya.:)
Terima kasih sudi baca, sampai jumpa lagi..:)




Post a Comment

0 Comments