Whatsapp : Ruang Bergossip Atau Kemudahan Interaksi ?

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Ya. Saya sangat takut akan pelbagai kemudahan bersosial masyarakat alaf baru masa kini. Sangat takut jika kemudahan-kemudahan ini di salah guna oleh kita semua.Ya.KITA.Saya dan anda.Bagaimana agaknya anda berinteraksi dengan menggunakan kemudahan whatsapp ya? Adakah anda merupakan admin grup yang anda tubuhkan bersama rakan atau anda penyumbang aktif kepada perbualan di ruang maya itu?

Whatsapp : Ruang Bergossip Atau Kemudahan Interaksi ?


Apakah motif akan ketakutan yang saya luahkan tadi ? Banyak kawan-kawan. Sangat banyak sehingga saya takut saya juga terjebak dan terperangkap dengan muslihat teknologi ini.Kalau anda tidak menggunakan khidmat whatsapp sekalipun, mungkin anda pengguna facebook massenger, yahoo.mail., LINE dan banyak lagi, sehingga saya sendiri tertinggal untuk mengetahui perkembangannya.

Saya memfokus kepada khidmat mesej di whatsapp, kerana selain saya biasa dengannya, saya juga tahu bagaimana ia dijadikan laman sembang versi moden kita sesama rakan sekerja, rakan sekolej atau sesama adik beradik.Ah, canggih sangat kita ini, sehingga duduk berbatu jauh pun masih ada cara dan peluang bersembang seperti di warung kopi lagaknya!

Kita Pilih Untuk Bergosip atau Berinteraksi

Bahayanya khidmat seperti whatsapp dan yang seumpamanya ini ialah kita bebas untuk menaip dan berbual tentang apa sahaja. Lebih meriah jika ditubuhkan pula kumpulan-kumpulan kecil atau sesama geng antara kita dan rakan.Macam saya pernah sebut sebelum ini, benda baik itu banyak dan senang untuk dibuat, tetapi dah kita namanya pun manusia, perkara buruk dan tak elok jugalah yang kita nampak  dan seronok nak buat.

Bayangkan jika wahtapps ini menjadi laman mengumpat? jika anda tidak ikut mengumpat sekalipun, anda sudah pun membaca apa yang dikongsi dalam laman itu.Bukankah itu dinamakan anda juga turut sama bersubahat mengumpat. Bahaya tak? sangat bahaya dan menakutkan.Lalu, bagaimana cara mengatasi hal ini?

Adakah kita perlu "keluar" dari kumpulan tersebut ? Jika begitu, bagaimana kita nak dapat perkembangan terkini rakan-rakan dan berita terkini yang dikongsikan di laman tersebut? Anda ada cara terbaik mengatasi isu ini? Cuba kongsikan dengan saya. Sungguh!.Saya sedang mencari penyelesaian terbaik akan hal ini.

Jangan Lupa Akan DIA yang Selalu Ada

Ya, kawan-kawan semua.Jangan sesekali kita lupa akan DIA yang selalu ada.Usah terlalu berani berkata dosa dan pahala masing-masing yang tanggung, kerana apabila tiba hal mengumpat, ia tidak lagi dosa pahala milik sendiri-sendiri.Jika kita mengumpat tentang seseorang, maka apabila sampai pada Hari Pembalasan nanti, kita tidak sempat bertaubat dan memohon maaf dari rakan yang kita umpat tadi, maka bersedialah untuk bertukar dosa dan pahala. Sanggupkah kita? Sedangkan amal kita yang sedia ada pun belum tentu dihitung pahalanya.Allah.Benarkan telahan saya tadi? Ianya sangat menakutkan...

Apalah gunanya telefon pintar dan canggih yang kita ada, sehingga akhirnya ia menjadi alat yang membawa kita jauh dari syurga dan dekat ke nerakaNya...Nauzubillah.Marilah sama-sama kita muhasabah diri..wallhualam.

Post a Comment

0 Comments