CPUV Banyak Tapi Earnings Sikit!

Dengan Bismillah dan Salam sejahtera,
Sekejap tadi dekat sekolah, sempat juga saya merungut dengan seorang rakan sekerja tentang kerja pada hari Jumaat. Kalau ikutkan disekolah, PdP guru setiap hari Jumaat bagi sesi pagi kebanyakannya berakhir pada jam 11.55 pagi.Dengarnya macam habis kerja cepat kan? Tapi realitinya, hari Jumaatlah kami kerap balik sekolah lambat kerana tugasan yang tidak pernah selesai.


Tapi begitulah.Bagi yang tidak tahu dan tidak faham realiti tugas seorang penjawat awam guru, mesti ramai yang anggap kerja gurulah yang paling mudah kan? Apapun, sebenarnya mana-mana tugas pun, hatta seorang cleaner tetap ada cabaran yang tersendiri.Bersyukurlah ko ada kerja ya dok? Ok.Udah! berhenti merungut!

Mananya topik entri awak Cik Matahariku wei? Buat tajuk bikin panas je.hahah. Saya bukannya apa.Seperti entri blogger lain, pada bulan ini Nuffnang memang bagi selonggok CPUV dekat banyak blog.Blog saya jugak termasuk dalam kategori tersebut seperti dalam entri :
Bila saya blogwalking dan baca entri kengkawan blogger, masing-masing dapat sehingga 18 ke 24 CPUV yang ditawarkan.Ada juga yang hantar tiket minta penjelasan dari Nuffnang dan mendapat makluman bahawa ada sedikit kesilapan teknikal dari pihak Nuffnang berkaitan CPUV.

Pastinya ramai yang berharap, termasuk saya sendiri semoga earning bulan ini dapat bertambah dan berjaya dikumpulkan sehingga boleh dapat sebiji iphone 6..err..( error typing) uhuk.uhuk.Namun ada juga kalangan rakan blogger yang hantar komen dengan nada sinis bahawasanya dapat CPUV banyak pun tapi earningnya sedikit atau lambat bergerak.

Sebenarnya ada cara mudah nak bagi earning tu cepat bergerak bukan dengan sedikit tapi dengan banyak seperti dalam entri ini: Cara Tingkatkan earnings dengan mudah dan banyak. .

Rasional dan realitinya, kita semua tahu Nuffnang membayar iklan yang dipaparkan di blog kita dengan USD (Pehh..jangan harapp!) dengan Ringgit Malaysia (RM).Jadi saranan saya kepada bapak Kepala Nuffnang, agar dapat meningkatkan earning perclick iklan dari 25 sen kepada blogger berstatus Glitterati dengan bayaran yang lebih setimpal.Harga minyak pon boleh naik, inikan pula iklan di Nuffnang..grrr.

Hai, dah gaya merapu nampak tukang taip entri ni.Oklah kengkawan semua, Orang kata, kalau nak lebih, kenalah usaha lebih kan..so, make sure anda semua termasuk saya gandakan usaha untuk keep blogging kerana time CPUV masyuk inilah kita kena jana traffic yang kaw-kaw punya..

Akhir kata, Gud luck Frend n all the best!!

Post a Comment

0 Comments